Jumaat, 20 November 2020

Rabu, 15 Jun 2016

Ahad, 16 November 2014

U-Turn


Bismillah.

15 November 2014, Sabtu.


Sejauh mana kita tersasar.
Niat kita mula melencong ke arah keduniaan.
Arah tuju kita mula tersasar.
Fikiran dan hati kita mula memikirkan perkara yang tidak bermanfaat
Hidup di dunia ini tidak berusaha untuk mencari belakalan untuk akhirat.
Gagahkanlah diri. Tadah tangan dan mohonlah kekuatan dan petunjuk daripada Allah SWT agar kita diberikan kekuatan untuk hidup dalam track yang Allah SWT redhai.
Walau diri rasa berat sangat nak U-Turn untuk kembalikan seluruh fikiran kita, hati kita, niat kita untuk melakukan segala amalan hanya kerana Allah SWT, just do it! U-Turn tanpa fikir panjang!
Biar pada awalnya hati rasa berat dan rasa ragu-ragu, katakan pada diri,
"Sampai bila kita nak biarkan hidup kita dalam suasana yang dicintai oleh nafsu tetapi dideritai oleh iman?"

Hati kita sendiri mampu merasai bilamana ketenangan itu mula berkocak lantaran jauhnya hati ini daripada mengingati Allah. 

U-Turn kanlah fikiran,hati dan niat kita daripada perkara yang tidak bermanfaat kepada perkara yang Allah redha.  

Apakah yang lebih diinginkan di akhir kehidupan kita di dunia melainkan untuk mati dalam keadaan pengakhiran yang baik (husnul khatimah) dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Semoga Syurga Firdaus tempat kita semua bersama keluarga tersayang di akhirat kelak.

:)

Selasa, 29 Januari 2013

Motivasi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kisah 1

Tiap kali diajukan soalan kepada budak perempuan comel bertudung biru itu mengenai cita-citanya;
“Ana (saya) nak jadi doktor”
Entah dari mana datangnya semangat pada budak perempuan yang berusia 11 tahun itu untuk belajar bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah, berkat usaha kuatnya,doa kedua ibu bapanya dan orang sekeliling serta kesabaran guru-guru, budak perempuan itu buat julung kalinya dapat menaiki pentas pada majlis penyampaian hadiah untuk anugerah Akademik Cemerlang.

Budak perempuan itu dapat 11 A daripada 14 mata pelajaran.

Satu pencapaian yang hebat untuk dirinya kerana ketika dia darjah empat,dia hanya mendapat 4 A. Padan dengan dirinya yang malas belajar ketika itu. Buka buku pun dia rasa benci. Haih.

********************************

Kisah 2

Suatu hari si gadis bertudung putih itu pergi ke pameran Palestin anjuran siapa ntah di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Mungkin anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolahnya.

Di sana dia melihat gambar-gambar saudara seislamnya di Palestin. Ada gambar budak kecil sedang meraung. Si ibu sedang menangis. Si pemuda yang syahid. Dia  juga melihat  banyak gambar yang ada darah. Ya! gambar saudara seislam di Palestin yang cedera lantaran didera, ditembak. Mereka diperlakukan seolah olah seperti sang boneka yang tiada rasa sakit dan perasaan.

Pada suatu hari yang lain,ketika sesi rehat,ada satu perasaan kuat menyelubungi dirinya yang memperkuatkan langkah kakinya untuk menuju ke makmal komputer sekolah. Dia bergegas ke sana agar tidak ketinggalan walau seminit pun video palestin yang bakal ditayangkan.Setibanya di sana,dia ambil kerusi dan duduk. Si gadis itu fokus sepenuhnya pada video yang ditayangkan.

Faris ‘Audah. Itulah nama si kecil yang berjiwa besar dimana kisahnya ditayangkan dalam video palestin tadi. Si kecil yang berani berdepan dengan kereta kebal musuh sedangkan di tangannya ada beberapa ketul batu sahaja.  Faris 'Audah, si kecil yang yakin ada suatu kuasa yang lebih kuat dari peluru si musuh. 

Si gadis itu keluar dari makmal computer dengan semangat yang berkobar-kobar. Dia menanamkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh agar dewasa kelak dapat membantu umat Islam dengan kepakaran yang dimilikinya,

*****************************

Kisah 3

“Tak salah pun masa zaman universiti nak berdakwah,nak ikut usrah.Tapi pastikan pelajaran tu dijaga”

Rasa ada petir yang menyambar jantung dia. Nasihat ibunya sungguh tajam. Menusuk ke hati.

“Banyak pengalaman mama dan papa,masa zaman uniiversiti ada kawan-kawan yang sibuk sangat dengan aktiviti usrah,dakwah,lepas tu pelajaran diabaikan. Cakap bom!bam!bom!bam! kita mestilah itu,kita mestilah ini..tapi pelajaran tak dijaga.Macam mana orang sekeliling nak tertarik dengan dakwah?”

Suasana senyap.

“Dalam usrah kata ada belajar tentang ihsan.Bila buat sesuatu kita kena bersungguh-sungguh,buat yang terbaik.Jadi,dalam pelajaran pun kena macam tu.Kita kena buat yang terbaik.”

Ego remaja dirasakan tercabar.Tapi mahu memberontak untuk apa? Kata-kata ibunya tadi tiada yang salah.Semenjak hari itu,si anak memperkuatkan tekadnya,
“Aku perlu bersungguh-sungguh dengan ilmu yang aku belajar.Aku kena menjadi pakar dalam bidang yang aku ambil.”

****************************
Sesekali mengimbau kenangan lalu membuatkan aku tersenyum sendirian. Tanpa aku sedari kini usiaku bakal menginjak 22 tahun. Alhamdulillah. 

Kisah 1,2 dan 3 itu kesemuanya kisah tentang aku. Setiap kali aku memikirkan bilamana Allah merealisasikan cita-cita aku untuk mendalami ilmu perubatan,aku rasa sebak. Perjalanan untuk ambil medical course ini tak mudah. Nak belajar pun tak mudah. Banyak-banyak peperiksaan di atas kertas, peperiksaan di kuliah perubatan yang paling mencabar bagi aku. Perasaan tidak tentu hala, sakit perut, menangis, rasa lapar selalu.. ini semua syndrome aku bila tibanya musim peperiksaan di kuliah perubatan. Belajar mengenai ciptaan allah yang agung (manusia) tidak mudah.

Di Mesir,sudah ada tiga trip seingat aku dimana pelajar Malaysia yang dapat join untuk ke Gaza,Palestin (bawah perubuhan NGO,Aqsa Syarif). Dahulu masa zaman sekolah menengah,salah satu sebab aku ingin menjadi doktor adalah untuk menyalurkan kepakaranku untuk membantu umat Islam di Palestin. Waktu itu aku hanya fikir untuk join pertubuhan NGO,MERCY, untuk bantu saudara seIslam aku di Palestin. Namun sekarang,segala puji-pujian kepada Allah swt kerana sesiapa sahaja boleh masuk ke Gaza,Palestin dan membantu saudara seIslam kita di sana. 



InshaaAllah suatu hari nanti aku juga mahu ke Palestin DENGAN menggunakan kepakaranku sebagai seorang doktor untuk merawat saudara seislamku yang cedera. Bukan sahaja di Palestin,malah di mana jua. Semoga Allah SWT merealisasikan cita-cita aku ini. Aameen.

Baru malam tadi nenek aku berkongsi cerita dengan aku. Satu demi satu kisah pengajaran yang nenek aku bersungguh-sungguh mahu ceritakan pada aku. Kesimpulan yang aku dapat daripada kisah nenek, semua orang boleh berjaya asalkan kita kena kuat usaha.

Macam ayah aku sendiri. Asalnya,beliau seorang budak kampung yang tinggal di rumah kayu,bila belajar hanya bertemankan lampu pelita. Belajar biasa-biasa je. Tidak genius. Tapi ayah aku rajin. Aku pun tak tahu berapa syarikat ayah aku ada sebenarnya. Memang aku respect dengan ayah aku!

Mungkin sebab aku masih tak serajin ayah aku. Jadinya aku selalu kena tegur direct dengan nenek dan pakcik-pakcik aku. 

“Ayah kamu tu bukannya pandai pun. Tapi dia rajin. Pakcik respect dengan dia” kata pakcik Z
“Ayah kamu tu dia tak pernah putus asa.” Kata pakcik kandungku.
Ayah aku tak pernah cerita mengenai kisahnya melainkan bilamana kami anak-anaknya bertanya.
Kisah ayah aku pun aku banyak dapat tahu daripada nenek,pakcik kandungku dan kawan-kawan ayahku.

Lemak 1 kilogram takkan hilang kalau duduk diam tanpa usaha.
Kita pun akan terus jahil kalau tak memulakan langkah untuk berusaha.

Impian akan terus jadi impian sekiranya tiada usaha kuat yang mengiringi.

Aku yakin,kalian pun pasti ada kisah lama yang dapat memotivasikan diri sendiri.

Semoga segala catatan yang aku simpan di blog ini akan memotivasikan aku bilamana aku rasa down  dengan dunia perubatan.

Ahad, 22 Januari 2012

Tahun Enam : Doctor-To-Be



First batch of Malaysian graduate candidates for
Bachelor of Medicine, Bachelor 
of Surgery (MB BCh),
Mansoura University
.


Bismillah.
May Allah bless all of us.

Kisah mereka...


Enam tahun lebih berhempas pulas sebagai pelajar perubatan. Dalam usia 18 tahun sudah berjauhan dengan keluarga untuk menuntut ilmu di Mesir'. Pejam,celik,pejam,celik, kini sudah berusia 25 tahun. Garisan penamat sudah semakin hampir. Segulung ijazah dalam bidang perubatan bakal digenggam,insyaAllah. Beliau dan kawan-kawannya merupakan golongan terawal di Mansurah. MasyaAllah, mereka memang hebat, sebab itu Allah memilih mereka sebagai golongan awal untuk berdikari di Mansurah ini.

Tak tahu selepas ini berapa banyak liter air mata untuk melepaskan pemergian senior yang disayangi,
kak NHHHH (NH4).

Ketika beliau ditanya, 


"Akak, enam tahun lebih itu lama tak?"

Beliau menjawab,

"Lama...macam-macam boleh buat."


---^-----<@

Sudah berada di tahun ketiga perubatan baru diri ini nak sedar untuk kumpul mutiara-mutiara di bumi Mesir. Baru nak terkejar-kejar mahu tahsin (memperbaiki) bacaan Al-Qur'an mengikut sanad Rasulullah saw. Setiap kali kelas tahsin,selalu kena tegur dengan ustazah sebab salah sebut makhraj huruf yang dibaca.

"Setiap huruf perlu diberikan haknya" pesan ustazah.

Dulu rasa diri sudah pandai baca Al-Qur'an. Sekali bila belajar dengan ustazah arab, banyak sebutan huruf yang salah. Setiap huruf di dalam al-Qur'an bermula dari huruf aliif sehingga ya', ada cara sebutannya yang perlu kita pelajari. Wajib ke atas kita untuk belajar Al-Qur'an dan memperbaiki sebutan makhraj setiap huruf kerana setiap huruf itu ada haknya,inilah pesanan yang ustazah pernah sampaikan.

Sekarang juga baru nak terkejar-kejar mahu belajar Bahasa Arab. Redhakan hati ini untuk bermula dari mustawa (peringkat) satu. Masih ada sebelas mustawa lagi yang perlu dikejar sebelum tamat pengajian di bumi Mesir.

Dulu masa tahun satu dan tahun dua, memang tiada kelas Bahasa Arab dan kelas Al-Qur'an yang berdekatan dengan tempat tinggal pelajar perubatan. Sekarang ini,sudah ada. Maka tiada alasan untuk tidak belajar.

Rugi sangat sekiranya pelajar perubatan yang belajar di Mesir tetapi tidak mengambil peluang untuk belajar Bahasa Arab dan memperbaiki bacaan Al-Qur'an. Allahu Allah, mudahkanlah urusan kami. Belajar medic pun sudah mencabar, lagilah mahu tambah dengan perkara lain. Time management perlu dilatih dalam diri. Bila kita pandai menguruskan masa,insyaAllah tiada yang mustahil untuk belajar medic dan ambil kelas-kelas pengajian yang lain.

Esok 23 Januari 2012, 12.30 tengah hari sehingga 3 petang. Kertas Essay. Kertas paling mencabar bagi saya. Doakan semoga kawan-kawan dan saya lulus cemerlang dan Allah memberikan ilham yang melimpah ruah untuk menjawab soalan peperiksaan esok. Ramai kawan yang tulis keresahan dan kegelisahan mereka di status Facebook. Hmm. Saya pun cuak juga. Namun, sekarang ni kita perlu fokus dan usaha. Selebihnya, serahkan kepada Allah swt. Letakkan keyakinan yang setinggi-tingginya kepada Allah swt. Percaya bahawa Allah akan membantu kita.

Sehingga berjumpa lagi.
Letakkan Allah di hati kita 

Lots of love ,
Doctor-to-be,

Mansurah,Egypt.


nota: 
Selamat hari lahir yang ke-21 buat teman yang jauh di mata tetapi dekat di hati, NFZ dan NMK. Sayang kalian berdua. Semoga setiap amalan yang kita lakukan melamar rahmat Allah swt. may Allah make our bond last till jannah. Aameen. ♥


 

Rabu, 3 Ogos 2011

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.

Bismillah.

Di Jammasah,Mesir. Program summer camp.

Saya pinta padanya,
"ustazah,nasihatkan saya"

Lantas,dia menasihatiku. Mataku sudah bergenanggan air mata ketika itu.

Usah layan runtunan perasaan.

Sekiranya ada masalah, rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman, usah ikut kata hati sendiri.

Jaga solat fardhu awal waktu, jaga solat sunat rawatib, jaga perkara sunat yang lain, jaga puasa sunat isnin dan khamis, jaga qiammulail, buka dan baca semula buku catatan daurah dan usrah, baca buku riyadus solihin.

~***~***~***~***~***~***~

Saya kira nasihat daripada seorang murobbiyah [merujuk kepada kata-kata di atas], dimana beliau telah berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini selama 40 tahun perlu dijadikan panduan.

Dan saya dan kamu yang masih mentah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini..
Apa kita ini hebat sangat sehingga mengutamakan pandangan kita daripada pandangan Allah dan Rasulullah? Apa kita ini bijak sangat sehingga lupa mengambil pandangan mereka yang lebih berpengalaman dan mengetepikan konsep syura?

Dimanakah konsep syura yang kita percaya?
Dimanakah konsep thiqah pada naqib/ah yang kita amalkan?

Apakah kerana sedikit kesilapan terus kita membelakangkan semuanya.
Adakah apabila ada sesuatu perkara yang tidak sependapat dengan jiwa kita terus kita membenci.

Habis itu, adakah tarbiyyah itu hanya sekadar pada perkara yang kita suka?
Bila ada perkara yang kita tidak suka, kita tinggalkan.

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.


nota kaki:
murobbiyah - pendidik (perempuan)

Selongkar

Bismillah

Tadi saya baru selongkar folder yang ada dalam laptop. Ditakdir saya terjumpa sesuatu yang saya save dalam microsoft word. 


Hlovate.
Penulis yang saya kenal ketika menginjak ke usia remaja di mana karyanya membawa saya untuk berfikir agar menjadi muslim yang sebenar-benar muslim.

Novel Versus, Rooftop Rant dan Contengan Jalanan adalah penulisan Hlovate yang saya suka.

satu,
Cari purpose of life. Kena define dulu makna hidup. Baru boleh decide kita nak hidup untuk apa.

,dua
Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana


tiga,
Yahya Ibn Mu'adh (radiyallahu anhu) `May Allah be pleased with him' said:
"I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former."

maksudnya:
aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa.Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia.”

empat,
dugaan itu tarbiyah.

ada waktu,kejadian berlaku begitu je.
no warning at all.
waktu tu baru kita tahu kita boleh handle atau tak sesuatu peristiwa. 
put trust in Him. Dia takkan sekali bebankan kita melainkan apa yang disanggupi. 

lima,
tarbiyyah itu, secara ringkasnya b'maksud (proses) pendidikan atau bimbingan.

jadi, umumnya, ujian itu merupakan 'bimbingan'/pendidikan kpd kita agar kita jadi lebih sabar, dan reda (menerima ujian tersebut) dengan ikhlas hanya kerana Allah..

satu hari mungkin rasa payah sangat nak handle sesuatu tu.. mungkin ada je halangan.. tu kiranya 'tarbiyyah' dari Allah, agar lebih banyak bersabar..

yup, easier said than done, tapi, itukan sebahagian daripada proses untuk bersabar? macam mana kita nak tahu kita boleh bersabar bila mana kita tidak diuji?

kongsian bersama; 
"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah at-tagabun; ayat 11) / [64:11]

wallahu'alam.
correct me if i'm wrong. :)

[perkongsian salah seorang pelawat blog Hlovate]

~***~***~***~***~***~***~


4 di atas adalah catatan yang saya copy-paste daripada blog Hlovate. Catatan di atas berkisar tentang novel Contengan Jalanan.




Selasa, 26 Julai 2011

Jalan ini sulit dan panjang. Sabarlah duhai hati.

Bismillah


Berat untuk saya menulis post kali ini lantaran payahnya untuk mencari bait-bait perkataan yang boleh dijadikan ayat bagi menzahirkan perkara yang mahu saya nyatakan.

Rasa lelah dan lemah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah itu adalah perkara yang seringakali membelenggu para daie'. Namun,adakah itu mahu dijadikan alasan untuk memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah?

Adakah kita lupa apa yang kita mengimani [percaya] selama ini dimana memang jalan dakwah dan tarbiyyah ini sulit,panjang dan payah. Cukuplah sirah nabawiyyah menjadi bukti akan hal ini.
Biarpun Rasulullah SAW hanya mahu menyampaikan risalah Islam yang suci lagi benar, baginda dituduh gila. Pernah juga baginda dibaling batu pleh penduduk di Thaif hanya kerana untuk menyebarkan Islam.
Namun, tidak pernah Rasulullah SAW berhenti untuk teruskan menyebarkan dakwah dan menyantuni para sahabat dengan tarbiyah. Tidak pernah sekali.

Bila kita mahu meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang mulia di mana mahu menyantuni masyarakat sekeliling dengan dakwah dan tarbiyyah, pasti akan datangnya godaan.
Si syaitan yang licik itu akan terus menggoda kita agar kita meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini.



Pernah sekali, malahan berkali-kali..perasaan kuat tidak mahu join dakwah dan tarbiyyah termasuklah usrah itu datang menerpa saya. Jiwa saya bergolak di saat itu. Saya rasa sangat kecewa. Saya percaya bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ini sememangnya payah. Tetapi tiba-tiba muncul perasaan di mana saya merasakan diri saya terlalu jijik dan hina lantaran banyaknya dosa saya. Lepas itu dalam masa yang sama mahu menggalas amanah dakwah dan tarbiyyah yang suci ini.

Sungguh,ujian ini adalah ujian yang sangat hebat untuk saya.
Ah. Siapa saja manusia di muka bumi ini yang benar-benar suci. Setiap orang pasti melakukan dosa. Cuma Allah itu Maha Penyayang menutup keaiban kita.
Saya boleh sahaja untuk mengambil keputusan untuk meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini, namun di sebalik sudut hati saya..entah kenapa masih ada lagi sinar sayang dan cinta pada jalan ini. Entah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh munculnya perasaan itu.

Bila saya sudah rasional pada keesokan harinya, saya mula berfikir, sekiranya saya memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah. Saya akan memilih jalan apa untuk terus menyebarkan risalah Islam pada masyarakat? Mustahil saya boleh lakukan perkara ini bersendirian tanpa adanya kekuatan secara berkumpulan.

Selepas beberapa ketika, membaca pandangan kak Aisyah Muharikah dalam postnya yang bertajuk saya sudah bosan dengan usrah, saya tak dapat apa2 dari usrah. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tetap berada di jalan dakwah dan tarbiyyah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memilih untuk terus berada di jalan ini, saya tidak pun mendapat belaian daripada sesiapa. Tiada sesiapa yang mahu memujuk pun. Sebab saya mengimani [percaya], jalan dakwah dan tarbiyyah ini bukanlah jalan untuk mereka yang manja.

Saya bertekad untuk berada di jalan ini, biarpun ada insan yang memilih untuk keluar.
Istisyarah [berbincang] da istikharah itu adalah penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kini, saya cuba untuk menguatkan diri. Saya juga mahu meleparkan sedikit tempias buat mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah.

Memang rasa lelah, rasa penat, rasa tak mampu mahu menggalas amanah ini. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membenani hamba-Nya melainkan perkara yang hamba-Nya mampu?
Kadang-kadang rasa leceh nak buat plan itu,plan ini, nak buat daurah itu, usrah untuk adik tu, usrah untuk adik ni, nak kejar adik sana, kejar adik sini. Tapi kita tahu bahawa kita buat semua ni bukan saje-saje. Tapi kita nak orang di sekeliling kita turut mendapat kefahaman Islam sepertimana yang kita faham!
Dengan kesibukan belajar, dengan komitmen dengan kerja-kerja lain..pastinya membutuhkan tenaga kita sepenuhnya.
Kerana itu dalam senarai 10 muwasofat tarbiyah, kita diajar untuk susun masa dengan sebaiknya dan menjadi seorang yang kemas!



Hakikatnya,bukan kita seorang sahaja yang merasakan betapa payahnya perjalanan ini. Ramai lagi (:
Ayuh kita lakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini dengan rasa cinta. Kerana cinta itu mampu mengubah perkara yang sukar menjadi senang.
Apakah salahnya kita membuktikan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW  agar impian tertinggi kita di dunia ini iaitu untuk memastikan seluruh makhluk tunduk kepada Allah tercapai.Maksud saya, sistem Islam digunapakai dalam semua aspek baik daripada segi perundangan,ekonomi,pendidikan,politik dan sebagainya.

Saya rasa,mungkin akan ada post yang akan menyusul kemudian.
Entahlah, saya rasa mungkin sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah ini untuk kita sama-sama merasai dan berkongsi pengalaman.

Tapi sebenarnya pengalaman daripada pakcik makcik yang sudah berpuluh tahun itu adalah lebih indah untuk dikongsi. Namun,saya mahu coretkan kenangan ini agar boleh menjadi tatapan bagi mereka yang mengalami situasi seperi saya.

Setakat ini sahaja dahulu.

Wassalam.

nota kaki: ini merupakan post pertama saya mengenai DnT secara serius. Saya tahu ada kekurangan dalam post ini. Maafkan saya. Ini sekadar perkongsian rasa bagi mereka yang mungkin merasakan hal yang sama dengan saya. (:

Ahad, 19 Jun 2011

Chorea itu bukan Korea.

otak 1

otak  2

otak 3

otak 4
Bismillah.

Di atas ini ialah keratan rentas otak.
atau dalam bahasa perubatan "cross section of the brain"

Semester 4 di tahun 2 perubatan [satu tahun ada 2 semester]
Saya dan kawan-kawan belajar tentang kepala dan leher.Termasuklah otak.
Bila sudah masuk dunia perubatan, baru saya tahu rupa-rupanya dalam otak itu ada banyak lagi komponen yang sangat penting. Bila ada sedikit masalah di salah satu komponen di dalam otak, kesannya amat menggerunkan.

Gambar-gambar otak di atas itu nampak seperti biasa kan?
Hakikatnya, setiap lubang yang ada di otak itu ada nama dan fungsinya.
Setiap satu gambar boleh mencecah sehingga 2o nama komponen untuk dihafal.

Semester 4 ini banyak mengajar saya untuk menghargai nikmat Allah SWT :')
serta menyaksikan kehebatan Allah.Subhanallah!

Di bawah ini saya sertakan video yang  tidak menggerunkan.

Budak comel di dalam video pertama ini bukan sengaja mahu menggerakkan tangannya,kakinya.
Benda ini bukanlah menarik untuk ditertawakan walaupun mula-mula rasa nak tergelak. Macam nak cakap "takde kerja ke budak ni nak gerak-gerak menari atas katil".

Semasa doktor menunjukkan salah satu video tentang penyakit ini dalam sesi praktikal, mata saya sudah bergenang. Selesai sahaja sesi praktikal dan  saya pergi ke hospital kecemasan, saya nampak ramai pesakit yang mengalami penyakit ini sehingga menyebabkan pergerakan mereka tidak terkawal.

Cuma..

Dulu saya sangkakan mereka ini orang majnun -_-'' Astaghfirullah.
[Majnun = g*l*]
Rupa-rupanya Allah uji mereka dengan penyakit yang saya sendiri baru tahu namanya dan kesannya.

Bahagian yang bermasalah yang dialami oleh orang yang menghadapi penyakit ini sedikit. Tetapi kesannya, sehingga menyebabkan diri sendiri tidak boleh mengawal pergerakan badan. Semuanya berlaku secara involuntary atau bahasa mudahnya, benda yang diri kita tak mampu nak kawal. 

Pergerakan tidak normal yang dialami oleh budak comel ini ialah Chorea


Saya kira video di bawah ini mungkin boleh menceritakan serba sedikit tentang Chorea.
Maafkan saya sebab wanita di video bawah ini kurang sopan.

 

Dan..

YES! bukan mudah belajar tentang otak ini. Tetapi tidak dapat dinafikan, subjeknya sangat menarik :D

Esok. Eh. Salah,salah.
Lusa, pada tarikh 21 Jun 2010 merupakan hari terakhir peperiksaan.
Kertas terakhir ialah peperiksaan praktical yang hanya jawab di komputer di mana saya perlu skor banyak markah di sini.
Total markah untuk OSCE 100 markah.

Doakan moga kawan-kawan dan saya lulus dengan jayanya dan dapat markah penuh.

Saya tahu post ini agak membosankan bagi mereka yang tidak minat bidang perubatan.
Minta maaf. :)




nota kaki: Selamat hari bapa,Papa! May Allah bless you :D
nota kaki 2: Ini salah satu post yang saya mahu sangat kongsikan. Kiranya ini baru pendahuluan. Sangat menarik untuk mendalami tentang otak kita [manusia]
nota kaki 3: terima kasih kepada kawan-kawan Arab yang menyumbang gambar-gambar otak. Kalau ada salah fakta yang saya berikan di atas, silalah tegur ya :)