Selasa, 26 Julai 2011

Jalan ini sulit dan panjang. Sabarlah duhai hati.

Bismillah


Berat untuk saya menulis post kali ini lantaran payahnya untuk mencari bait-bait perkataan yang boleh dijadikan ayat bagi menzahirkan perkara yang mahu saya nyatakan.

Rasa lelah dan lemah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah itu adalah perkara yang seringakali membelenggu para daie'. Namun,adakah itu mahu dijadikan alasan untuk memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah?

Adakah kita lupa apa yang kita mengimani [percaya] selama ini dimana memang jalan dakwah dan tarbiyyah ini sulit,panjang dan payah. Cukuplah sirah nabawiyyah menjadi bukti akan hal ini.
Biarpun Rasulullah SAW hanya mahu menyampaikan risalah Islam yang suci lagi benar, baginda dituduh gila. Pernah juga baginda dibaling batu pleh penduduk di Thaif hanya kerana untuk menyebarkan Islam.
Namun, tidak pernah Rasulullah SAW berhenti untuk teruskan menyebarkan dakwah dan menyantuni para sahabat dengan tarbiyah. Tidak pernah sekali.

Bila kita mahu meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang mulia di mana mahu menyantuni masyarakat sekeliling dengan dakwah dan tarbiyyah, pasti akan datangnya godaan.
Si syaitan yang licik itu akan terus menggoda kita agar kita meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini.



Pernah sekali, malahan berkali-kali..perasaan kuat tidak mahu join dakwah dan tarbiyyah termasuklah usrah itu datang menerpa saya. Jiwa saya bergolak di saat itu. Saya rasa sangat kecewa. Saya percaya bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ini sememangnya payah. Tetapi tiba-tiba muncul perasaan di mana saya merasakan diri saya terlalu jijik dan hina lantaran banyaknya dosa saya. Lepas itu dalam masa yang sama mahu menggalas amanah dakwah dan tarbiyyah yang suci ini.

Sungguh,ujian ini adalah ujian yang sangat hebat untuk saya.
Ah. Siapa saja manusia di muka bumi ini yang benar-benar suci. Setiap orang pasti melakukan dosa. Cuma Allah itu Maha Penyayang menutup keaiban kita.
Saya boleh sahaja untuk mengambil keputusan untuk meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini, namun di sebalik sudut hati saya..entah kenapa masih ada lagi sinar sayang dan cinta pada jalan ini. Entah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh munculnya perasaan itu.

Bila saya sudah rasional pada keesokan harinya, saya mula berfikir, sekiranya saya memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah. Saya akan memilih jalan apa untuk terus menyebarkan risalah Islam pada masyarakat? Mustahil saya boleh lakukan perkara ini bersendirian tanpa adanya kekuatan secara berkumpulan.

Selepas beberapa ketika, membaca pandangan kak Aisyah Muharikah dalam postnya yang bertajuk saya sudah bosan dengan usrah, saya tak dapat apa2 dari usrah. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tetap berada di jalan dakwah dan tarbiyyah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memilih untuk terus berada di jalan ini, saya tidak pun mendapat belaian daripada sesiapa. Tiada sesiapa yang mahu memujuk pun. Sebab saya mengimani [percaya], jalan dakwah dan tarbiyyah ini bukanlah jalan untuk mereka yang manja.

Saya bertekad untuk berada di jalan ini, biarpun ada insan yang memilih untuk keluar.
Istisyarah [berbincang] da istikharah itu adalah penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kini, saya cuba untuk menguatkan diri. Saya juga mahu meleparkan sedikit tempias buat mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah.

Memang rasa lelah, rasa penat, rasa tak mampu mahu menggalas amanah ini. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membenani hamba-Nya melainkan perkara yang hamba-Nya mampu?
Kadang-kadang rasa leceh nak buat plan itu,plan ini, nak buat daurah itu, usrah untuk adik tu, usrah untuk adik ni, nak kejar adik sana, kejar adik sini. Tapi kita tahu bahawa kita buat semua ni bukan saje-saje. Tapi kita nak orang di sekeliling kita turut mendapat kefahaman Islam sepertimana yang kita faham!
Dengan kesibukan belajar, dengan komitmen dengan kerja-kerja lain..pastinya membutuhkan tenaga kita sepenuhnya.
Kerana itu dalam senarai 10 muwasofat tarbiyah, kita diajar untuk susun masa dengan sebaiknya dan menjadi seorang yang kemas!



Hakikatnya,bukan kita seorang sahaja yang merasakan betapa payahnya perjalanan ini. Ramai lagi (:
Ayuh kita lakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini dengan rasa cinta. Kerana cinta itu mampu mengubah perkara yang sukar menjadi senang.
Apakah salahnya kita membuktikan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW  agar impian tertinggi kita di dunia ini iaitu untuk memastikan seluruh makhluk tunduk kepada Allah tercapai.Maksud saya, sistem Islam digunapakai dalam semua aspek baik daripada segi perundangan,ekonomi,pendidikan,politik dan sebagainya.

Saya rasa,mungkin akan ada post yang akan menyusul kemudian.
Entahlah, saya rasa mungkin sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah ini untuk kita sama-sama merasai dan berkongsi pengalaman.

Tapi sebenarnya pengalaman daripada pakcik makcik yang sudah berpuluh tahun itu adalah lebih indah untuk dikongsi. Namun,saya mahu coretkan kenangan ini agar boleh menjadi tatapan bagi mereka yang mengalami situasi seperi saya.

Setakat ini sahaja dahulu.

Wassalam.

nota kaki: ini merupakan post pertama saya mengenai DnT secara serius. Saya tahu ada kekurangan dalam post ini. Maafkan saya. Ini sekadar perkongsian rasa bagi mereka yang mungkin merasakan hal yang sama dengan saya. (: