Ahad, 22 Januari 2012

Tahun Enam : Doctor-To-Be



First batch of Malaysian graduate candidates for
Bachelor of Medicine, Bachelor 
of Surgery (MB BCh),
Mansoura University
.


Bismillah.
May Allah bless all of us.

Kisah mereka...


Enam tahun lebih berhempas pulas sebagai pelajar perubatan. Dalam usia 18 tahun sudah berjauhan dengan keluarga untuk menuntut ilmu di Mesir'. Pejam,celik,pejam,celik, kini sudah berusia 25 tahun. Garisan penamat sudah semakin hampir. Segulung ijazah dalam bidang perubatan bakal digenggam,insyaAllah. Beliau dan kawan-kawannya merupakan golongan terawal di Mansurah. MasyaAllah, mereka memang hebat, sebab itu Allah memilih mereka sebagai golongan awal untuk berdikari di Mansurah ini.

Tak tahu selepas ini berapa banyak liter air mata untuk melepaskan pemergian senior yang disayangi,
kak NHHHH (NH4).

Ketika beliau ditanya, 


"Akak, enam tahun lebih itu lama tak?"

Beliau menjawab,

"Lama...macam-macam boleh buat."


---^-----<@

Sudah berada di tahun ketiga perubatan baru diri ini nak sedar untuk kumpul mutiara-mutiara di bumi Mesir. Baru nak terkejar-kejar mahu tahsin (memperbaiki) bacaan Al-Qur'an mengikut sanad Rasulullah saw. Setiap kali kelas tahsin,selalu kena tegur dengan ustazah sebab salah sebut makhraj huruf yang dibaca.

"Setiap huruf perlu diberikan haknya" pesan ustazah.

Dulu rasa diri sudah pandai baca Al-Qur'an. Sekali bila belajar dengan ustazah arab, banyak sebutan huruf yang salah. Setiap huruf di dalam al-Qur'an bermula dari huruf aliif sehingga ya', ada cara sebutannya yang perlu kita pelajari. Wajib ke atas kita untuk belajar Al-Qur'an dan memperbaiki sebutan makhraj setiap huruf kerana setiap huruf itu ada haknya,inilah pesanan yang ustazah pernah sampaikan.

Sekarang juga baru nak terkejar-kejar mahu belajar Bahasa Arab. Redhakan hati ini untuk bermula dari mustawa (peringkat) satu. Masih ada sebelas mustawa lagi yang perlu dikejar sebelum tamat pengajian di bumi Mesir.

Dulu masa tahun satu dan tahun dua, memang tiada kelas Bahasa Arab dan kelas Al-Qur'an yang berdekatan dengan tempat tinggal pelajar perubatan. Sekarang ini,sudah ada. Maka tiada alasan untuk tidak belajar.

Rugi sangat sekiranya pelajar perubatan yang belajar di Mesir tetapi tidak mengambil peluang untuk belajar Bahasa Arab dan memperbaiki bacaan Al-Qur'an. Allahu Allah, mudahkanlah urusan kami. Belajar medic pun sudah mencabar, lagilah mahu tambah dengan perkara lain. Time management perlu dilatih dalam diri. Bila kita pandai menguruskan masa,insyaAllah tiada yang mustahil untuk belajar medic dan ambil kelas-kelas pengajian yang lain.

Esok 23 Januari 2012, 12.30 tengah hari sehingga 3 petang. Kertas Essay. Kertas paling mencabar bagi saya. Doakan semoga kawan-kawan dan saya lulus cemerlang dan Allah memberikan ilham yang melimpah ruah untuk menjawab soalan peperiksaan esok. Ramai kawan yang tulis keresahan dan kegelisahan mereka di status Facebook. Hmm. Saya pun cuak juga. Namun, sekarang ni kita perlu fokus dan usaha. Selebihnya, serahkan kepada Allah swt. Letakkan keyakinan yang setinggi-tingginya kepada Allah swt. Percaya bahawa Allah akan membantu kita.

Sehingga berjumpa lagi.
Letakkan Allah di hati kita 

Lots of love ,
Doctor-to-be,

Mansurah,Egypt.


nota: 
Selamat hari lahir yang ke-21 buat teman yang jauh di mata tetapi dekat di hati, NFZ dan NMK. Sayang kalian berdua. Semoga setiap amalan yang kita lakukan melamar rahmat Allah swt. may Allah make our bond last till jannah. Aameen. ♥


 

1 ulasan:

  1. perjalanan tu kadang nampak jauh tp sebenarnya dekat dan singkat....

    huh semangat!! moga nti terus kuat dan kuat dan kuat lagi
    ^_^

    sangat nak jumpe nti!!!!!

    BalasPadam