“InsyaAllah, kalau antum dapat mara ke double octo..( x habis cakap lagi)” saya cuba untuk berkata
“Kak Wani, apa pula kalau..kita memang akan mara ke double octolaa..”jawab salah seorang junior saya.
Speechless..
tidak sangka mereka memang hammasah(semangat) dan mempunyai misi dan visi tersendiri.
Tahun 2o09 saya telah mendapat title baru,jika sebelum ini pergi ke pertandingan debat sebagai "PENDEBAT" Bahasa Melayu namun tahun ini sebagai "GURU PENGIRING" Bahasa Melayu
(tq kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan)
Tahun ini,amanah besar teralas di pundak kerana tahun lepas kami (pendebat2 Bahasa melayu) mendapat TOP 60. Adakah kami mampu menaikkan kembali ranking ini??
setelah hampir 4 bulan berlatih tanpa mengenal erti lelah.dengan pelbagai ujian yang datang.kini pergantungan pada Allah adalah yang terbaik.
pertandingan:
8th IIUM Interscho0l Debating Championship
tarikh:
24-29 April 2o09
tempat:
Uni Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak,Malaysia
Alhamdulillah..
Hari pertama
Kami bertolak sekitar 12.45 tengah hari selepas melakukan solat sunat hajat 2 rakaat secara berjemaah dan solat sunat musafir
Juga selepas menempuh cabaran menyusun barang-barang yang begitu banyak ke dalam 4 buah bonet kenderaan (4 kederaan =22 orang, barang untuk 6 hari.ngee~padat macam tin sardin)
Terima kasih kepada ustazah norizah yang kreatif membantu kami menyusun barang yang menggunung di bonet kenderaan.
Setibanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kami diuji dengan ujian yang tidak pernah kami terima sebelum ini.
Walaupun sampai di UIA pada pukul 6 petang, habis mendaftarkan diri sekitar 6.45 petang..namun masalah penginapan yang benar2 menguji kesabaran dan tenaga.
Membawa beg yang beratnya hanya Allah yang tahu termasuk barang-barang debat ditambah lagi dengan jarak office untuk mengambil kunci bilik dengan blok penginapan umpama dari car park belakang sekolah sehingga bangunan tingkat 3 yang paling atas sekolah menengah.
sabar, sabar dan sabar..berulang-alik sehingga 4 kali..bertukar-tukar kunci lantaran penginapan yang ada macam2 cerita
Kami terpaksa berkongsi 1 bilik pada mulanya bagi bersiap untuk menghadiri dinner.Alhamdulillah,kami sempat menghadiri dinner namun dalam keadaan yang memenatkan.
Selepas dinner, pendebat2 English sudah ada bilik penginapan.
Pendebat2 BM+ustazah kamaliah+saya..bawa turun semula beg mereka..berpindah dari mahallah asiah ke mahallah maryam. (kalau jalan kaki..agak jauh)
Beg berat, penat sudah tidak terkata, ngantuk yang teramat..beg dari tingkat 3 (bilik penginapan pendebat English), dibawa turun ke bawah..berjalan jauhnya seperti yang saya katakana seumpama dari bangunan 3 tingkat sek men sehingga car park belakang sekolah(dalam 700 meter)..
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam..
Salah seorang debater sudah menitiskan air mata.
Namun Ustazah Kamaliah menenangkan kami..saya diam seribu bahasa, semoga Allah mengganjari nilai kesabaran kami..
Kerana bukan kami sahaja yang diuji, ada sebuah sekolah lagi seperti kami.
Secar tiba-tiba,Liyana bersuara
“Inna ma’al ‘usri …..”
“Yusraa” yang lain menyahut
Sungguh terharu, tidak sangka dalam keadaan genting sebegini..penat yang tidak terkata..meraka masih mampu menghiburkan hati2 teman dengan janji Allah
“Disebalik kesulitan pasti ada kemudahan”itulah maksud janji Allah dalam surah yang dibaca
Setibanya di mahallah maryam,saya bergegas ke pondok yang ada pihak committee..
Alhamdulillah..sangat lancar..dalam masa 5 minit sahaja (kurang rasanya)
Di tangan saya ada 2 kunci..cepat2 mengambil 6 sarung bantal dan 6 cadar dan 6 bantal..hantar dalam kereta..minta adik2 pegang sebentar
Saya bergegas ke tingkat 3..membuka bilik..
Ya Allah, tempat yang selesa Allah kurniakan..1 bilik ada 4 katil.
2 bilik?? alhamdulillah..8 katil
Tidak perlu berkongsi dengan sekolah lain..mudah untuk membuat halaqah (perbincangan) dan research.
Hikmahnya nilai kesabaran
Akhirnya, masing2 sudah penat..kaki kepenatan..terlelap .
Nantikan sambungannya.
dalam pr0ses meng'edit" ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan