Rabu, 3 Ogos 2011

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.

Bismillah.

Di Jammasah,Mesir. Program summer camp.

Saya pinta padanya,
"ustazah,nasihatkan saya"

Lantas,dia menasihatiku. Mataku sudah bergenanggan air mata ketika itu.

Usah layan runtunan perasaan.

Sekiranya ada masalah, rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman, usah ikut kata hati sendiri.

Jaga solat fardhu awal waktu, jaga solat sunat rawatib, jaga perkara sunat yang lain, jaga puasa sunat isnin dan khamis, jaga qiammulail, buka dan baca semula buku catatan daurah dan usrah, baca buku riyadus solihin.

~***~***~***~***~***~***~

Saya kira nasihat daripada seorang murobbiyah [merujuk kepada kata-kata di atas], dimana beliau telah berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini selama 40 tahun perlu dijadikan panduan.

Dan saya dan kamu yang masih mentah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini..
Apa kita ini hebat sangat sehingga mengutamakan pandangan kita daripada pandangan Allah dan Rasulullah? Apa kita ini bijak sangat sehingga lupa mengambil pandangan mereka yang lebih berpengalaman dan mengetepikan konsep syura?

Dimanakah konsep syura yang kita percaya?
Dimanakah konsep thiqah pada naqib/ah yang kita amalkan?

Apakah kerana sedikit kesilapan terus kita membelakangkan semuanya.
Adakah apabila ada sesuatu perkara yang tidak sependapat dengan jiwa kita terus kita membenci.

Habis itu, adakah tarbiyyah itu hanya sekadar pada perkara yang kita suka?
Bila ada perkara yang kita tidak suka, kita tinggalkan.

Islam tidak pernah rugi tanpa kita. Tidak sesekali.


nota kaki:
murobbiyah - pendidik (perempuan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan