Rabu, 3 Ogos 2011

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.

Bismillah.

Di Jammasah,Mesir. Program summer camp.

Saya pinta padanya,
"ustazah,nasihatkan saya"

Lantas,dia menasihatiku. Mataku sudah bergenanggan air mata ketika itu.

Usah layan runtunan perasaan.

Sekiranya ada masalah, rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman, usah ikut kata hati sendiri.

Jaga solat fardhu awal waktu, jaga solat sunat rawatib, jaga perkara sunat yang lain, jaga puasa sunat isnin dan khamis, jaga qiammulail, buka dan baca semula buku catatan daurah dan usrah, baca buku riyadus solihin.

~***~***~***~***~***~***~

Saya kira nasihat daripada seorang murobbiyah [merujuk kepada kata-kata di atas], dimana beliau telah berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini selama 40 tahun perlu dijadikan panduan.

Dan saya dan kamu yang masih mentah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini..
Apa kita ini hebat sangat sehingga mengutamakan pandangan kita daripada pandangan Allah dan Rasulullah? Apa kita ini bijak sangat sehingga lupa mengambil pandangan mereka yang lebih berpengalaman dan mengetepikan konsep syura?

Dimanakah konsep syura yang kita percaya?
Dimanakah konsep thiqah pada naqib/ah yang kita amalkan?

Apakah kerana sedikit kesilapan terus kita membelakangkan semuanya.
Adakah apabila ada sesuatu perkara yang tidak sependapat dengan jiwa kita terus kita membenci.

Habis itu, adakah tarbiyyah itu hanya sekadar pada perkara yang kita suka?
Bila ada perkara yang kita tidak suka, kita tinggalkan.

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.


nota kaki:
murobbiyah - pendidik (perempuan)

Selongkar

Bismillah

Tadi saya baru selongkar folder yang ada dalam laptop. Ditakdir saya terjumpa sesuatu yang saya save dalam microsoft word. 


Hlovate.
Penulis yang saya kenal ketika menginjak ke usia remaja di mana karyanya membawa saya untuk berfikir agar menjadi muslim yang sebenar-benar muslim.

Novel Versus, Rooftop Rant dan Contengan Jalanan adalah penulisan Hlovate yang saya suka.

satu,
Cari purpose of life. Kena define dulu makna hidup. Baru boleh decide kita nak hidup untuk apa.

,dua
Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana


tiga,
Yahya Ibn Mu'adh (radiyallahu anhu) `May Allah be pleased with him' said:
"I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former."

maksudnya:
aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa.Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia.”

empat,
dugaan itu tarbiyah.

ada waktu,kejadian berlaku begitu je.
no warning at all.
waktu tu baru kita tahu kita boleh handle atau tak sesuatu peristiwa. 
put trust in Him. Dia takkan sekali bebankan kita melainkan apa yang disanggupi. 

lima,
tarbiyyah itu, secara ringkasnya b'maksud (proses) pendidikan atau bimbingan.

jadi, umumnya, ujian itu merupakan 'bimbingan'/pendidikan kpd kita agar kita jadi lebih sabar, dan reda (menerima ujian tersebut) dengan ikhlas hanya kerana Allah..

satu hari mungkin rasa payah sangat nak handle sesuatu tu.. mungkin ada je halangan.. tu kiranya 'tarbiyyah' dari Allah, agar lebih banyak bersabar..

yup, easier said than done, tapi, itukan sebahagian daripada proses untuk bersabar? macam mana kita nak tahu kita boleh bersabar bila mana kita tidak diuji?

kongsian bersama; 
"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah at-tagabun; ayat 11) / [64:11]

wallahu'alam.
correct me if i'm wrong. :)

[perkongsian salah seorang pelawat blog Hlovate]

~***~***~***~***~***~***~


4 di atas adalah catatan yang saya copy-paste daripada blog Hlovate. Catatan di atas berkisar tentang novel Contengan Jalanan.




Selasa, 26 Julai 2011

Jalan ini sulit dan panjang. Sabarlah duhai hati.

Bismillah


Berat untuk saya menulis post kali ini lantaran payahnya untuk mencari bait-bait perkataan yang boleh dijadikan ayat bagi menzahirkan perkara yang mahu saya nyatakan.

Rasa lelah dan lemah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah itu adalah perkara yang seringakali membelenggu para daie'. Namun,adakah itu mahu dijadikan alasan untuk memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah?

Adakah kita lupa apa yang kita mengimani [percaya] selama ini dimana memang jalan dakwah dan tarbiyyah ini sulit,panjang dan payah. Cukuplah sirah nabawiyyah menjadi bukti akan hal ini.
Biarpun Rasulullah SAW hanya mahu menyampaikan risalah Islam yang suci lagi benar, baginda dituduh gila. Pernah juga baginda dibaling batu pleh penduduk di Thaif hanya kerana untuk menyebarkan Islam.
Namun, tidak pernah Rasulullah SAW berhenti untuk teruskan menyebarkan dakwah dan menyantuni para sahabat dengan tarbiyah. Tidak pernah sekali.

Bila kita mahu meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang mulia di mana mahu menyantuni masyarakat sekeliling dengan dakwah dan tarbiyyah, pasti akan datangnya godaan.
Si syaitan yang licik itu akan terus menggoda kita agar kita meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini.



Pernah sekali, malahan berkali-kali..perasaan kuat tidak mahu join dakwah dan tarbiyyah termasuklah usrah itu datang menerpa saya. Jiwa saya bergolak di saat itu. Saya rasa sangat kecewa. Saya percaya bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ini sememangnya payah. Tetapi tiba-tiba muncul perasaan di mana saya merasakan diri saya terlalu jijik dan hina lantaran banyaknya dosa saya. Lepas itu dalam masa yang sama mahu menggalas amanah dakwah dan tarbiyyah yang suci ini.

Sungguh,ujian ini adalah ujian yang sangat hebat untuk saya.
Ah. Siapa saja manusia di muka bumi ini yang benar-benar suci. Setiap orang pasti melakukan dosa. Cuma Allah itu Maha Penyayang menutup keaiban kita.
Saya boleh sahaja untuk mengambil keputusan untuk meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini, namun di sebalik sudut hati saya..entah kenapa masih ada lagi sinar sayang dan cinta pada jalan ini. Entah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh munculnya perasaan itu.

Bila saya sudah rasional pada keesokan harinya, saya mula berfikir, sekiranya saya memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah. Saya akan memilih jalan apa untuk terus menyebarkan risalah Islam pada masyarakat? Mustahil saya boleh lakukan perkara ini bersendirian tanpa adanya kekuatan secara berkumpulan.

Selepas beberapa ketika, membaca pandangan kak Aisyah Muharikah dalam postnya yang bertajuk saya sudah bosan dengan usrah, saya tak dapat apa2 dari usrah. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tetap berada di jalan dakwah dan tarbiyyah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memilih untuk terus berada di jalan ini, saya tidak pun mendapat belaian daripada sesiapa. Tiada sesiapa yang mahu memujuk pun. Sebab saya mengimani [percaya], jalan dakwah dan tarbiyyah ini bukanlah jalan untuk mereka yang manja.

Saya bertekad untuk berada di jalan ini, biarpun ada insan yang memilih untuk keluar.
Istisyarah [berbincang] da istikharah itu adalah penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kini, saya cuba untuk menguatkan diri. Saya juga mahu meleparkan sedikit tempias buat mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah.

Memang rasa lelah, rasa penat, rasa tak mampu mahu menggalas amanah ini. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membenani hamba-Nya melainkan perkara yang hamba-Nya mampu?
Kadang-kadang rasa leceh nak buat plan itu,plan ini, nak buat daurah itu, usrah untuk adik tu, usrah untuk adik ni, nak kejar adik sana, kejar adik sini. Tapi kita tahu bahawa kita buat semua ni bukan saje-saje. Tapi kita nak orang di sekeliling kita turut mendapat kefahaman Islam sepertimana yang kita faham!
Dengan kesibukan belajar, dengan komitmen dengan kerja-kerja lain..pastinya membutuhkan tenaga kita sepenuhnya.
Kerana itu dalam senarai 10 muwasofat tarbiyah, kita diajar untuk susun masa dengan sebaiknya dan menjadi seorang yang kemas!



Hakikatnya,bukan kita seorang sahaja yang merasakan betapa payahnya perjalanan ini. Ramai lagi (:
Ayuh kita lakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini dengan rasa cinta. Kerana cinta itu mampu mengubah perkara yang sukar menjadi senang.
Apakah salahnya kita membuktikan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW  agar impian tertinggi kita di dunia ini iaitu untuk memastikan seluruh makhluk tunduk kepada Allah tercapai.Maksud saya, sistem Islam digunapakai dalam semua aspek baik daripada segi perundangan,ekonomi,pendidikan,politik dan sebagainya.

Saya rasa,mungkin akan ada post yang akan menyusul kemudian.
Entahlah, saya rasa mungkin sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah ini untuk kita sama-sama merasai dan berkongsi pengalaman.

Tapi sebenarnya pengalaman daripada pakcik makcik yang sudah berpuluh tahun itu adalah lebih indah untuk dikongsi. Namun,saya mahu coretkan kenangan ini agar boleh menjadi tatapan bagi mereka yang mengalami situasi seperi saya.

Setakat ini sahaja dahulu.

Wassalam.

nota kaki: ini merupakan post pertama saya mengenai DnT secara serius. Saya tahu ada kekurangan dalam post ini. Maafkan saya. Ini sekadar perkongsian rasa bagi mereka yang mungkin merasakan hal yang sama dengan saya. (:

Ahad, 19 Jun 2011

Chorea itu bukan Korea.

otak 1

otak  2

otak 3

otak 4
Bismillah.

Di atas ini ialah keratan rentas otak.
atau dalam bahasa perubatan "cross section of the brain"

Semester 4 di tahun 2 perubatan [satu tahun ada 2 semester]
Saya dan kawan-kawan belajar tentang kepala dan leher.Termasuklah otak.
Bila sudah masuk dunia perubatan, baru saya tahu rupa-rupanya dalam otak itu ada banyak lagi komponen yang sangat penting. Bila ada sedikit masalah di salah satu komponen di dalam otak, kesannya amat menggerunkan.

Gambar-gambar otak di atas itu nampak seperti biasa kan?
Hakikatnya, setiap lubang yang ada di otak itu ada nama dan fungsinya.
Setiap satu gambar boleh mencecah sehingga 2o nama komponen untuk dihafal.

Semester 4 ini banyak mengajar saya untuk menghargai nikmat Allah SWT :')
serta menyaksikan kehebatan Allah.Subhanallah!

Di bawah ini saya sertakan video yang  tidak menggerunkan.

Budak comel di dalam video pertama ini bukan sengaja mahu menggerakkan tangannya,kakinya.
Benda ini bukanlah menarik untuk ditertawakan walaupun mula-mula rasa nak tergelak. Macam nak cakap "takde kerja ke budak ni nak gerak-gerak menari atas katil".

Semasa doktor menunjukkan salah satu video tentang penyakit ini dalam sesi praktikal, mata saya sudah bergenang. Selesai sahaja sesi praktikal dan  saya pergi ke hospital kecemasan, saya nampak ramai pesakit yang mengalami penyakit ini sehingga menyebabkan pergerakan mereka tidak terkawal.

Cuma..

Dulu saya sangkakan mereka ini orang majnun -_-'' Astaghfirullah.
[Majnun = g*l*]
Rupa-rupanya Allah uji mereka dengan penyakit yang saya sendiri baru tahu namanya dan kesannya.

Bahagian yang bermasalah yang dialami oleh orang yang menghadapi penyakit ini sedikit. Tetapi kesannya, sehingga menyebabkan diri sendiri tidak boleh mengawal pergerakan badan. Semuanya berlaku secara involuntary atau bahasa mudahnya, benda yang diri kita tak mampu nak kawal. 

Pergerakan tidak normal yang dialami oleh budak comel ini ialah Chorea


Saya kira video di bawah ini mungkin boleh menceritakan serba sedikit tentang Chorea.
Maafkan saya sebab wanita di video bawah ini kurang sopan.

 

Dan..

YES! bukan mudah belajar tentang otak ini. Tetapi tidak dapat dinafikan, subjeknya sangat menarik :D

Esok. Eh. Salah,salah.
Lusa, pada tarikh 21 Jun 2010 merupakan hari terakhir peperiksaan.
Kertas terakhir ialah peperiksaan praktical yang hanya jawab di komputer di mana saya perlu skor banyak markah di sini.
Total markah untuk OSCE 100 markah.

Doakan moga kawan-kawan dan saya lulus dengan jayanya dan dapat markah penuh.

Saya tahu post ini agak membosankan bagi mereka yang tidak minat bidang perubatan.
Minta maaf. :)




nota kaki: Selamat hari bapa,Papa! May Allah bless you :D
nota kaki 2: Ini salah satu post yang saya mahu sangat kongsikan. Kiranya ini baru pendahuluan. Sangat menarik untuk mendalami tentang otak kita [manusia]
nota kaki 3: terima kasih kepada kawan-kawan Arab yang menyumbang gambar-gambar otak. Kalau ada salah fakta yang saya berikan di atas, silalah tegur ya :)

Selasa, 14 Jun 2011

Relax laa bro, dosa kecik je.


Bismillah.


Assalamualaikum wmt wbt.
Sedikit perkongsian hari ini.



Do not think about how small the sin is, but think about who you have just disobeyed
Jangan berfikir tentang betapa kecilnya dosa, tapi berfikir tentang siapa anda barusaja menderhaka kepada.

-Bilal bin Sa'd

Ahad, 12 Jun 2011

Perlukah ending kisah yang bahagia baru mahu bersyukur?

Bismillah.
Assalamualaikum wmt wbt


Saya yakin post kali ini agak panjang. Saya pun tak pasti ada berapa patah berkataan sebab post kali ini saya menulis dengan bertemankan bisikan hati yang mengimbau kenangan masa lalu. Saya mahu tulis juga post ini walaupun saya tahu mungkin panjang kerana kisahnya mahu saya abadikan sebagai pengajaran untuk saya dan sesiapa yang mahu ambil pengajaran.
Minta maaf sebab tak sempat nak letak gambar banyak-banyak dan buatkan post kali ini menarik untuk dibaca.

Mungkin ini juga adalah post terakhir sebelum saya menghadapi final exam pada 15 jun 2011-21 jun 2011 :) [ini bukan satu janji]

Azan pertama sudah pun berkumandang, kini saya menanti bilal untuk melafazkan azan yang kedua dimana menandakan tandanya masuk waktu subuh. Ketika musim panas di Mesir, sangat indah dan nikmat kedinginan udara pada waktu subuh dimana udaranya sangat segar dan sejuk.
Alhamdulillah ^_^

Semalam post saya yang bertajuk catatan Pre-exam meluahkan apa yang tersirat di kepala saya pada pagi itu dimana saya tak dapat nak belajar dan saya rasa agak stress. Selepas mengikuti aktiviti ijlis bina wa nu'min sa'ah [baca:usrah], alhamdulillah, jiwa saya jadi  sangat segar :') Inilah nikmat usrah.

Nak ceritanya,macam ni.

Mind Map.
Sumber: Mr.Google
Semalam sebelum saya menulis post tajuk catatan Pre-exam, saya mesej Ida. saya menyatakan bahawa saya mahu nombor handphone Sarah. Selepas beberapa minit,Ida pun balas mesej saya dengan memberikan nombor handphone Sarah. Selepas itu, saya mesej kepada Sarah dengan menyatatakan bahawa saya mahu datang ke rumahnya untuk pinjam nota anatomy dan fotostat sebentar nota tersebut.

[Anatomy= subjek sains yang belajar mengenai struktur tubuh manusia dengan lebih mendalam]

Selepas beberapa minit, Sarah pun membalas mesej saya dengan menyatakan, BOLEH! ^_^ Alhamdulillah.

Sebelum saya keluar dari rumah sekitar pukul 4.00 petang, saya tak tahu macam mana saya boleh tergerak untuk lihat gambar debat di album salah seorang junior saya di facebooknya. Mungkin sebab saya rindu junior-junior saya atau sekolah lama saya atau rindu debat itu sendiri? ^_^

Selepas lihat satu demi satu gambar debat di facebook junior debat saya, tiba-tiba terlintas detik hati saya yang berkata:

Kenapa ending aku sebagai budak sekolah tak best eh?
Result SPM tak gempak dapat semua A1..
Pertandingan debat pun dapat nombor yang tercorot masa tingkatan 5..
Apalah agaknya hikmah semua ni.
MasyaAllah.bagus budak ni. Akhlak dah lah mantap. Result SPM semua A. Ending kehidupan dengan kelab debat pun best, dapat juara debat peringkat antarabangsa.

Macam agak jahat ye bicara hati ketika itu. Saya tak tahu macam mana boleh datang bisikan hati itu. Kalau boleh masing-masing mahu menamatkan kehidupan sebagai budak sekolah dengan pengakhiran yang manis dan boleh diingat dengan riangnya dalam hati. Tentulah saya jadi sedih bila pengakhiran saya sebagai budak sekolah tidak sebegitu.

Terlalu banyak cerita di sebalik kisah-kisah tingkatan 5. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya mampu kuat untuk berhadapan satu demi satu ujian pada ketika itu :')
Alhamdulillah.

Ok.Berbalik pada cerita.

Selepas saya selesai melihat gambar-gambar di facebook junior saya, saya pun siap-siap untuk menunaikan janji saya pergi ke rumah Sarah. Rumah Sarah hanya sebelah lorong rumah saya.

Saya singgah di kedai runcit berhampiran untuk membelikan air jus botol besar untuk Sarah. Selepas itu saya naik ke tingkat 3 rumah Sarah yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.



Rumah di kawasan saya sebuanya berbentuk apartment.
Ini adalah contoh yang ada dalam folder laptop saya bentuk apartment di sini.

Selepas itu saya call Sarah,

"Assalamualaikum,Sarah. Kita dah sampai tingkat tiga. Rumah awak yang lepas pintu pagar besi tu kan?"

Sarah pun menjawab.

"Huh? Awak kat mana ni? Rumah kita bersebelahan dengan kedai Negro. Depan dengan kedai gambar 3D"

"Hah? Rumah awak sebelah kedai Negro ke. Laa, kita ingatkan sebelah runcit"

Dalam hati saya terdetik, kenapa Sarah tak bagi tahu dia dah pindah rumah. Tak tahu pula dia dah pindah rumah sebelah kedai Negro.

Alhamdulillah, rumah yang Sarah maksudnya di sebelah kedai Negro tidaklah jauh. Kira-kira dalam 3-4 minit berjalan kaki. Apartment yang Sarah duduk sekarang, pintu utama di bawahnya tidak boleh dibuka. Lantas saya call Sarah.

"Sarah, kita dah sampai. Ada kat bawah ni"

Sarah pun menjawab, "Ok. kejap ya. Sarah turun [untuk buka pintu pagar utama]"

Selepas seminit menunggu, Sarah pun buka pintu pagar utama.
Saya tergamam. Saya terkesima. Tiba-tiba saya jadi speechless. Selepas 15-20 saat, saya pun menyoal

"Sarah. Sarah kat mana eh?"

Sarah pun naik pelik.

"Sarah? Saya kan Sarah."

"Eh, tak tak. Sarah kat mana?"

"Uh. Ke awak maksudkan Fatin Sarah. Fatin Sarah ada kat bilik dia"

Otak saya sudah ligat memikirkan sesuatu.
Mungkinkah Ida kasi salah nombor telefon?
Saya mahu nombor Sarah orang kelantan, tapi yang saya jumpa ni Sarah orang KL.
Alamak. Macam mana ni. Saya tengah terdesak nak fotostat nota Anatomy.

Saya gagahkan diri untuk naik ke rumah Sarah KL. Harapan saya untuk jumpa dengan Sarah Kelantan berkecai. Saya nak sangat-sangat fotostat nota Sarah Kelantan sebab Sarah Kelantan serumah dengan Kak Athirah dimana nota anatomy Kak Athirah sangat best!
Tapi,macam mana saya boleh tak cam masa telefon bahawa orang yang saya call ialah Sarah KL? Bukan Sarah Kelantan.
Maka,bertambahlah down saya semalam :(  Sob,sob.
Takpe,kena kuat!

Selepas itu saya singgah bilik Sarah KL untuk meminjam nota anatomy.

MasyaAllah! Subhanallah! Allahu Akbar!
Hati saya tidak mampu berkata apa-apa. Sungguh!
Mata saya rasa nak berair sangat. Jiwa saya rasa seolah-olah terasa segar. Muka saya rasa tertampar-tampar.

Rupanya, nota Sarah KL sangat bagus dan sesuai untuk saya.
Sebab notanya siap dengan lakaran gambar yang besar.
Nota Sarah KL juga sangat kemas! SUPERB kemas! SUPERB cantik!  :')
Alhamdulillah, tak perlu bebankan diri dengan buka buku Atlas of Human Anatomy yang besar dan berat itu banyak kali, bila nak baca nota Sarah KL.
Sebab nota Sarah KL sangat best dan siap bergambar.


Saya rasa macam nak pengsan juga masa tu. Rasa malu sangat-sangat dengan Allah. Rasa malu sebab kata stress sebab belajar. Rasa malu sebab hati tertanya-tanya kenapa ending saya sebagai budak sekolah tak best. Di otak saya pagi tu cuma ada perkataan "Why? Why? Why?"

Niat mula-mula saya, hanya mahu pinjam nota anatomy minggu ke-10 dimana nota saya pad aminggu ke-10 kurang lengkap. Alhamdulillah, Sarah KL beri saya pinjam nota anatomy dari minggu pertama sampai minggu ke-10 sepanjang pengajian kami di Semester ke-4,

DAN!

ditambah dengan nota gambar neuroanatomy dan area of brain [kawasan otak] :')
Ya Allah. Memang saya termenung panjang pada ketika itu sebab saya rasa sangat-sangat terpukul dan malu dengan kelakuan saya.

Ahli usrah saya pun kata,nota Sarah superb best! Sampai siap ada kakak tahun 6 minta fotostat kan sebab nota Sarah sangat menarik dan mudah dibaca.

Baiklah,saya akhirkan kisah saya disini. Kita masuk kepada sesi pengajaran yang saya dapat.

*************************************

Pada awalnya,saya mahu jumpa dengan Sarah Kelantan. Semasa saya SMS,saya call Sarah untuk menuju ke rumahnya..saya tidak tahu bahawa saya SMS dan call Sarah KL, bukan Sarah Kelantan!

Pada awalnya saya terdiam bila saya berjumpa dengan orang yang bukan saya nak jumpa. Rasa macam..entahlah. Tengah-tengah musim nak exam ni,boleh jumpa dengan orang yang salah. Huuu~ =_=

Ya. Bagi saya pada awalnya, pandangan pertama saya,saya jumpa dengan orang yang salah. Saya nak jumpa Sarah Kelantan yang ada nota Kak Athirah yang best tu. Bukan Sarah KL!
Tapi kita kena ingat, mungkin perkara yang kita sangkakan buruk dan salah itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita!

Akhirnya, nota Sarah KL yang selama ni saya tak pernah dengar ada orang kata nota dia best, rupa-rupanya nota dia..masyaAllah,sangat best. Siap dengan lukisan lagi :')
Saya jenis orang kalau nak ingat,kena fahamkan baru boleh ingat dengan cepat.
Dah dapat nota yang bergambar, insyaAllah senang ingat dan senang nak hafal. InsyaAllah.

Lantas saya teringat detik hati saya pagi tadi dimana saya menyatakan kenapa ending saya sebagai budak sekolah tidak best?

Bagi saya mungkin ending hidup saya sebagai budak sekolah tidak best. Tapi Allah telah mentakdirkan itulah yang terbaik untuk saya :')
Daripada pengalaman-pengalaman pahit yang saya terima, dari situ saya bina diri saya yang baru. Disebabkan result yang tak berapa gempak itulah Allah takdirkan saya dapat sambung belajar di Mesir dimana terlalu banyak perkara yang saya belajar di sini.
Saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang superduper best di sini.

Hakikatnya saya tahu je setiap perkara pasti ada hikmahnya. Tapi entahlah kenapa pagi itu hati saya terimbau kenangan-kenangan lama.

Mungkin juga Allah nak saya jadi seorang yang merendah diri apabila ending saya sebagai budak sekolah tidak seperti yang saya mahukan.

Saya rasa terpukul dengan kata-kata akak tahun 6 ketika saya menceritakan kisah ini padanya. Dia berkata,

"oooo. bila ending kisah awak tak seperti yang awak harapkan, mula lah nak mengeluh"

Ok. Agak rasa terpukul di situ.

Lantas,wujud satu perkara yang saya belajar semalam.
Perlukah ending kisah yang bahagia baru mahu bersyukur?
Bukankah kesedihan itu juga perlu disyukuri kerana bila sedih kita tidaklah cepat lupa diri dan sombong?


Baiklah,sampai di sini sahaja kisah saya.
Minta maaf bagi sesiapa yang terasa ya. Saya berkongsi apa yang saya rasa dimana di dalamnya sayakira ada pengajaran yang sangat berharga untuk saya.

Doakan final exam saya.

15 Jun 2011- MCQ [200 soalan,200 markah]
18 Jun 2011- Essay [15 soalan,150 markah]
21 Jun 2011- OSCE [10 sections, 100 markah]

Doakan moga kawan-kawan saya dan saya dimudahkan urusan. Tidak stress yang teruk Doakan supaya dapat markah penuh! Ameen~




nota kaki:
Nama watak ada yang diubah.

nota kaki 2:
apa ending kisah kisah di dunia ni? erk. =_=''

Ahad, 5 Jun 2011

.: TEMPAHAN KURMA [warga Mansoura] :.

 
(klik gambar untuk tumbesaran lebih besar)

TERBARU ! KURMA BIASA 1 BEKAS = LE 8 !!


Bismillah. Assalamualaikum wmt wbt, warga Mansoura yang dikasihi ^_^

Ingin memberi buah tangan kepada yang tersayang di tanah air ?
Kami di sini menyediakan beberapa jenis KURMA yang boleh dijadikan buah tangan kepada mereka.

"Q: Kurma ni made in Egypt ke?
A: Yup, kurma ni made in Egypt di SIWA. Dan kilang ni antara kilang yang paling bagus  dan kualiti yang paling mantap dan bersih ^_^ "


A1 : KURMA COKLAT, 500 GRAM ( LE 14 )
A2 : KURMA BADAM, 450 GRAM ( LE 14.50 )
A3 : KURMA BADAM EKSKLUSIF, 24 BIJI ( LE 14 )
~kurma eksklusif adalah kurma badam yang cantik, disusun dengan kemas dalam kotak seperti gambar dalam iklan. sesuai utk dibuat hadiah ^_^
A4 : KURMA BIASA, 500 GRAM (LE 8)


*Wang akan dipulangkan sekiranya kurma tidak diterima.
* Home delivery ^_^

Untuk tempahan,sila hubungi agen kami:

Nama: Shazwani Nasir (Semester 4, Manchester)
No.HP: +2014-6806560
Email & ID YM: dr_wani91@yahoo.com

atau

anda boleh isi spreadsheet INI (SILA KLIK)


AYUH! TEMPAH SEKARANG SEBELUM 8 JUN 2011 (RABU)

URUSAN PEMBAYARAN,
*SEMESTER 4 MANCHESTER, anda boleh bayar kepada saya [Shazwani] selepas tamat final exam MCQ pada 15 Jun 2011.
*Untuk pihak yang lain, saya akan maklumkan pada anda secara persendirian.

[ feel free to tag/ untag ]

jazakumullahu khairan katheera :) 

****************************************

Soalan yang biasa ditanya, ini adalah jawapan bagi setiap persoalan :)

Q: Kurma ni made in Egypt ke?
A: Yup, kurma ni made in Egypt di SIWA. Dan kilang ni antara kilang yang paling bagus dan kualiti yang paling mantap dan bersih ^_^

Q: Apa beza A2 [kurma badam – LE 14.50] dengan A3 [kurma badam eksklusif- LE 14]
A: kurma A2 dan A3 adalah kurma badam Bezanya A2 ditimbang ikut kilo [berat] dan A3 disusun dan dibungkus cantik. A3 sesuai dibuat hadiah atau cendramata kepada family di Malaysia.

Q: Kurma ni tahan lama ke? Sebab saya balik dalam bulan 7 atau 8. Risau dah tak elok.
A: kurma ni sangat tahan lama. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, akak terima dalam bulan 6, then akak bawa balik Malaysia dalam bulan 7, distribute kat famly, sempat simpan dan jual di Malaysia lagi.
Kurma ni tahan selagi tak bukak, boleh tahan sampai 6 bln dan lebih. kalau dah bukak, better simpan dalm peti ais. [Agen Cairo]

Q: Bila kurma ni boleh saya dapat?
A: InsyaAllah,kurma ini akan diedarkan secara home delivery bermula pada 22 Jun.

Q: Macam mana nak tahu sama ada tempahan sudah diterima atau tidak?
A: Untuk tempahan, anda boleh call/SMS/YM/isi spreadsheet yang diberika. InsyaAllah dalam masa yang terdekat, saya akan menguhubungi pihak anda untuk confirmkan tempahan dan cara bayaran.

Q: Nak bayar macam mana?
A: untuk SEMESTER 4 MANCHESTER, anda boleh bayar kepada saya [Shazwani] selepas tamat final exam MCQ pada 15 Jun 2011.
Untuk pihak yang lain, saya akan maklumkan pada anda secara persendirian.

Jadi,apa yang hendak ditunggu? Ayuh, buat tempahan kurma sebelum 8 Jun 2011 dan hadiahkan buat family tercinta di Malaysia ^_^

Selasa, 3 Mei 2011

Bagaimana dengan KITA?



Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat serta keluarga baginda SAW.


Pada usia muda-17 tahun,Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dlm Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. 

Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. 

Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. 

Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. 

Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! 

Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! 


KITA ? 




Apakah kisah kita,pengorbanan kita yang mahu kita bentangkan di hadapan Allah ketika Yaumul Hisab di akhir kelak? Yaumul Hisab. Hari yang amalan kita bakal ditimbang. Mungkinkah pahala yang berat? Ataupun dosa yang berat?


Sabtu, 30 April 2011

Palestin : Bukan Isu Bermusim.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wmt pembaca yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillahi robbil 'alamin
Segala puji selayaknya untuk Allah atas segala nikmat rezeki yang dilimpahkan buat seluruh makhluk-Nya.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim. 
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW serta selurub keluarga dan sahabat baginda.

Kawan-kawan dan pembaca yang dikasihi sekalian,
Bila kita katakan bukan isu bermusim maksudnya isu ini adalah isu yang perlu dititik beratkan setiap masa. Bukan bila menunggu kempen,mendengar ceramah..barulah kita cakna mahu ambil kisah.

Isu Palestin bukan isu bermusim.
Nasihat buat diri saya juga yang selalu update benda kurang bermanfaat.

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur'an surah An-Nasr,ayat 1-3,juzu' ke 30 yang bermaksud:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." 


Mesir akan membuka selama-lamanya pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir. Demikian menurut Menteri Luar Mesir Nabil al-Arabi pada hari Jumaat. Beliau juga menyatakan bahwa keputusan negaranya menutup pintu sempadan itu selama ini adalah satu yang memalukan. Sumber Israel pula menyatakan "perkembangan terbaru yang berlaku adalah suatu yang amat membimbangkan".

Allahuakbar!Alhamdulillah,segala puji selayaknya untuk Allah.Astaghfirullah,moga hati kita tidak terlalai sehingga menyebabkan kita bersenang lenang apabila satu demi satu pertolongan mahupun kemenangan yang Allah berikan.

Islam itu akan kembali menjulang ke atas. Islam akan kembali gemilang. Benda ini adalah pasti!
Cuma masa sahaja kita tidak ketahui bila.
Mari kita sama-sama menjadi batu bata yang menaikkan Islam.
Hakikatnya,Allah tidak rugi sedikit pun sekiranya kita tidak mahu membantu agama Allah. Namun diri kita lah yang rugi kerana membiarkan diri terus terleka dengan dunia. Astaghfirullah~





p.s: Dah nampak harapan yang sangat besar! salah satu cita-cita saya sejak sekolah..apabila sudah menjadi doktor insyaAllah, mahu menyertai bantuan kemanusiaan dan menolong penduduk di Palestin ;D dengan izin Allah. moga dimakbulkan.

Jumaat, 29 April 2011

Ibtida' diperbetulkan.

Bismillah.

Ibtida' itu ertinya permulaan/langkah pertama.
Wahai dai'e, syaitan tidak lagi menggunakan taktik biasa ketika berhadapan denganmu, kerana kau lebih kebal daripada manusia biasa. Berwaspadalah dengan taktik liciknya, ia bersembunyi di sebalik nama dakwah, ia buat kau terasa baik dan mulia melakukannya, pada hakikatnya ia sdg merosakkan hatimu secara perlahan... Mulalah berlawan dgn syaitan secara sedar dan fahamilah surah anNas dan maksudnya.
[copy-paste daripada status facebook kawan.]

Astaghfirullah.
Sentiasalah kita membetulkan niat SETIAP KALI melakukan sesuatu pekerjaan.
Kelesuan,rasa lelah,rasa give up di tengah perjalanan dakwah adalah disebabkan salahnya ibtida' (permulaan)

Buat sesuatu biarlah KERANA ALLAH SWT semata-mata.
Buang jauh-jauh perasaan mahu dipuji,mahu kelihatan hebat,mahu dikenali dan apa sahaja yang membuatkan keikhlasan di hati kita hilang.

Biarlah manusia tidak tahu betapa penatnya kita bekerja walaupun kelihatan lambat hasilnya.
Biarlah seluruh makhluk di dunia tidak mengenali kita.
Asalkan...
Allah mengenali dan tahu apa yang kita buat.

Apa gunanya kita buat amalan penat-penat tapi hanya dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dan akhirnya pahala pun hilang kerana buat bukan kerana Allah.
Seolah-olah umpama fartamogana. Terasa macam buat banyak pahala, tapi hakikatnya kosong!
Terasa seperti sudah meraih redha Allah,rupanya silap. Kita hanya sekadar meraih redha manusia.
Terasa seperti diri paling mulia,paling hebat. Tapi di sisi Allah, darjat kita yang paling rendah. Astaghfirullah.

Tapi perlu diingat, biarlah setiap amalan yang kita lakukan semuanya adalah yang terbaik!
Bila belajar kita ALL OUT!
Bila berusrah,berdaurah,berkhemah kita paling aktif!
Bila bersama masyarakat mahupun bersendirian kita tetap berakhlak mulia!
Bahasa mudahnya, dalam apa jua pekerjaan yang kita mahu lakukan..semuanya adalah yang TERBAIK!

InsyaAllah. Moga Allah mudahkan segala urusan kita.
Moga Allah menguatkan jiwa-jiwa kita.
Kerana Allah itu tidak akan mengecewakan hamba-Nya,maka bergantunglah kepada-Nya!
Allahu Somad [surah al-ikhlas:2]. Allah itu satu-satuNya tempat kita bergantung.
Ya, hanya pada Allah.

Nasihat buat diri saya dan sesiapa yang mahukan nasihat :)


Ahad, 24 April 2011

Dia antara orang yang dijamin masuk ke syurga :)

Dia antara orang yang dijamin masuk ke syurga oleh Rasulullah SAW.

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga kisah hamba-Mu yang dijanjikan syurga mampu membangkitkan jiwa yang sedang dibuai mimpi agar kami mengetahui bahawa nilai syurga-Mu bukanlah boleh dijual beli dengan hidup bersenang lenang di muka bumi.


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda yang rela berkorban demi agama Islam. 



Kawan-kawan yang dikasihi,
Pasti ada antara kita yang pernah mendengat satu kisah dimana Umar Al-Khattab telah menampar suami Fatimah al-Khattab dan juga Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar) apabila mengetahui mereka telah memeluk agama Muhammad SAW iaitu agama Islam. Kisah ini berlaku sebelum Umar al-Khattab memeluk agama Islam/


Persoalannya kawan-kawan. Pernahkan kita terfikir siapakan suami Fatimah Al-Khattab?


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

Kawan-kawan, mahu tahu tak..
Suami pada Fatimah Al-Khattab  adalah orang yang penting dalam sejarah Islam kerana dia adalah antara orang yang dijamin masuk syurga.

Nama lelaki yang bertuah itu ialah Said bin Zaid

Baiklah, kita mulakan kisah Said bin Zaid dengan berta'aruf sebentar sedikit kisah ayah kepada Said dalam mencari agama yang benar.
Nama ayah Said ialah Zaid bin Amru bin Nufail.

Kisahnya begini...

Suatu hari, Zaid sedang duduk di satu sudut di Mekah. Zaid memerhatikan kaumnya, orang Quraisy yang sedang sibuk berpesta. Orang lelaki memakai serban Sandusi yang dikatan kelihatan seperti kerudung Yaman yang mahal.Wanita pula memakai pakaian bergaya berwarna terang menyala. Orang-orang Quraisy menghiaskan ternakan mereka kerana mahu bawa dan persembahkan kepada Tuhan. 

Zaid sandarkan badannya di Ka'abah. Lantas Zaid berkata:

"Wahai orang-orang Quraish. Kambing-kambing itu ciptaan Allah. Allah yang menurunkan hujan. Kambing itu minum daripada hujan itu. Allah tumbuhkan rumput-rumput dimana kambing-kambing itu makan rumput tersebut sehingga kenyang. Kemudian kalian sembelih binatang itu tanpa menyebut nama Allah. Aku nampak kalian adalah orang-orang yang sesat dan jahil."

Al-Khattab (ayah kepada Umar Al-Khattab) yang berada di situ lantas bangun dan menampar Zaid kerana marah dengan kata-kata Zaid tadi. Dengan lantang al-Khattab berkata:

" Engkau kurang ajar! Aku dah dengar banyak kali engkau cakap seperti ni. Dah lama kami sabar. Tapi aku dah hilang sabar."

Kemudian al-Khattab yang merupakan orang berpengaruh  pergi menghasut orang Quraisy supaya menyakiti Zaid lantaran sikap Zaid yang membenci dan mencela agama mereka. Lalu,orang-orang Quraisy pun menyakiti Zaid. Orang-orang Quraisy telah menyakiti Zaid sehingga Zaid pergi memencilkan diri di Gua Hira'.

Digambarkan betapa teruknya  orang-orang Quraisy menyakiti Zaid sehingga Zaid tidak boleh pulang ke Mekah melainkan secara rahsia.  

Suatu hari,Zaid pulang ke Mekah secara rahsia dan berjumpa dengan 4 orang untuk berbincang masalah kaum mereka yang sudah jauh tersesat daripada agama Nabi Ibrahim. 4 orang tersebut ialah:

1) Waraqah bin Naufal
2) Abdullah bin Jahsyi
3) 'Uthman bin Harith
4) Umaimah binti Abdul Muthalib

Mereka berlima duduk berbincang dan Zaid berkata,

“Demi Allah! Sesungguhnya kalian sudah maklum bangsa kita sudah tidak mempunyai agama. Mereka sudah sesat dan menyeleweng dari agama Ibrahim yang lurus. Oleh itu marilah kita pelajari suatu agama yang dapat kita pegang jika saudara-saudara inginmenjadi orang yang beruntung.”

Lantas, empat orang lelaki itu pergi menemui pendeta-pendeta Yahudi, Nasrani, dan pemimpin-pemimpin agama lain untuk menyelidiki dan mempelajari agama Ibrahim yang sebenar. 

Dia akhir pencarian tersebut, Waraqah bin Naufal meyakini agama Nasrani. Manakala ‘Abdullah bin Jahsyi dan 'Uthman bn Harith tidak menemukan apa-apa. Sedangkan Zaid bin ‘Amr bin Nufail mengalami kisah tersendiri. 

Kisahnya begini ye kawan-kawan:

Zaid berkata:

“Saya pelajari agama Yahudi dan Nasrani. Tetapi keduanya saya tinggalkan karena saya tidak memperoleh sesuatu yang dapat menenteramkan hati saya dalam kedua agama tersebut. Lalu saya berkelana ke seluruh pelosok mencari agama Ibrahim. Ketika saya sampai ke negeri Syam, saya diberitahu tentang seorang Rahib yang mengerti Ilmu Kitab. Maka saya datangi Rahib tersebut, lalu saya ceritakan kepadanya pengalaman saya belajar agama.
 Rahib itu berkata:

"Aku nampak kamu ni mahu agama hanif iaitu agama Nabi Ibrahim"
Zaid pun menjawab:

"Ya,memang aku mahu mencari agama hanif"
Lalu Rahib pun berkata:

"Kamu ni sedang mencari agama  "la tujad al-yaum" ( tiada pada zaman sekarang) . Tetapi pulanglah kamu ke negerimu. Allah akan membangkitkan seorang Nabi di tengah-tengah bangsamu untuk menyempurnakan agama Ibrahim. Maka bila kamu bertemu dia, tetaplah kamu bersamanya"
Zaid berhenti mengembara mencari agama yang hak. Zaid kembali ke Makkah  untuk menunggu Nabi yang dijanjikan. 

Ketika Zaid sedang dalam perjalanan pulang, Allah mengutus Nabi Muhammad menjadi Rasul dengan agama yang hak . Zaid masih belum sempat untuk  bertemu dengan Nabi Muhammad. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan ke Mekah dia dihalang perompak-perompak Badwi di tengah jalan lantas terbunuh sebelum dia sampai kembali ke Makkah. 

Sewaktu Zaid inginmenghembuskan nafas yang terakhir,Zaid memandang ke langit dan berkata:

 “Wahai Allah! Jika Engkau mengharamkanku dari agama lurus ini, maka janganlah anakku Sa ‘id diharamkan pula daripadanya.”


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

KISAH SAID BIN ZAID


Allah SWT telah memperkenankan doa Zaid bin Amru.

Bila Rasulullah SAW diutuskan di Mekah, Said merupakan antara golongan pertama memeluk Islam.
Said ialah orang yang beriman dengan Allah dan membenarkan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Said diasuh di rumah yang mengingkari kejahatan dan kesesatan yang orang Quraish. Said diasuh dalam kamar ayahnya (Zaid bin Amru) yang hidup dalam mencari kebenaran.Bahkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mencari dalam kepayahan untuk mengejar agama yang benar. 

Zaid tidak memeluk Islam sendirian, malahan Zaid memeluk Islam bersama dengan isterinya, Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar Al-Khattab).

Kawan-kawan yang disayangi,

Sepertimana Sumayyah yang syahid disula, Bilal bin Rabah yang diseksa di tengah padang pasir yang panas ditambah dengan diletakkan batu yang besar di dadanya, Khabab bin Arat yang dipanggang di atas bara api sehingga bara api itu terpadam lantaran lemaknya mencair...
Begitulah juga dengan Said bin Zaid yang tidak terlepas daripada seksaan orang-orang kafir.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Sepertimana golongan Islam yang terawal mempertahankan agama Islam dan aqidah mereka agar tertegak di muka bumi, seperti itulah kita perlu mendidik jiwa-jiwa kita agar terus sabar dan tabah dalam mempertahankan agama Islam.InsyaAllah :)

Walaupun Said diseksa, namun itu tidak menjadi alasan untuk Said menarik orang-orang luar memeluk Islam. Sehingga Said menjadi antara sebab islamnya Saidina Umar Al-Khattab.

Said sepanjang hidup pemudanya berbakti  untuk Islam. Said masuk Islam sebelum usianya 20 tahun. Said dapat bersama dengan Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Badar kerana Said diberi tugas lain oleh Rasulullah SAW.

Said juga mengambil bahagian dalam menjatuhkan kerajaan Qisra,Parsi dan Qaisa,Rom.

Dalam banyak-banyak peperangan yang Said sertai,ada satu perang yang kisahnya menarik untuk dikongsikan iaitu di dalam perang Yarmouk dimana ketika ini Rasulullah SAW telah pun tiada (wafat).

Kisahnya begini, Perang Yarmouk telah mempertemukan pasukan umat Islam dan juga orang kafir Rom.
Jumlah tentera umat Islam ialah 24,000 manakala tentera kafir Rom ialah 120,000.

24,000 vs 120,000

Said menceritakan suasana Perang Yarmouk yang sungguh menggerunkan itu.

"Musuh bergerak ke arah kami dengan langkah-langkah yang mantap bagaikan sebuah bukit yang digerakkan tangan-tangan tersembunyi. Ditambah lagi orang kafir Rom meletakkan di barisan hadapan mereka golongan pendeta,perwira dan paderi salib-salib dengan memegang salib dan berdoa. Tentera-tentera di belakang mengaminkan. Suara itu bergema"

Waktu itu, tatkala melihat tentera-tentera Islam yang dilanda ketakutan Abu Ubaidah pantas bangun dan bangkitkan semangat jihad kaum muslimin.

“Wahai hamba-hamba Allah! Menangkan agama Allah! Pasti Allah akan menolong kamu, dan memberikan kekuatan kepada kamu!“Wahai hamba-hamba Allah! Tabahkan hati kalian! Karena ketabahan adalah jalan lepas dari kekafiran; jalan mencapai keridhaan Allah, dan menolak kehinaan.“Siapkan lembing dan perisai! Tetaplah tenang dan diam! Kecuali dzikrullah (mengingat Allah) dalam hati kalian masing-masing.“Tunggu perintah saya selanjutnya! Insya Allah!”


Pesanan yang ringkas namun cukup untuk memotivasikan jiwa-jiwa yang beriman kepada Allah.

Tiba-tiba ada seorang tentera Islam meluru ke depan dan berkata:

"Aku mahu ber jumpa Rasulullah. Ada kalian mahu sampaikan pesan?"
MasyaAllah! Kawan-kawan lihatlah tingginya semangat mahu syahid tentera Islam ini!  

Abu ubaidah menjawab.

"Ya,sampaikan salam kami dan salam-salam orang Islam dan sampaikanlah pesan kepada Rasulullah bahawa kami telah mendapati apa yang Allah janjikan itu benar-benar terbukti (Qaisa akan dimiliki)."

Lantas semangat jihad terus membara dan perasaan takut pun hilang.

Di akhir peperangan Yarmouk,Allah menetapkan kemenangan pada orang Islam! Allahu Akbar!


Said bin Zaid  juga telah terlibat dalam pembukaan kota damsyiq dan menjadi wali damsyiq (Dilantik oleh Abu Ubaidah)

_*****_*****_*****_*****_*****_*****_


Hidup manusia memang tidak akan lari daripada ujian. Begitu juga dengan Said bin Zaid.

Semasa pemerintahan Bani Umaiyah, Arwa  mengatakan Said merampas tanahnya yang bersebelahan. Arwa jumpa dengan Marwan bin Hakim yang merupakan hakim zaman itu. Arwa menceritakan masalahnya pada hakim tersebut. Said pun berkata,

 " Engkau kata aku menzalimi engkau. Macam mana aku nak menzalimi engkau sedangkan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda  bahawa siapa yang mengambil tanah orang walaupun sejengkal,di akhirat kelak Allah akan pikulkan 7 lapis bumi kepadanya"


Maksudnya di sini, betapa beratnya hukuman orang yang mengambil tanah orang yang bukan haknya.

Lalu Said berdoa kepada Allah;

"Ya Allah, sekiranya dia menuduh aku menzalimi dia tetapi dia menipu. Ya Allah,butakanlah matanya dan jatuhkanlah dia dalam tanah yang dia katakan aku merampasnya. Buktikanlah kepada kaum muslimin sejelas-jelasnya bahwa tanah itu adalah hakku dan aku tidak pernah menzaliminya.”

Tak sampai beberapa ketika, jadilah banjir di Madinah. Allah telah menzahirkan  batasan tanah milik Arwa dan Said yang mereka perselisihkan. Orang-orang Islam mendapat bukti bahawa Said berada di pihakyang benar manakala tuduhan Arwa adalah palsu.

 Beberapa ketika selepas itu, Arwah menjadi buta. Ketika Arwa sedang berjalan di tanah yang dipersengketakannya, dia pun jatuh ke dalam sumur lalu mati.

'Abdullah bi 'Umar berkata:

“Memang, ketika kami masih kanak-kanak, kami mendengar orang berkata bila mengutuk orang lain, ‘Dibutakan Allah kamu seperti Arwa.”

Kawan-kawan, perkara seperti ini iaitu doa hamba Allah dimakbulkan bukanlah suatu perkara yang  pelik kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang dizalimi kerana doa orang yang dizalimi dengan Allah tiada hijab"

Apatah lagi sekiranya doa itu adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.


Alhamdulillah.Selesai.

| 22 April 2011| 10.27 pm|
Mansoura,Mesir