Selasa, 30 November 2010

KITA UNTUNG KE.KITA RUGI KE.KITA TETAP UNTUNG.


bismillah and salaam to all :)

nak share sedikit petikan daripada buku "YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD"
orang yang bukan perempuan pun boleh baca :)

YOU WILL BE THE WINNER IN ALL SITUATIONS you have to seek reward from Allah.If some worry,distress or grief befalls you,remember that it is expiation for sin.......

(copy-paste sikit je ^_^)
************************************************************************************
sweetnya Allah~ Allah sangat baik.Terbukti sifat penyayang dan pengasih-Nya ^_^

Kita ni sebagai seorang muslim,ada satu perniagaan yang menarik Allah dah sediakan.
KITA UNTUNG KE..KITA RUGI KE..KITA TETAP UNTUNG

eik? macam mana tu?

UNTUNG + RUGI = UNTUNG

MUSH MA'UUUUL!!! (tak diterima akal -arab 'ammi mesir)

okey-okey.biar saya terangkan.

bila kita dapat rezeki daripada Allah,kita gunakan sebaiknya,kita bersyukur pada Allah,kita sedekah sikit pada orang.Dapat pahala kan :D
Hatta kalau kita buat baik kerana Allah semata-mata (bukan sebab nak kasi nampak kita baik), insyaAllah dapat pahala kan :D
tapi,kalau kita ditimpa kesusahan,kesakitan..tahu tak kawan-kawan bahawa ALLAH HAPUSKAN DOSA kita!
subhanallah! alhamdulillah!
Bayangkanlah,setakat rasa sakit sikit sebab tercucuk duri pun Allah dah hapuskan dosa :)
Apatah lagi kalau barang kesayangan kita hilang,sedih sebab kehilangan orang tersayang,dapat result yang teruk walaupun dah usaha dan doa banyak..

Chill, semua orang..!! be happy,ok ^__^

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a


p.s: semoga rasa pening,rasa separa sakit semasa musim winter dan proses nak siapkan thesis ni menjadi penghapus dosa ^_^ ameen~

Ahad, 7 November 2010

Bila Lihat Dia, Saya Lihat Keindahan Islam :)

Bismillah and salaam to all ^_^
Ini post yang laju. Dalam 10 minit tulis.
Tulis apa yang ingin dikongsi dan untuk mengajak kita sama-sama muhasabah.


Dari malam tadi hati saya meronta-ronta
Minta untuk memuhasabah diri adakah saya benar-benar sudah faham islam.

Islam vs islam
ada bezakah keduanya
Mungkin ada yang akan jawab bezanya " I besar" dan "i kecil"
Saya beri contoh:-
" Saya Ayu" dan "saya ayu"
beza tidak?
fikir dahulu~

Saya Ayu.. bermakna wanita itu namanya Ayu, tapi tidak semestinya orang itu ayu (sopan-santun,lemah lembut). Benar?
Manakala..
Saya ayu.. Ha, yang ini mungkin wanita-wanita yang sedang membaca boleh menyebut "saya ayu" sebab sesiapa sahaja wanita yang tidak bernama Ayu boleh menjadi ayu.
Mengerti?

Mari saya clearkan bagi yang blurr
Di kad pengenalan kita (bagi yang beragama Islam) pasti ada tertulis Islam,bukan?
tetapi adakah semua orang yang kad pengenalannya tercatat "Islam" itu benar-benar mengamalkan ajaran Islam?

"Saya Islam" vs "Saya islam"
Saya Islam.. boleh jadi orang itu beragama Islam tetapi tidak mempratikkan pun ajaran Islam.
Saya islam.. segala tingkah lakunya menunjukkan keindahan agama Islam itu sendiri.

Islam ad-deen. Ad-deen itu bermaksud cara hidup
Cara hidup itu bermaksud segala perlakuan yang kita lakukan sepanjang kita hidup daripada bangun pagi sehingga tidur.
Semua itu perlulah menunujukkan ciri-ciri Islam.


Sekiranya tidak mengerti, bagi tahu ye ^_^
InsyaAllah,saya akan jelaskan ;)

**************************************************

Sejak tahun lepas, tapi semakin memuncak malam tadi.
Hati saya memberontak.
Puncanya daripada pengisian seorang akak pada hari Khamis yang menyebut..
"Islam itu ad-deen. Ad-deen itu cara hidup.Maksudnya,apabila orang lihat kita dari segi pakaian,dari segi percakapan,dari segi pergaulan,dari segi makanan,dari semua aspek..orang akan nampak keindahan Islam itu."
Saya tergamam!

**************************************************

Bila saya lihat dia. Saya nampak keindahan Islam.
Dari segi pertuturan dia,saya nampak keindahan Islam.
Dari segi pergaulan dia dengan orang yang berlainan jantina, saya nampak keindahan Islam.
Dari segi adab dia dengan orang sekeliling, saya nampak keindahan Islam.
Dari segi cara dia menulis blog, saya nampak keindahan Islam.
Dari segi dia menulis email,membalas komen saya di facebook, membalas mesej saya..saya nampak keindahan Islam
Di Facebook dia, saya nampak keindahan Islam
Dari segi PRINSIP dia, saya nampak keindahan Islam.
Setiap lafaz bicaranya tidak akan lekang kalimah-kalimah memuji Allah.

Subhanallah!

Dia itu masih wujud.
Dia lah yang menjadi salah satu sumber kekuatan saya untuk tidak ragu-ragu untuk menjadikan Islam sebagai satu cara kehidupan
( Islam is the way of life)
Sungguh! Dia bukanlah seorang manusia yang perfect
Tetapi usaha dia untuk memastikan orang sekeliling memahami apa makna Islam yang sebenar, benar-benar memberi kesan dalam hidup saya.

Dia tidak tahu bahawasanya saya menjadikan dia sebagai salah satu inspirasi perubahan saya beberapa ketika dahulu.

************************************************
Tidak terlintas di hati saya untuk memuja makhluk Allah.
Tetapi saya mahu menjelaskan bahawasanya masih wujud di dunia ini hamba-hamba Allah yang masih kuat untuk mengamalkan ajaran Islam.
Bukan sekadar berdiri atas title "Islam" tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam

Bayangkan,sekiranya kita benar-benar menjadikan Islam is the way of life seperti dia
Sebanyak mana perubahan saya mahupun orang sekeliling yang tersentuh dengan sikapnya..
sebanyak itulah juga pahala yang dia kumpulkan.
Sebanyak itu jugalah dia mampu untuk melamar rahmat Allah.

**************************************************

Dia hanyalah seorang junior saya di sekolah.
Saya tidak dapat bayangkan pula bagaimana indahnya akhlah Rasulullah SAW. Subhanallah!
Saya tidak pernah berjumpa dengan baginda SAW, tetapi apabila membaca sirah. Apabila mendengar orang bercerita..hati saya benar-benar tertawan dengan keindahan akhlak Rasulullah SAW :D

akhir sekali,sekali lagi fikirkan.hadamkan dalam diri.
" Islam itu ad-deen.Ad-deen itu maksudnya satu cara kehidupan (Islam is the way of life). Maksudnya apabila orang lihat kita, orang akan lihat keindahan Islam"
[benarkah kita sudah menjadikan Islam itu sebagai satu cara kehidupan. Tahu maksud sabar,benarkah kita bersabar? Tahu maksud ikhlas,benarkah kita ikhlas?]

p.s: bersiap untuk ke gam'ah (universiti).Mid sem exam dalam 1 jam lebih lagi :)

Sabtu, 6 November 2010

[MESIR] Al-Baron


Bismillah and salaam to all :)(:

post yang pantas. 15 minit.

coklat AL-BARON yang melekat atas kek

8 kek. 2 roti (1 sosej,1 ayam). 4 air limau

rupa 8 kek yang menjadi menjadi idaman hati sebelum dimakan

rupa 8 kek selepas dimakan.
[bila tak larat habiskan,macam biasa, take away balik rumah]

makan-makan di Al-Baron sebab menyambut hari lahir ke-21&1 bulan seorang akak ni
[kakak saya.2nd year pharmacy di Mansoura University]
Al-Baroon tu dekat je dengan pintu belakang gam'ah (universiti)

pemandangan 1 mansoura

pemandangan 2 mansoura.
rumah-rumah kami di sini macam flat itulah.

pemandangan 3 mansoura.

pemandangan 4 mansoura.
ni dikira baik tak sesak sangat :D

********************************************************************

untuk family di Malaysia, inilah sambutan birthday kak Nana yang mampu dibuat ketika dalam musim study week baru-baru ni. Hari Khamis kalau tak silap pergi Al-Baroon.

Oh ye, sepotong itu harganya 5 genih (1 genih =RM 0.60). Ini kira kek lower class.
ada yang sepotong harganya 7 genih, ada juga yang 10 genih.

kalau beli 1 kek besar tu adalah harganya 65 genih,75 genih,95 genih,120 genih.
beli yang sepotong-sepotong..boleh rasa macam-macam perasa ^_^

pengajaran:
Alhamdulillah ya Allah~ kami masih diberi rezeki untuk makan. Rezeki wang. Rezeki masa dan segalanya.
Masyarakat di Mansoura sampai ada yang tiada duit untuk beli makanan :'(
Tanggungjawab kita untuk membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.
10% atau 1 per sepuluh daripada duit bulanan kita itu gunakan untuk orang. Belanja kawan.Sedekah. Infaq. semua ini sebagai tanda kita bersyukur pada Allah.
Tak rugi tolong orang dalam kebaikan. Tak dapat dosa pun, makin tambah pahala dan melamar rahmat Allah ^_^

jadinya,bagi sesiapa yang kempunan untuk lihat rupa Mansoura.
harapnya,gambar yang sedikit di atas dapat tunjukkan suasana di Mansoura.
InsyaAllah,lepas ni banyak lagi gambar yang akan menyusul :D

wassalam~

mood:persediaan terakhir mid-sem

v>06112010
mansoura,egypt