Khamis, 30 Julai 2009

DEBAT (3)

pesanan:
kemerepekan untuk debat (3).
sebab tidak ingat secara overall apa yang berlaku.
dan kerana semangat untuk menulis post debat (4) yang mungkin lebih menarik -bagi saya-

Hari Kedua (25 April 2o09)

Pagi2 selepas sarapan, ada bengkel debat..
Bengkel debat ini adik2 kontijen yang dengar. Saya keluar berlari ke tempat debat English untuk bawa logo sekolah dan pin kerana ada blazer pendebat yang belum berjahit logo sekolah.
Bagus kan? Buat kerja saat2 akhir (nada sinis)

Straight t0 the point.
Ok.Format debat tahun 2009 berlainan sikit.
Tahun ini ada beberapa perubahan.

2007 dan 2008 (tahun sebelumnya)
+Ada 7 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 24 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Top 8 akan terus melangkah ke octo final
+Manakala top 9-top 24 perlu melalui pusingan double octo final dahulu

2009
+Ada 6 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 32 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Kesemua top 32 perlu melalui pusingan double octo final.yeah! adil!

Selepas solat Zohor akan bermulalah perjuangan para pendebat seluruh Malaysia yang menyertai debat UIA 20o9.

Pusingan pertama bermula..
Tema usul : Politik

Gulp! 0_o
MCKK dan MTD?? Ada apa dengan sekolah ini?
Dalam dunia perdebatan, kedua-dua sekolah ini dikira gergasi debat
Mengimbau kenangan tahun 2007 ketika saya satu team dengan Muhammad,Talhah dan Daeng Saifullah..ya! kami dapat kalahkan kedua pasukan ini.
Namun, itu tidak bererti bahawa kami akan menang juga sekiranya tidak berwaspada.
Agak terkesima bila perlawanan pertama sahaja perlu menentang mereka
Sewaktu ini, ramai ibu bapa pendebat datang..
Family Ili Syazwani, Ilham Nasharuddin, anas Kamarul Baharin
Ada juga penyokong yang sudi datang.
Happy ^_^

oh.Ya~
Daeng Saifullah a.k.a ustaz juga sampai laa juga waktu ini dari kolej beliau.
Abang Auzan juga datang.


Saya menyaksikan pasukan SMIH A..melawan gergasi debat sekolah, MCKK.
Ustazah Hawanis ulang alik antara sidang SMIH A dan SMIH B
Alhamdulillah..inilah keputusannya

SMIH A vs MCKK
keputusan: MENANG

SMIH B vs MTD
keputusan: MENANG


Selepas makan dan solat Asar..
Pusingan kedua pula menyusul..
Saya mengambil keputusan untuk melihat sidang SMIH B
Sebab lawan mereka..SMAP Labu! Saya kalah dengan mereka tahun lepas
Mogahan tahun ini junior2 dapat tebus =)

H0ho..saya agak berdebar sewaktu sidang SMIH B vs SMAP Labu sebab mereka ada peny0kong yang ramai.SMIH pula cuma ada saya dan Zubayr Aizaini (reserve SMIH B). Apa lagi..saya cepat2 SMS ustazah hawanis minta datang ke sidang SMIH B.Ustazah Hawanis pun datanglah 10 minit kemudian bersama dengan ustazah Juhanita.

wokeh~
keputusannya

SMAP Labu vs SMIH B
keputusan: SMIH B menang

MRSM Taiping B vs SMIH A
keputusan: SMIH A menang

Malamnya pula ada perlawanan yang ke-3
Ok.sepatutnya saya menyaksikan perlawanan junior bergilir..mula2 SMIH A,kemudian SMIH B..dan sepatutnya SMIH A..tetapi,disebabkan ada hal yang tidak b0leh dielakkan. Saya bersama dengan ustazah hawanis menyaksikan perlawanan SMIH B sekali lagi dimana mereka menentang MRSM Kuching.

Woh00~ MRSM Kuching semangat mereka memang kuat.Malam-malam masik aktif! tabik!
Saya hanya menyaksikan suku perdebatan sahaja kerana ada hal bersama dengan ustazah hawanis.

keputusan bagi perlawanan ke-3
SMIH A menang dengan SMK Jitra A
SMIH B menang dengan MRSM Kuching

alhamdulillah~
untuk perlawanan hari ini.
SMIH A dan SMIH B memenangi tiga-tiga perlawanan.

Hari Ketiga (26 April 2o09)


Saya tidak berapa ingat apa yang berlaku untuk tempoh 3 perlawanan ini.Tetapi ada beberapa kenangan yang saya tidak mungkin lupakan

Match ke-4

Saya menyaksikan SMIH A vs Sek Seri Putri B
saingan sengit~
Manakala SMIH B vs KISAS A
saya tidak tengok.Namun daeng saifullah kata, ini perlawanan paling best untuk SMIH B.

Hmm.untuk SMIH B saya sempat dengar pengumuman keputusan sahaja.
Saya tidak ingat siapa jurinya,namun saya tertarik dengan kejujuran juri tersebut.Saya masih ingat..dia ada bercakap
"Sukar untuk saya buat keputusan ini.kerana seperti mana yang kalian maklum..KISAS merupakan satu sekolah yang namanya besar dalam dunia perdebatan. sekolah islam hidayah pula..ops,sorry..ini kali pertama saya mendengarnya..bla3..keputusannya,kemenangan saya berikan pada SMIH dengan margin 1"

okey,kepada warga KISAS..anda memang hebat! memang sukar untuk percaya SMIH menangkan? Ya.Saya tahu...apa je laa sekolah kami (humble nye~)
tidak terkenal.tidak hebat seperti sekolah anda.
Namun kami akan buktikan yang kami mampu ^_^.
(itu luahan hati ketika itu.sekarang dah ok!)
Saya tidak menyaksikan perlawanan tersebut..jadi saya tidak berani comment ^_^

keputusannya?
SMIH A kalah dengan SSP B
SMIH B menang melawan KISAS A

Match ke-5
SMIH A vs SMS Sultan Abd Halim A
SMIH B vs Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Kali ini saya menyaksikan SMIH B pula.
Keputusannya?
Alhamdulillah~ 2-2 menang.

Match ke-6
Waktu ini yang saya ingat family Ili datang.
Lebih menarik? Mak Ili hadiahkan saya t0p up RM 30 ^_^
Mula2,saya menolak,namun Dr.Raha (Mak Ili) suruh ambik juga.
ngee~ saya pun ambillah..rezeki =)
Tq Dr.Raha

Match ke-6 saya menyaksikan SMIH A
dimana SMIH A vs SMS Selang0r
SMIH B vs Sek Seri Puteri A

Untuk 5 pusingan sebelum ini.
SMIH A telah menang 4,kalah 1
SMIH B pula menang 5

Akhirnya..

SMIH A menang
SMIH B kalah dengan margin 8
woh00~ dahsyatnye..saya tidak berani k0men sebab saya tidak tengok.Namun,saya menenangkan pendebat-pendebat agar sabar dan bergembira ^_^
Sebab apa2 hal pun, SMIH A dan SMIH B dengan rasminya menang 5,kalah 1. Dan secara logiknya,mereka bakal ke pusingan kalah-mati es0k.

em.apa ye yang berlaku selepas ini?
em.em.em
ada sesiapa yang nak bantu untuk mengingatkan apa yang terjadi?
yang saya ingat..uh,tak ingat.

tetapi kesimpulan yang saya dapat daripada sikap depikir club di debat UIA ialah:-
+ apabila menang sesuatu perlawanan,bersyukur..kalau sempat,buat sujud syukur

+letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah ^_^! wajib..doa sebelum memulakan perdebatan
"Ya Allah,sekiranya kemenangan ini adalah hak kami,maka Engkau berikanlah kepada kami.Namun sekiranya kemenangan ini bukan hak kami..maka Engkau redhakanlah hati kami dengan ketentuan-Mu"
Terima kasih Zubayr (reserve SMIH B,ketua pelajar 2008/2009) kerana kehadiran anda mengubah sedikit sebanyak matlamat yang sebenar depikir club.


+fokus pada apa yang ditarget! tidak membuang masa. Masa lapang diisi dengan buat research,berbincang,membaca al-Qur'an/al-Mathurat dan mungkin juga TIDUR??

+sentiasa betulkan kesilapan dan improve kannya untuk setiap match.

+menunjukkan akhlak yang hasanah (baik).Walaupun ada sekolah yang pertikaikan kemenangan junior2ku,namun mereka bersabar.

+ rasa kebersamaan itu tetap ada.tidak kira debat BM atau BI.kami sentiasa update perkembangan antara 1 sama lain.Saiful Islam atau Jannah bagi pihak BI akan memberitahu perkembangan mereka kepada saya..begitu juga sebaliknya.Bagi memastikan momentum pendebat kedua-dua bahasa cemerlang.Yelaa~ selama ini asik English je yang hebat.BM pun nak hebat juga =)

wokeh~
nantikan post debat (4) sekiranya sudi ..
saya suka dengan post $)
kerana apa?
nantikan...

Selasa, 28 Julai 2009

DEBAT (2)

“InsyaAllah, kalau antum dapat mara ke double octo..( x habis cakap lagi)” saya cuba untuk berkata
“Kak Wani, apa pula kalau..kita memang akan mara ke double octolaa..”jawab salah seorang junior saya.
Speechless..
tidak sangka mereka memang hammasah(semangat) dan mempunyai misi dan visi tersendiri.

Tahun 2o09 saya telah mendapat title baru,jika sebelum ini pergi ke pertandingan debat sebagai "PENDEBAT" Bahasa Melayu namun tahun ini sebagai "GURU PENGIRING" Bahasa Melayu
(tq kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan)
Tahun ini,amanah besar teralas di pundak kerana tahun lepas kami (pendebat2 Bahasa melayu) mendapat TOP 60. Adakah kami mampu menaikkan kembali ranking ini??
setelah hampir 4 bulan berlatih tanpa mengenal erti lelah.dengan pelbagai ujian yang datang.kini pergantungan pada Allah adalah yang terbaik.


pertandingan:
8th IIUM Interscho0l Debating Championship
tarikh:
24-29 April 2o09

tempat:
Uni Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak,Malaysia


Alhamdulillah..

Hari pertama


Kami bertolak sekitar 12.45 tengah hari selepas melakukan solat sunat hajat 2 rakaat secara berjemaah dan solat sunat musafir
Juga selepas menempuh cabaran menyusun barang-barang yang begitu banyak ke dalam 4 buah bonet kenderaan (4 kederaan =22 orang, barang untuk 6 hari.ngee~padat macam tin sardin)
Terima kasih kepada ustazah norizah yang kreatif membantu kami menyusun barang yang menggunung di bonet kenderaan.

Setibanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kami diuji dengan ujian yang tidak pernah kami terima sebelum ini.
Walaupun sampai di UIA pada pukul 6 petang, habis mendaftarkan diri sekitar 6.45 petang..namun masalah penginapan yang benar2 menguji kesabaran dan tenaga.

Membawa beg yang beratnya hanya Allah yang tahu termasuk barang-barang debat ditambah lagi dengan jarak office untuk mengambil kunci bilik dengan blok penginapan umpama dari car park belakang sekolah sehingga bangunan tingkat 3 yang paling atas sekolah menengah.
sabar, sabar dan sabar..berulang-alik sehingga 4 kali..bertukar-tukar kunci lantaran penginapan yang ada macam2 cerita
Kami terpaksa berkongsi 1 bilik pada mulanya bagi bersiap untuk menghadiri dinner.Alhamdulillah,kami sempat menghadiri dinner namun dalam keadaan yang memenatkan.



Selepas dinner, pendebat2 English sudah ada bilik penginapan.
Pendebat2 BM+ustazah kamaliah+saya..bawa turun semula beg mereka..berpindah dari mahallah asiah ke mahallah maryam. (kalau jalan kaki..agak jauh)
Beg berat, penat sudah tidak terkata, ngantuk yang teramat..beg dari tingkat 3 (bilik penginapan pendebat English), dibawa turun ke bawah..berjalan jauhnya seperti yang saya katakana seumpama dari bangunan 3 tingkat sek men sehingga car park belakang sekolah(dalam 700 meter)..


Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam..
Salah seorang debater sudah menitiskan air mata.
Namun Ustazah Kamaliah menenangkan kami..saya diam seribu bahasa, semoga Allah mengganjari nilai kesabaran kami..
Kerana bukan kami sahaja yang diuji, ada sebuah sekolah lagi seperti kami.
Secar tiba-tiba,Liyana bersuara
“Inna ma’al ‘usri …..”
“Yusraa” yang lain menyahut
Sungguh terharu, tidak sangka dalam keadaan genting sebegini..penat yang tidak terkata..meraka masih mampu menghiburkan hati2 teman dengan janji Allah
“Disebalik kesulitan pasti ada kemudahan”itulah maksud janji Allah dalam surah yang dibaca

Setibanya di mahallah maryam,saya bergegas ke pondok yang ada pihak committee..
Alhamdulillah..sangat lancar..dalam masa 5 minit sahaja (kurang rasanya)
Di tangan saya ada 2 kunci..cepat2 mengambil 6 sarung bantal dan 6 cadar dan 6 bantal..hantar dalam kereta..minta adik2 pegang sebentar
Saya bergegas ke tingkat 3..membuka bilik..
Ya Allah, tempat yang selesa Allah kurniakan..1 bilik ada 4 katil.
2 bilik?? alhamdulillah..8 katil
Tidak perlu berkongsi dengan sekolah lain..mudah untuk membuat halaqah (perbincangan) dan research.
Hikmahnya nilai kesabaran
Akhirnya, masing2 sudah penat..kaki kepenatan..terlelap
.



Nantikan sambungannya.
dalam pr0ses meng'edit" ^_^

POST DEBAT SUDAH BERMULA (1)

"...dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana." [3:126]

Saya ingin melengkapkan amanah saya.
Harapan dan permintaan insan-insan yang ingin saya menceritakan tentang D.E.B.A.T
selagimana tidak complete cerita tentang debat UIA 2o09 dan debat MUSLEH 2o09
saya tidak akan buka topik baru melainkan tazkirah sahaja ^_^
Sudah ada mo0d dan hati untuk menulis, saya akan tulis.

amanah tetap A.M.A.N.A.H !


pesanan 1:
diharapkan bersabar bagi membaca post tentang debat.
tidka mahu baca pun tidak mengapa.
namun rugi anda sekiranya ada ibrah (pengajaran) dalam cerita debat ini, namun anda tidak mahu ambil tahu.

-------------------------------------------------------------------------------



i still remember every morning before we start debating, we will read the quran and having some tazkirah from me LOLn i almost cry like baby during the dinner when the song titled "HANYA DI MERCU" was sang.i cant put into words how much i really love my teamates so much. alhamdulilah ALLAH Maha Adil and by winning until quarter, you guys will until the UIA db8 next year --pendebat di salah sebuah sekolah di Joh0r (tapi bukan sekolah Islam Hidayah)

kenapa saya suka berk0ngsi cerita debat 2o09 kepada kamu.anda.mereka.kalian?
bukan niat riya'.bukan niat bangga. tiada niat-niat yang negatif pun.
hakikatnya saya tidak mahu cerita kerana biar menjadi kenangan terindah saya.
saya mahukan kalian rasa apa yang saya rasa.betapa kemenangan yang hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
walaupun anda seorang yang tidak berpengalaman, namun dengan usaha..strategik dan pergantungan yang tinggi pada Allah..maka Kejayaan pasti menjadi hak milik anda ^_^
dalam sejarah Islam pun ketika peperangan pertama dalam ISLAM,peperangan Badar..
jumlah umat Islam serama 313 mampu menewaskan tentera kafir seramai 1o0o orang.
sedangkan umat Islam tidak berpengalaman!
bukan saya menyatakan sekolah2 yang melawan SMIH itu n0n-muslim.bukan!!
namun bagaimana pergantungan kita pada Allah.akhlak kita.itu yang menambahkan lagi rasa umphh pada kejayaan.

setiap kali mana2 pendebat daripada mana2 sek0lah menyoal saya tentang rahsia kejayaan.
saya terangkan pada mereka..mana2 pendebat satu dunia akan usaha kuat.namun apa yang membezakan?
1.akhlak yang baik
2.pergantungan yang tinggi kepada Allah
seperti itulah yang saya cuma bimbing pendebat2 di salah sebuah di Johor.Saya fahamkan mereka.ALhamdulillah~ walaupun mereka tidak bergelar JUARA..namun AKHLAK dan peningkatan mereka sangat memberangsangkan.

mereka sudah rasa.anda??
terimalah coretan khas daripada saya tentang perjalanan debat SM Islam Hidayah daripada sudut pandangan seorang yang membimbing dan menjaga debaters tahun ini.
agar ibrah(pengajaran) anda dapat.
kerana inilah tujuan depikir club (debate club SMIH) ditubuhkan untuk menyebarkan haruman akhlak dan pemikiran ISLAM ^_^

Ya Allah, sampaikanlah kepada mereka apa yang sebenarnya yang ingin aku sampaikan. Buangkan sifat2 yang menghalang pengajaran daripada ilmuku ini.ameen~

9.57 pagi
Johor Bahru,Johor
Noor Shazwani binti Md Nasir
Debater (BM) SM Islam Hidayah,Johor 2006-2008