Selasa, 29 Januari 2013

Motivasi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kisah 1

Tiap kali diajukan soalan kepada budak perempuan comel bertudung biru itu mengenai cita-citanya;
“Ana (saya) nak jadi doktor”
Entah dari mana datangnya semangat pada budak perempuan yang berusia 11 tahun itu untuk belajar bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah, berkat usaha kuatnya,doa kedua ibu bapanya dan orang sekeliling serta kesabaran guru-guru, budak perempuan itu buat julung kalinya dapat menaiki pentas pada majlis penyampaian hadiah untuk anugerah Akademik Cemerlang.

Budak perempuan itu dapat 11 A daripada 14 mata pelajaran.

Satu pencapaian yang hebat untuk dirinya kerana ketika dia darjah empat,dia hanya mendapat 4 A. Padan dengan dirinya yang malas belajar ketika itu. Buka buku pun dia rasa benci. Haih.

********************************

Kisah 2

Suatu hari si gadis bertudung putih itu pergi ke pameran Palestin anjuran siapa ntah di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Mungkin anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolahnya.

Di sana dia melihat gambar-gambar saudara seislamnya di Palestin. Ada gambar budak kecil sedang meraung. Si ibu sedang menangis. Si pemuda yang syahid. Dia  juga melihat  banyak gambar yang ada darah. Ya! gambar saudara seislam di Palestin yang cedera lantaran didera, ditembak. Mereka diperlakukan seolah olah seperti sang boneka yang tiada rasa sakit dan perasaan.

Pada suatu hari yang lain,ketika sesi rehat,ada satu perasaan kuat menyelubungi dirinya yang memperkuatkan langkah kakinya untuk menuju ke makmal komputer sekolah. Dia bergegas ke sana agar tidak ketinggalan walau seminit pun video palestin yang bakal ditayangkan.Setibanya di sana,dia ambil kerusi dan duduk. Si gadis itu fokus sepenuhnya pada video yang ditayangkan.

Faris ‘Audah. Itulah nama si kecil yang berjiwa besar dimana kisahnya ditayangkan dalam video palestin tadi. Si kecil yang berani berdepan dengan kereta kebal musuh sedangkan di tangannya ada beberapa ketul batu sahaja.  Faris 'Audah, si kecil yang yakin ada suatu kuasa yang lebih kuat dari peluru si musuh. 

Si gadis itu keluar dari makmal computer dengan semangat yang berkobar-kobar. Dia menanamkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh agar dewasa kelak dapat membantu umat Islam dengan kepakaran yang dimilikinya,

*****************************

Kisah 3

“Tak salah pun masa zaman universiti nak berdakwah,nak ikut usrah.Tapi pastikan pelajaran tu dijaga”

Rasa ada petir yang menyambar jantung dia. Nasihat ibunya sungguh tajam. Menusuk ke hati.

“Banyak pengalaman mama dan papa,masa zaman uniiversiti ada kawan-kawan yang sibuk sangat dengan aktiviti usrah,dakwah,lepas tu pelajaran diabaikan. Cakap bom!bam!bom!bam! kita mestilah itu,kita mestilah ini..tapi pelajaran tak dijaga.Macam mana orang sekeliling nak tertarik dengan dakwah?”

Suasana senyap.

“Dalam usrah kata ada belajar tentang ihsan.Bila buat sesuatu kita kena bersungguh-sungguh,buat yang terbaik.Jadi,dalam pelajaran pun kena macam tu.Kita kena buat yang terbaik.”

Ego remaja dirasakan tercabar.Tapi mahu memberontak untuk apa? Kata-kata ibunya tadi tiada yang salah.Semenjak hari itu,si anak memperkuatkan tekadnya,
“Aku perlu bersungguh-sungguh dengan ilmu yang aku belajar.Aku kena menjadi pakar dalam bidang yang aku ambil.”

****************************
Sesekali mengimbau kenangan lalu membuatkan aku tersenyum sendirian. Tanpa aku sedari kini usiaku bakal menginjak 22 tahun. Alhamdulillah. 

Kisah 1,2 dan 3 itu kesemuanya kisah tentang aku. Setiap kali aku memikirkan bilamana Allah merealisasikan cita-cita aku untuk mendalami ilmu perubatan,aku rasa sebak. Perjalanan untuk ambil medical course ini tak mudah. Nak belajar pun tak mudah. Banyak-banyak peperiksaan di atas kertas, peperiksaan di kuliah perubatan yang paling mencabar bagi aku. Perasaan tidak tentu hala, sakit perut, menangis, rasa lapar selalu.. ini semua syndrome aku bila tibanya musim peperiksaan di kuliah perubatan. Belajar mengenai ciptaan allah yang agung (manusia) tidak mudah.

Di Mesir,sudah ada tiga trip seingat aku dimana pelajar Malaysia yang dapat join untuk ke Gaza,Palestin (bawah perubuhan NGO,Aqsa Syarif). Dahulu masa zaman sekolah menengah,salah satu sebab aku ingin menjadi doktor adalah untuk menyalurkan kepakaranku untuk membantu umat Islam di Palestin. Waktu itu aku hanya fikir untuk join pertubuhan NGO,MERCY, untuk bantu saudara seIslam aku di Palestin. Namun sekarang,segala puji-pujian kepada Allah swt kerana sesiapa sahaja boleh masuk ke Gaza,Palestin dan membantu saudara seIslam kita di sana. 



InshaaAllah suatu hari nanti aku juga mahu ke Palestin DENGAN menggunakan kepakaranku sebagai seorang doktor untuk merawat saudara seislamku yang cedera. Bukan sahaja di Palestin,malah di mana jua. Semoga Allah SWT merealisasikan cita-cita aku ini. Aameen.

Baru malam tadi nenek aku berkongsi cerita dengan aku. Satu demi satu kisah pengajaran yang nenek aku bersungguh-sungguh mahu ceritakan pada aku. Kesimpulan yang aku dapat daripada kisah nenek, semua orang boleh berjaya asalkan kita kena kuat usaha.

Macam ayah aku sendiri. Asalnya,beliau seorang budak kampung yang tinggal di rumah kayu,bila belajar hanya bertemankan lampu pelita. Belajar biasa-biasa je. Tidak genius. Tapi ayah aku rajin. Aku pun tak tahu berapa syarikat ayah aku ada sebenarnya. Memang aku respect dengan ayah aku!

Mungkin sebab aku masih tak serajin ayah aku. Jadinya aku selalu kena tegur direct dengan nenek dan pakcik-pakcik aku. 

“Ayah kamu tu bukannya pandai pun. Tapi dia rajin. Pakcik respect dengan dia” kata pakcik Z
“Ayah kamu tu dia tak pernah putus asa.” Kata pakcik kandungku.
Ayah aku tak pernah cerita mengenai kisahnya melainkan bilamana kami anak-anaknya bertanya.
Kisah ayah aku pun aku banyak dapat tahu daripada nenek,pakcik kandungku dan kawan-kawan ayahku.

Lemak 1 kilogram takkan hilang kalau duduk diam tanpa usaha.
Kita pun akan terus jahil kalau tak memulakan langkah untuk berusaha.

Impian akan terus jadi impian sekiranya tiada usaha kuat yang mengiringi.

Aku yakin,kalian pun pasti ada kisah lama yang dapat memotivasikan diri sendiri.

Semoga segala catatan yang aku simpan di blog ini akan memotivasikan aku bilamana aku rasa down  dengan dunia perubatan.