pesanan:
kemerepekan untuk debat (3).
sebab tidak ingat secara overall apa yang berlaku.
dan kerana semangat untuk menulis post debat (4) yang mungkin lebih menarik -bagi saya-
Hari Kedua (25 April 2o09)
Pagi2 selepas sarapan, ada bengkel debat..
Bengkel debat ini adik2 kontijen yang dengar. Saya keluar berlari ke tempat debat English untuk bawa logo sekolah dan pin kerana ada blazer pendebat yang belum berjahit logo sekolah.
Bagus kan? Buat kerja saat2 akhir (nada sinis)
Straight t0 the point.
Ok.Format debat tahun 2009 berlainan sikit.
Tahun ini ada beberapa perubahan.
2007 dan 2008 (tahun sebelumnya)
+Ada 7 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 24 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Top 8 akan terus melangkah ke octo final
+Manakala top 9-top 24 perlu melalui pusingan double octo final dahulu
2009
+Ada 6 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 32 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Kesemua top 32 perlu melalui pusingan double octo final.yeah! adil!
Selepas solat Zohor akan bermulalah perjuangan para pendebat seluruh Malaysia yang menyertai debat UIA 20o9.
Pusingan pertama bermula..
Tema usul : Politik
Gulp! 0_o
MCKK dan MTD?? Ada apa dengan sekolah ini?
Dalam dunia perdebatan, kedua-dua sekolah ini dikira gergasi debat
Mengimbau kenangan tahun 2007 ketika saya satu team dengan Muhammad,Talhah dan Daeng Saifullah..ya! kami dapat kalahkan kedua pasukan ini.
Namun, itu tidak bererti bahawa kami akan menang juga sekiranya tidak berwaspada.
Agak terkesima bila perlawanan pertama sahaja perlu menentang mereka
Sewaktu ini, ramai ibu bapa pendebat datang..
Family Ili Syazwani, Ilham Nasharuddin, anas Kamarul Baharin
Ada juga penyokong yang sudi datang.
Happy ^_^
oh.Ya~
Daeng Saifullah a.k.a ustaz juga sampai laa juga waktu ini dari kolej beliau.
Abang Auzan juga datang.
Saya menyaksikan pasukan SMIH A..melawan gergasi debat sekolah, MCKK.
Ustazah Hawanis ulang alik antara sidang SMIH A dan SMIH B
Alhamdulillah..inilah keputusannya
SMIH A vs MCKK
keputusan: MENANG
SMIH B vs MTD
keputusan: MENANG
Selepas makan dan solat Asar..
Pusingan kedua pula menyusul..
Saya mengambil keputusan untuk melihat sidang SMIH B
Sebab lawan mereka..SMAP Labu! Saya kalah dengan mereka tahun lepas
Mogahan tahun ini junior2 dapat tebus =)
H0ho..saya agak berdebar sewaktu sidang SMIH B vs SMAP Labu sebab mereka ada peny0kong yang ramai.SMIH pula cuma ada saya dan Zubayr Aizaini (reserve SMIH B). Apa lagi..saya cepat2 SMS ustazah hawanis minta datang ke sidang SMIH B.Ustazah Hawanis pun datanglah 10 minit kemudian bersama dengan ustazah Juhanita.
wokeh~
keputusannya
SMAP Labu vs SMIH B
keputusan: SMIH B menang
MRSM Taiping B vs SMIH A
keputusan: SMIH A menang
Malamnya pula ada perlawanan yang ke-3
Ok.sepatutnya saya menyaksikan perlawanan junior bergilir..mula2 SMIH A,kemudian SMIH B..dan sepatutnya SMIH A..tetapi,disebabkan ada hal yang tidak b0leh dielakkan. Saya bersama dengan ustazah hawanis menyaksikan perlawanan SMIH B sekali lagi dimana mereka menentang MRSM Kuching.
Woh00~ MRSM Kuching semangat mereka memang kuat.Malam-malam masik aktif! tabik!
Saya hanya menyaksikan suku perdebatan sahaja kerana ada hal bersama dengan ustazah hawanis.
keputusan bagi perlawanan ke-3
SMIH A menang dengan SMK Jitra A
SMIH B menang dengan MRSM Kuching
alhamdulillah~
untuk perlawanan hari ini.
SMIH A dan SMIH B memenangi tiga-tiga perlawanan.
Hari Ketiga (26 April 2o09)
Saya tidak berapa ingat apa yang berlaku untuk tempoh 3 perlawanan ini.Tetapi ada beberapa kenangan yang saya tidak mungkin lupakan
Match ke-4
Saya menyaksikan SMIH A vs Sek Seri Putri B
saingan sengit~
Manakala SMIH B vs KISAS A
saya tidak tengok.Namun daeng saifullah kata, ini perlawanan paling best untuk SMIH B.
Hmm.untuk SMIH B saya sempat dengar pengumuman keputusan sahaja.
Saya tidak ingat siapa jurinya,namun saya tertarik dengan kejujuran juri tersebut.Saya masih ingat..dia ada bercakap
"Sukar untuk saya buat keputusan ini.kerana seperti mana yang kalian maklum..KISAS merupakan satu sekolah yang namanya besar dalam dunia perdebatan. sekolah islam hidayah pula..ops,sorry..ini kali pertama saya mendengarnya..bla3..keputusannya,kemenangan saya berikan pada SMIH dengan margin 1"
okey,kepada warga KISAS..anda memang hebat! memang sukar untuk percaya SMIH menangkan? Ya.Saya tahu...apa je laa sekolah kami (humble nye~)
tidak terkenal.tidak hebat seperti sekolah anda.
Namun kami akan buktikan yang kami mampu ^_^.
(itu luahan hati ketika itu.sekarang dah ok!)
Saya tidak menyaksikan perlawanan tersebut..jadi saya tidak berani comment ^_^
keputusannya?
SMIH A kalah dengan SSP B
SMIH B menang melawan KISAS A
Match ke-5
SMIH A vs SMS Sultan Abd Halim A
SMIH B vs Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
Kali ini saya menyaksikan SMIH B pula.
Keputusannya?
Alhamdulillah~ 2-2 menang.
Match ke-6
Waktu ini yang saya ingat family Ili datang.
Lebih menarik? Mak Ili hadiahkan saya t0p up RM 30 ^_^
Mula2,saya menolak,namun Dr.Raha (Mak Ili) suruh ambik juga.
ngee~ saya pun ambillah..rezeki =)
Tq Dr.Raha
Match ke-6 saya menyaksikan SMIH A
dimana SMIH A vs SMS Selang0r
SMIH B vs Sek Seri Puteri A
Untuk 5 pusingan sebelum ini.
SMIH A telah menang 4,kalah 1
SMIH B pula menang 5
Akhirnya..
SMIH A menang
SMIH B kalah dengan margin 8
woh00~ dahsyatnye..saya tidak berani k0men sebab saya tidak tengok.Namun,saya menenangkan pendebat-pendebat agar sabar dan bergembira ^_^
Sebab apa2 hal pun, SMIH A dan SMIH B dengan rasminya menang 5,kalah 1. Dan secara logiknya,mereka bakal ke pusingan kalah-mati es0k.
em.apa ye yang berlaku selepas ini?
em.em.em
ada sesiapa yang nak bantu untuk mengingatkan apa yang terjadi?
yang saya ingat..uh,tak ingat.
tetapi kesimpulan yang saya dapat daripada sikap depikir club di debat UIA ialah:-
+ apabila menang sesuatu perlawanan,bersyukur..kalau sempat,buat sujud syukur
+letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah ^_^! wajib..doa sebelum memulakan perdebatan
"Ya Allah,sekiranya kemenangan ini adalah hak kami,maka Engkau berikanlah kepada kami.Namun sekiranya kemenangan ini bukan hak kami..maka Engkau redhakanlah hati kami dengan ketentuan-Mu"
Terima kasih Zubayr (reserve SMIH B,ketua pelajar 2008/2009) kerana kehadiran anda mengubah sedikit sebanyak matlamat yang sebenar depikir club.
+fokus pada apa yang ditarget! tidak membuang masa. Masa lapang diisi dengan buat research,berbincang,membaca al-Qur'an/al-Mathurat dan mungkin juga TIDUR??
+sentiasa betulkan kesilapan dan improve kannya untuk setiap match.
+menunjukkan akhlak yang hasanah (baik).Walaupun ada sekolah yang pertikaikan kemenangan junior2ku,namun mereka bersabar.
+ rasa kebersamaan itu tetap ada.tidak kira debat BM atau BI.kami sentiasa update perkembangan antara 1 sama lain.Saiful Islam atau Jannah bagi pihak BI akan memberitahu perkembangan mereka kepada saya..begitu juga sebaliknya.Bagi memastikan momentum pendebat kedua-dua bahasa cemerlang.Yelaa~ selama ini asik English je yang hebat.BM pun nak hebat juga =)
wokeh~
nantikan post debat (4) sekiranya sudi ..
saya suka dengan post $)
kerana apa?
nantikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan