Isnin, 12 Oktober 2009

PERJUANGAN BERMULA.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt
InsyaAllah 13/10/2009, perjuangan saya sebagai medical student akan bermula.
esok hanya ada introduction untuk course yang bakal saya ambil.
Kuliah sebenar pada 14/10/2009.
Sepanjang tempoh tersebut..blog ini akan diupdate bila Allah memberi peluang dan keizinan-Nya.
Doakan moga perjalanan sebagai medical student yang sememangnya mencabar dapat kami (pelajar2 perubatan) harungi dengan sebaiknya.
Dan, blog ini akan saya gunakan sebaiknya untuk menceritakan pengalaman sebagai medical student yang mengambil course mansoura manchester medical programme yang menuntut ilmu di bumi anbiya',mesir
terima kasih buat family,guru2 yang mendidik diri ini
kawan2 Xgen, senior2 dan junior2 yang baik dan memberi sokongan
kawan2 GMN yang best sedunia
dan semuanya laa
terima kasih :)
mohon maaf atas segala kesilapan
Wassalam.

TRIP KE CAIRO..

Assalamualaikum.
Berikut merupakan perjalanan saya di Cairo bersama housemates kesayangan :)
dari 10/10 (malam) - 12/10 (tengahhari)
insyaAllah,kami akan balik ke Mansoura dalam pukul 1.oo
(di Egypt..subuh dalam 4.30 pg, zohor 11 pagi, asar 3.00 petang, maghrib 5.45 petang,isyak 7.15 malam)

oh yeah. dari kawasan perumahan saya, SAMENOUDI (btul ke?) kami pergi ke Dauliah (btul ke?) untuk beli tiket bas.
bas habis ;( ..then kami pun naiklah tremco.
best3! 1st time naik tremco. tremco tue dia macam van dan bawa penumpang ke destinasi yang nak dituju.
kalau naik bas, biasanya 2 jam 3o mint baru sampai Cairo..disebabkan kami naik tremco yang lajunya macam nak racing di litar sepang..maka,kami sampai dalam 1 jam 30 minit ^_^
alhamdulillah.
di belakang: gambar tremco yang kami naik.
dari kiri: kak husna,kak ilya,kak nusaibah,hani,huda,saya!,kak huda,ain
tukang ambil gambar:farah

saya baru sahaja berkenalan dengan mereka, namun ukhwah yang dirasakan begitu manis ;)
saya pasti akan sayang dan rindu akak2 nie ^__^
mereka baik+penyayang+memahami+pandai masak sehingga takdelah saya dan housemates kempunan nak makan masakan malaysia

seterusnya kami menuju ke METRO..
kalau di Mansoura, METRO tue tempat nak beli barang2 keperluan dapur..
tak sangka pula di Cairo..METRO tue nama pengangkutan
METRO tue macam KTM di Malaysia.
atas tu,gambar tiket METRO..


10 minit kemudian..kami turunlah di Sayyeda Zainab.
Kami berjalan selama 5 minit lebih kurang..sampailah di rumah BADAR 313 yang terletak di ^_^..hee~




ya Allah..sampai sahaja saya dan housemates di rumah BADAR 313..
kami dilayan macam VVIP.
akak2 dalam rumah BADAR 313..bagi kami makan nasi Yaman.
terharu~
sebab nasi di egypt tak sama seperti malaysia..dia banyak kanji..dan bagi sesetengah orang,macam pulutlaa
inilah kali pertama selama jejak di bumi Egypt kami dapat makan nasi yang macam beras Faiza di Malaysia..beras Basmati kan namanya?



hee~ nasi Yaman.
nasi dia warna kuning ditambah dengan firokh masywi (ayam golek)
dan sup serta kuah sambal tomata yang ummph!



akak2 nie amalkan apa yang ajaran Islam ajarkan.
iaitu perlu melayan tetamu dengan sebaiknya.terharu sangat3
bilik kiri tue..tempat saya tidur.
mereka memang sangat3x baik ;)



antara pemandangan luar tingkap yang saya suka ^_^
akak dalam rumah BADAR 313 cakap..kalau tiba musim yang sepatutnya (lupalaa musim apa) akan keluar bunga2 warna purple..
macam Sakura kat Jepun laa pula :)


nie gambar pokok tadi juga..



di Cairo..
1. Saya jumpa dengan junior yang saya kenal di alam maya. DiaBERUSIA 13 tahun..Khadijah husni namanya.
Dia belajar di Bu'uth,Cairo, EGypt semenjak berusia 11 tahun..family dia di Malaysia.
Sekiranya anda jumpa, takkan percaya dia usia 13 tahun..sebab dah nampaki matang.
Dah fasih bercakap arab 'ammi mesir..
memalukan bagi orNg yang dah usia 18 tahun macam saya kalau tak pandai hidup berdikari di perantauan
2. Jumpa dengan kak Wan Nisa', senior yang setahun lebih tua dari saya. Senior di Sekolah Hidayah.
3. Hadiri open house rumah kak Feti.open house untuk 3rd year medical student Cairo University --girls only!--
4. Saya fahamkan sistem pembelajaran sekolah di Egypt..Khadijah yang ceritakan
5. Saya rasai kembali nikmat ukhwah islamiyah dan indahnya hidup bawah tarbiyah.
6. Housemates saya (Farah,AIn dan Huda) pergi ke Hussein..tempat jual cenderamata. tempat nie famous di Cairo. Saya dan Hani tak pergi. Saje je taknak pergi ;)
insyaAllah, next time kami pergi
7. Saya fahamkan budaya hidup orang di Mesir..Khadijah laa nie yang ceritakan
8. Oh yeah..11/10 pada malamnya. saya berjalan di City Star.best3! harganya pun best.
boleh kopak handbag nak cari duit ;p
kesimpulannya,
saya dan housemates saya datang ke Cairo tanpa perancangan pun.
Buat keputusan saat2 akhir bila akak2 medic dari Cairo lawat rumah kami. Saya kenal akak2 ni sebab ada guru sekolah saya yang kenalkan :)
mula2 memang teruja..di pertengahan rasa macam malas nak pergi sebab fikirkan kuliah yang nak starty 14/10..last2 ikut juga
Alhamdulillah, rupanya banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat.
Melalui akak2 tersebut, saya akui bahawasanya untuk menunjukkan bahawa Islam itu benar, Islam itu cantik..maka perlulah dizahirkan dengan perbuatan.
Antara sikap akak2 di rumah BADAR 313 yang saya suka ialah :-
1. mereka tak mudah merungut. bekerjasama.memahami
2. sebelum pergi kuliah pada waktu pagi...MESTI solat dhuha dahulu. saya rindu saat di sek Hidayah T_T
3.melayan tetamu dengan sebaiknya.akak2 tue sanggup study sampai malam2 atau bangun pagi2 untuk cover benda yang tak diulangkaji sebab melayan kami..
4.tunjukkan qudwah yang baik
bestkan?
alhamdulillah, kini saya tahu saya masih punyai senior yang baik di Egypt
Alhadulillah
BUKTIKAN ISLAM MELALUI PERLAKUANMU!
12 October 2009 --birthday junior debatku,raihana dan fahna zain--
BADAR 313,
cairo,Egypt

Ahad, 11 Oktober 2009

DI RUMAH BADAR 313 DAN KAUTHAR, CAIRO, EGYPT ;)

Assalamualaikum

Semalam,10 oktober selepas maghrib..saya+farah+huda+hani+ain
ditemani kakak2 senior 3rd year medic JPA..uni Cairo,Egypt
kak husna+kak ilya+kak nusaibah
dan kakak yang baru habis master di UK
kak huda
selamat sampai di cairo
sebenarnya benda nie langsung tak dirancang..tengah hari,1o/10 akak2 dari Cairo datang ziarah rumah saya..tawarkan nak lawat cairo atau tak
disebabkan kuliah saya bermula 14/1o..maka saya dan housemates saya (yang amik medic manchester) pun bersetuju.

kami bermalam di rumah yang namanya BADAR 313..
walaweh~ best3! seronok..
kini saya berada di rumah sebelah bangunan BADAR 313..iaitu rumah KAUTHAR
best3!
saya suka dengan akak2 di sini..mereka sangat2 baik ;)
terima kasih akak2.

saya belajar:-
1. macam mana cara hidup orang bujang..cara masak, cara buat jadual harian
lain kalau hidup di perantauan
2. cara untuk melayan tetamu
3. erti bekorban..
4. apa erti tarbiyah yang sebenar
5.erti kemanisan tarbiyah..
saya gembira berkenalan dengan akak2 di sini
saya amat menghargai saat2 ini

dan saya suka dengan kata2 yang akak2 nie tulis di white board;-

Rancanglah untuk masa depan
tapi hiduplah untuk sekarang..
Masa depan itu tidak pasti
tapi merancang itu mesti
Jangan tunggu esok untuk berubah
kerna esok wujudnya sirna
Mungkin ada, mungkin tiada..
Kita ada saat ini untuk hidup
Semalam sudah berlalu pergi..
Esok,adakah hadirnya pasti??
Jangan jadi mukmin yang rugi
HARGAI WAKTU INI
Kerna ia tak mungkin berulang lagi (103:1-3)

BEING A NEW ONE IS DIFFICULT,BUT NEVER IMPOSSIBLE
--KE ARAH PERUBAHAN YANG LEBIH3X BAIK--


11 oktober 2009 --birthday Huda,h0usemateku--
rumah KAUTHAR (akak2 medic JPA 3rd year)
cairo,Egypt

SETIBANYA DI MANSOURA ^_^

assalamualaikum.
sesekali mengimbau post sebelum datang ke mansoura, best juga ^_^
alhamdulillah..
terlalu banyak pengalaman yang melimpah ruah.
kini memahami kenapa adakalanya orang lebih suka gambar yang menceritakan situasi
1.sebab pengalaman yang begitu indah
2.sebab nak jimat masa




setelah 12 jam dalam kapal terbang.inilah hasil wajah2 terhasil ;p
semuanya housematesku yang best sedunia ^_^
+farihah xde dalam picture+
dari KLIA -->mumbai,india (1 jam)--> Cairo
dari Cairo ke Mansoura..
tido,bangun,tido,bangun,tido,bangun...x sampai2
2 jam setengah (kalau naik bas) -setiap pengangkutan,lain2 tahap kelajuan-
sebab teruja kot sampai rasa lama sangat dalam bas







SMS mak,ayah dan family..menyatakan selamat sudah sampai di Egypt
yeah! itu handphone baruku..
sony ericsson,warna putih,slide..best3!




singgah melawat Piramid..
lawat luar pagar sahaja.
gambar piramid dan bangunan di cairo.
oh yeah..culture shock yang pertama saya alami:-
1) udara yang berdebu. kalau bersih je udara kat sini tak berdebu...macam mimpi
2) kebersihan..abang Bed kata, di Egypt 'BANYAK TONG SAMPAH'
memang betul pun!
di mana ada jalan, di situ pasti ada sampah
--adakalanya negara Islam tidak menunjukkan contoh yang baik..aish~ --

pemandangan piramid dan bangunan di Cair0


motif gambar: untuk menunjukkan suasana jalan raya mansoura
nie baru lepas pergi SOROFAH (tempat tukar duit)
100 US Dolar = 547/546/545 geneh --ikut ekonomi semasa--
bantai makanan arab..syawarma kalau tak silap nama makanan dia
sedap dan unik ;)
setiap negara ada keunikan tersendiri.
walaweh~ buah2an di sini...sedap awi awi (sangat2)
1. buah dia manis,sedap! anggur dia sedap! serius..malaysia takde anggur sesedap di mesir
2.buah tomato di sini manis, b0leh makan macam buah gitu sahaja.
sedap sehingga menjilat jari!
TRIP KE PORT SAID
bergambar dalam bas
pergi ke port said bersama rombongan kawan2 GMN..
beli barang untuk persediaan musim winter ^_^

rasanya..
orang2 dalam bas ini mesti fikir 1 juta kali untuk pergi ke port said semula
port said best! tapi kalau bab kena tahan di imigresen ..aduhai~ dugaan2
pening kepala daku


antara pemandangan di Mansoura..
terima kasih kepada housemateku, Farah atas sumbangan gambar2 dalam kamera beliau
((saya tak bawa kamera+ tak rajin ambil gambar))
alhamdulillah, ada banyak pengajaran yang saya dapat
sama ada saya mahu cerita atau tak..ikut kesesuaian masa
di rumahku tiada sambungan internet lagi.
insyaAllah, ada rezeki,..post2 di Mansoura akan menyusul
pesanan:
saya kini berjalan di Cairo bersama dengan housemates..Huda,Ain, Farah,Hani..budak2 medic manchester..
pesanan 2:
dapat online sebab rumah senior medic JPA 3rd year..ada wireless.
pesanan 3:
buat family,guru2,kawan2..alhamdulillah, saya selamat di Egypt ;)
saya bahagia di sini..namun saya tetap berbangga jadi rakyat Malaysia!
doakan kesihatan saya.kesejahteraan saya.
pesanan 4:
calon2 SPM 2009..belaja rajin2.buat latihan banyak2.fahamkan konsep.
dekatkan hubungan kalian dengan ALlah.
buat yang ada exam..all the best! moga meraih kejayaan.ingat, doa.usaha.ikhtiar.tawakkal.



11 oktober 2009 --birthday Huda,h0usemateku--
rumah KAUTHAR (akak2 medic JPA 3rd year)
cairo,Egypt