Jumaat, 25 Februari 2011

Ini Hobi Saya. Minat Saya. Awak Sekepala Tak ?


Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Bagi memecahkan kebisuan blog ini, mari saya coretkan sesuatu.
Berkisar hobi saya..minat saya.



Hobi saya  tak semua orang sekepala.
Saya sangat suka membaca. Ya, saya sangat minat membaca. Okey,okey.. ni bukan cerita nak buat ala-ala bajet. Tapi ni memang kisah betul-betul.


Dari kecil memang saya minat membaca. Alhamdulillah, hasil didikan papa. Papa saya memang kalau berhenti kat mana-mana pusat membeli belah (ouh,skemanya bahasa! :D ) mesti akan singgah kedai buku.
WAJIB punyalah!
Papa memang langsung takkan bertolak ansur bab-bab buku dan pelajaran. Kalau buku tu kecil tapi berkualiti dan harganya mencecah beratus ringgit,mesti papa beli.
Setakat ni saya tak pernah kecewa bila nak beli buku. Sebab tak kisah berapa harga buku tu, papa mesti tolong bayarkan :) hikhik.


Dan kesannya, sampailah sekarang. Tak kisah saya singgah mana-mana pusat membeli belah atau deretan kedai yang panjang, saya mesti singgah kedai buku. SELALU je belek-belek buku hampir 2 jam, tapi bila keluar kedai beli SEBUAH buku je. Orang yang tak minat membaca, memang tension laa bila berjalan dengan saya :D


Dari saya sekolah rendah sampailah dah nak masuk umur 20 tahun ni..sebelum tidur saya mesti kena baca! Baca sambil baring.Memang kira rutin harian. Tak kisahlah buku apa-apa. Yang pasti memang saya kena baca sebelum tidur agar saya terlena. Kalau tak baca buku, memang susah nak tidur KECUALI kalau dah memang superduper mengantuk sangat :)
Kiranya kalau setakat mengantuk tapi tak mengantuk sangat, saya kena membaca juga.


Kesannya kawan-kawan, power rabun saya TINGGI ! :) but, Alhamdulillah. Saya masih lagi mampu melihat. Selepas kena bebel dengan doktor dan mama, sekarang ni saya baca atas katil dalam kedudukan meniarap agar pressure untuk mata membaca buku dapat dikurangkan. Saya pun tak faham sangat konsep pressure mata,abende ntah ni..tapi doktor yang bagi tahu,saya ikut jelaa. Alhamdulillah,masa cuti summer Julai 2010, power mata saya BERKURANG sikit :) kira okeylaa, kalau sebelum ni tiap-tiap tahun power naik.

Saya memang obses dengan buku! Buku ni umpama kawan karib saya. Tapi saya takdelah melekat 24 hours/7 days. Kena ada masa untuk bersosial dengan masyarakat juga kan :)


Oh ye, minat corak pembacaan saya beruah-ubah ikut umur :)
Masa tadika saya suka baca buku kartun, tak kisahlah buku apa-apa. Tapi kena ada gambar kartun.
Masa sekolah rendah tahap 1 (darjah 1-3), saya minat baca buku cerita yang nipis-nipis. Saya siap hafal sebiji-sebiji ayat dalam buku tu sebab baca banyak kali. (maksud lain:banyak masuk pertandingan cerita)
Masa sekolah rendah tahap 2(darjah 4-6), saya minat baca novel yang tebal-tebal. Saya dah tak main novel / buku 300 pages je. At least 500 pages - 1000 pages. Pergh. Mantap! Masa ni saya layan novel cintan-cintun. Ini jelah novel yang ada zaman-zaman dulu. Saya tak layan Harry Potter okey sebab tak minat cerita-cerita fantasi kanak-kanak :p

Masa zaman sekolah menengah tingkatan 1-2, saya masih  lagi minat novel.
Bila dah masuk tingkatan 3, corak pembacaan saya berubah! Saya tak suka baca novel cinta-cinta dah. TAK SUKA okey. Sebab saya rasa semua cerita tu hanya akan menghanyutkan diri dalam satu khayalan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Masa ni saya suka benda yang berbentuk fakta,kemasyarakatan,isu semasa,motivasi.
Saya dah tak layan novel-novel dah KECUALI novel-novel yang memang superduper best macam novel Hlovate :D heee~

Sehingga kini dan insyaAllah selamanya, hobi dan minat saya ini tidak akan pudar.
Saya tak suka bila tengok orang Islam yang tak tahu apa-apa isu semasa!
Saya rasa macam kesian sangat kat orang tu.
(dush! terasa sebab kadang-kadang saya tak update isu semasa)
Saya rasa seolah-olah macam katak bawah tempurung yang orang luar boleh main tipu kelentong dia.

Tamat sudah kisah hobi saya..minat saya.
Ditulis untuk memecahkan kebisuan blog "BICARA medical student"
Ditulis untuk tatapan orang yang pelik kenapa saya ni unik (eceh!).
Memang susah nak sekepala dan sejiwa dengan saya sekiranya anda bukan orang yang minat membaca :)


Saya suka membaca dan saya suka mereka yang suka membaca ^_^
Ini hobi saya..Minat Saya. Awak sekepala tak?

p.s: saya jatuh hati dengan danbo sejak kak fathiyyah kenalkan danbo (kartun di post ini) di blognya :)