Rabu, 26 Ogos 2009

DEBAT (6) -- FINAL ENGLISH --

lalala~

kalau boleh saya tidak mahu habiskan post tentang debat
(asik debat aje.tapi,post ini yang akan jadi rujukan junior2ku juga dan juga buat mereka yang dalam usaha nak naikkan ranking debat apatah lagi sekolah anda pada mulanya tidak dikenali)

namun,inilah satu2nya pengalaman yang saya dapat kongsikan dengan mereka yang meminati dan bakal meminati debat ^_^

dan..sangat SUSAH untuk buat post 6&7.kalau ada rasa merepek tue.minta maaf ^_^


Hari ini 28 Julai 2o09

Malam ini ada final English. Saya tidak sabar.
Saya+Talhah (anak ustazah ye)+ saya + liyana + raihana + nadiyah + ili
kami menaiki kereta yang dipandu oleh ustazah hawanis ;)
-- knapa ayatku skema?--
ketika itu suasana gelap gelita sebab malam.kami kontijen yang paling lambat dan kesannya kami terlepas makan malam ;)

ok.task abang Auzan untuk saya train finalist BM tak dapat laksanakan..minta maaf
sebab abang Auzan dah panggil mereka.Apakah tasknye? biar jadi RAHSIA ;)
(suruh orang train, sekali dia yang tolong..)

saya masuk ke dewan final ENglish..
MC dia berceloteh (nak tulis membebel tak sampai hati..0ps,tertulis jugak ^_^).
Lantaran rasa bosan dengar MC berceloteh..
saya naik ke tingkat 3 dimana Abang Auzan sedang melatih finalist BM (ili,yana,ilham,zubayr) manakala yang lain2 kena jadi peny0kong pendebat2 English di dewan final. Oh ya..terima kasih kepada kak Nazihah dan Hanif (adik-beradik) kerana ambilkan makanan dan minumam buat kami.. -->akibat datang lambat+tak makan lagi.

Best teng0k adik2ku berlatih dengan abang Auzan.
time2 nie amik masa..buat refleksi diri.
Memikirkan saat manis, pahit,masam sepanjang bersama dengan depikir club.
Susah untuk dapat pengalaman seperti ini dan sukar untuk melupakannya..
Oh ya..malam tue, saya diserang sakit batut akut yang amat teruk sangat (nak gambarkan teruknya batukku..)
memang kerongkong rasa gatal semacam..disebabkan dewan tempat latihan BM bising disebabkan bunyi batukku, maka saya keluarlaa lalu lihat debat ENglish.

Baru nak mula rupanya..
Saya masuk dewan English tingkat 2..padat tue..tin sardin pun kalah.kene berhimpit..
1st speaker from SMK Green R0ad mulakan persidangan, laju dia cakap..macam kapal terbang.
barulah saya faham perasaan pendebat2 English..kadang2 masalah dalam debat English nie salah satunya bila pihak lawan cakap laju. Saya pun dengar jelaa~

Then, Tasnim dari SM Islam Hidayah pun samung persidangan..ok.time nie.
1stly saya nak ingatkan saya tulis bukan atas dasar tak puas hati tetapi atas dasar apa yang saya nampak dan saya lihat sepanjang perdebatan final English berlangsung,k.Apa yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan (btul ke ayat nie?)

Bila Tasnim bercakap..baru introduce je..ada debaters mana ntah (ramai taw..bukan sorang dua) buat bunyi "BOOOOOO". Ni tingkat atas laa, tingkat bawah saya tak tahu. Aish~ memang darah saya macam menggelegak. Yelaa, siapa sanggup teng0k junior sendiri kena kutukkan? Junior yang bawa nama sekolah pulak tue.. What the _______?? (ngee..)
Yang bestnya, malam tue saya pakai baju batch saya,batch 1o SMIH a.k.a Xgen.
Warna biru dan ada logo sekolah.

Saya akui, saya agak terkilan dan sakit hati malam tersebut. Dengan selambanya..saya berdiri je. Orang2 sekeliling tak sedar yang saya ni ex-student/ex-debater SMIH,adalah sekumpulan yang mengumpat+buat budaya "BOOO" yang mana ntah dia blaja..
Sekali ada seorang kawan dia nampak logo SMIH di baju saya..Nah,amik! baru tahu malu eh. Mengumpat SMIH tak tentu pasal..depan2 ex-student SMIH lagi tue.
Kalaulah yang mengata tue judges or ex-debaters yang hebat..takpelaa jugak. Ini kalau setakat baru bergelar debater peringkat sekolah menengah. alahai~ macamlaa anda hebat untuk menghakimi orang.Sekiranya anda hendak memberi pandangan,saya masih boleh terima.Agak2nya kalau kena "BOOO"+mengumpat(bukan pandangan)..SABAR jelaa.
Kalaulah SMIH tak layak ke peringkat akhir..takkanlah juri kasi menang waktu pusingan kalah mati (ops~ kan dah membebel)

Saya sabar.Saya diam.
Saya lihat Tasnim berdebat.
Saya gembira kerana Tasnim tetap semangat. Ignore apa yang penont0n buat.
Serius, sekiranya saya berada di tempat beliau..saya rasa macam nak turun dari pentas final sahaja.Saya sedih melihatkan sikap2 pendebat2 yang tidak pr0fesional.
kalaulah begini sikap2 pendebat muda,tak dapat bayangkan masa depan pendebat2 muda yang mewarisi kepimpinan negara..saya tidak hairan sekiranya ahli politik saling bertelagah dan saling menjatuhkan antara 1 sama lain pada masa depan.
Hmm..

Selepas giliran Tasnim tamat,
2nd speaker SMK Green R0ad pula yang berdebat. ok..sewaktu ini saya keluar dari dewan. Memang hati berasap tapi sabar.
Saya pergi ke tempat latihan finalist BM.
Saya cakap dengan mereka, kalau b0leh saya NAK mereka lihat debat English. Saya pun ceritakanlaa apa yang berlaku sebentar tadi.
Saya nak junior2 BM saya mengambil semangat pendebat2 English. Setelah itu, latihan diteruskan semula dimana terhenti sebab nak makan+dengar cerita saya.
Tersenyum juga lihat tingkah mereka yang ada kalanya menggelikan hati ketika berlatih.
Haih, tak sangka banyak juga peningkatan BM tahun nie untuk 2-2 team.

Setelah latihan BM tamat,
kami bergegas ke dewan final English. uit,padat lagi ;(
Kena berdiri lagi..kami datang ketika Dalilah (2nd speaker SMIH) nak habis debat. Oklaa~ sempat lagi nak teng0k lagi dua speakers berdebat. Saya pun lihatlaa dengan penuh khusyu' dan adalaa jugak geram2 bila ada yang buat "BOOO" bila giliran SMIH berucap.
Saya suka dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tasnim,Dalilah dan Amnah di pentas final.
Satu team yang mulanya ditarget takkan sampai ke final. (kan? asalnya lagi 1 grupkan yang ditarget oleh Abang Faiz..ke Danial..?)
Namun, fikir2kanlaa..ketika ini hati saya benar2 Y.A.K.I.N
siapakah yang sebenarnya yang memberikan rezeki kepada hamba-Nya?
siapakah yang membolak-balikkan hati juri untuk memilih pemenang?
siapakah yang memberi kekuatan dan idea kepada hamba-Nya?
Allah atau manusia? pastinya ALLAH

jika hati kita utuh dan percaya akan ALLAH..grup yang dapat ranking 1o0 diz year..tiba2 next year dapat jadi champion..saya tak hairan. (tapi mestilah kena usaha dan doa juga)


Tamatnya final English..ada sesi penyampaian hadiah buat team BM dan BI yang dapat masuk sehingga semi-final.
top speaker BM dan BI (n0.2 - n0.10)
saya call jannah sebab beliau kata nak datang malam tersebut.
Laa~ rupa2nya jannah pun ada di tingkat 2 dewan. kami pun turunlaa ke tingkat 1..jumpa dengan ALUMNI yang datang menyokong pada malam tersebut ;) thanx yeah pada sesiapa yang datang ^_^
muka guru2 semuanya seolah-olah cuak..mestilah,gementar menanti keputusan es0k pagi.
Keputusan debat akan diketahui pada esoknya.

pendebat BM kena panggil balik naik tingkat 3..abang Auzan nak jumpa..
kami yang lain2 apa lagi, keluar dari dewan.makan kek yang jannah bawa. Kek coklat tue..sedap!
Lepas ambil sepotong, saya lari naik ke tingkat 3 untuk lihat latihan debat BM.
Saya lupa sama ada ambilkan ke tidak untuk finalist BM tue..rasanya macam tak.eh,macam ya.ntah laa
(title guru pengiring debat BM bukannya untuk anda bersenang lenang ye..)

Saya temankan juni0r2 saya sampailaa Abang Auzan melepaskan mereka. Abang Auzan adalah kasi nasihat..tips2
Pendebat2 English balik dahulu bersama ustazah kamaliah+ustazah hawanis
pendebat2 BM macam biasa..lambat balik sebab ada laa benda2 mendatang.
Yang paling best? aha! luar dewan tue macam buat reunion sebab ada ex-debaters yang lama saya tak jumpa..akhirnya jumpa juga.

Ok..lalu kami keluarlaa dari dewan tersebut untuk balik ke d0rm untuk tidur..zzz

pesanan 1:
tabik sama dengan ALUMNI2 yang datang walaupun sedang berlangsung exam week

pesanan 2:
adakalanya kita lupa bahawa kejayaan itu,kemenangan itu datangnya daripada Allah.
Lupakah kita dengan peperangan awal yang dilalui oleh umat Islam? Peperangan badar,uhud,khandak dan sebagainya..Jumlah umat Islam adalah sikit,teramat sedikit
Mengikut l0gik akal, memang akan kalah.
Namun, umat Islam menang..kerana apa? Kerana Allah yang memberikan kemenangan.
Walau apapun..usaha dan pengorbanan itu penting bagi meraih meraih redha Allah agar Allah memenangkan kita ^_^

pesanan 3:
perjalanan menuju kejayaan penuh dengan kepayahan..saat inilah hati kita diuji sama ada untuk bertawakal dan mengharapkan pada Allah ataupun tidak.
Saat kita sudah mendapat kejayaan, hati kita diuji sama ada bersyukur atau pun tidak. Sama ada kita meninggi diri atau pun tidak.

pesanan 4:
apa2hal, dalam debat macam2 boleh berlaku. Hidup ini mengajar kita untuk belajar berdepan dengan sebarang kemungkinan ^_^

pesanan 5:
akhirnya saya rasa dan faham serta mengalami rasanya bila finalist tahun2 sebelum ini dipertikaikan kemenangannya.
FAHAM TIDAK SAMA SEHINGGA ANDA MENGALAMINYA!

tinggal post debat 7..
dah nak dekat tamat cerita 8th interschool debating championship daripada sudut pandangan ex-debater+guru pengiring

"mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"

Jumaat, 7 Ogos 2009

DEBAT (5)

pesanan:
sekiranya debat (1)-(4) itu saya tujukan khas buat bacaan anda semua
juga buat generasi debat SM Islam Hidayah yang seterusnya
debat (5) pula saya tujukan buat diri saya ^_^
sebab inilah debat terakhir dalam kehidupan saya.


^_^
:)
:D

sekiranya Saiful Islam dan Nazar Ali sudah tidak tahu nak l0mpat gaya apa lagi untuk menyatakan rasa gembira mereka apabila mendengar nama SM Islam Hidayah menang dalam sesuatu match bagi kategori Bahasa Inggeris

saya pula tidak tahu lagi nak bercakap dan nak buat apa lagi melainkan tutup mulut supaya tidak menjerit terkejut dan saling berpelukan bersama pendebat mahupun guru (perempuan ye)

selepas tamatnya semi-final.
saya+pendebat2 perempuan turun untuk jumpa ustazah Hawanis.
seterusnya untuk M.A.K.A.N ^_^
pendebat lelaki menyusul kemudian.

0h.Ya.
sekali saya ternampak seorang pendebat UIA dimana dahulunya dia pendebat SAINA.
iaitu..saya lupa nama betulnya.Namun nama gelarannya "Kak Kaj0l"
Saya apa lagi,saya paksa adik2 debat saya kesemuanya (B.Melayu) untuk jumpa dengan kak Kajol dengan tujuan :
1. minta tips perkara2 yang perlu finalist lakukan dan elakkan ketika di pentas final.Mana taknye, inilah kali pertama SM Islam Hidayah dapat menjejakkan kaki ke pentas final.Ditambah lagi dnegan mulut2 orang yang berlagak macam JURI (sedangkan baru title pendebat) dengan mengatakan SM Islam Hidayah tidak layak ke final.
Suka hati andalah nak cakap apa. Yang penting, Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
Kami hanya berSABAR..sebab itu yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kan? ;)
2. minta nasihat juga.
3. minta macam2 laa.

Saya pun naik suka bila dengar kak Kajol berceloteh biarpun saya bukan orang yang berdebat ^_^
Selepas itu, kami apa lagi..yang pendebat2 lelaki bergegas naik kereta yang dipandu oleh Saiful Islam dan pendebat2 perempuan+saya naik kereta yang dipandu oleh ustazah Norhawanis.
ngee~ sebenarnya kami dah terlambat hampir 30 minit.
pengetua SMIH,ustazah Kamaliah minta berkumpul di surau Mahallah Maryam.. memang boleh pergi tepat pada masanya..tapi adik2 pendebat B.melayu nak makan+saya minta jumpa dengan Kak Kajol.

Setibanya di surau,jeng..jeng..jeng
kesian saya melihat pendebat2 English yang sudah keletihan menunggu. Ditambah lagi dengan Tasnim+Dalilah+Amnah+Athirah yang akan berentap dalam final menentang SMK Green Road malam ini! MALAM!
mereka tertidur kepenatan.

apakah sebenanrya aktiviti kami??
^_^
pasukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SM Islam Hidayah,Johor dapat mara ke FINAL.
apa agaknya perasaan anda?
dua-dua bahasa pula tue..
gembira? sudah tentu
terharu? sudah tentu
rasa nak pengsan? uish~ kena tahan
rasa nak nangis? memang..tapi macam tersekat
senang kata..
perasaan bercampur baur..kan? ^_^
itulah yang saya rasa.

angin petang ketika itu bertiup sepoi-sepoi bahasa.
cuaca tenang.
bunyi burung berkicauan.

mula2,kami (kontijen2 yang hadir dari SM ISlam Hidayah+daeng saifullah+salman mat hussin)menunaikan solat hajat 2 rakaat+sujud syukur dimana semoga perjalanan final kami dimudahkan dan dilancarkan.

kemudian,
kami duduk membuat bulatan atau halaqoh.
ketika ini daeng saifullah entah pergi kemana..khabarnya dia pening kepala.aduhai~

mula2,ustazah Kamaliah berucap..menyampaikan rasa kesyukuran beliau terhadap pencapaian debat SMIH tahun ini dan mengharapkan agar pendebat2 dapat buat yang terbaik pada final nanti.
kemudian,giliran ustazah Hawanis..ustazah menahan sebak juga.berucap perkara yang lebih kurang sama.
kemudian,giliran saiful Islam (coach BI) berucap perkara yang sama juga ditambah dengan "ana dan ali dah tak tahu nak lompat macam mana lagi"..hoh0..mula2 saya pelik,kenapa kena mel0mpat? owh..rupanya lompat sempat melonjak kegembiraan..ok2,faham ^_^
then,my turn! ^_^ saya juga cakap benda yang sama ditambah lagi dengan pengumuman khas ;)
dimana tahun ini (2o09) tahun terakhir saya di Malaysia, jadi saya harapkan mereka dapat berikan sesuatu yang akan saya kenang sampai bila2.Ya.sampai bila2 :D
wokeh~ saya emo sikit ketika ini.saya menangis jugalaa ketika sampaikan ucapan T_T
seterusnya,giliran salman mat hussin.dia juga menyampaikan ucapan lebih kurang sama juga dengan saya kerana beliau tahun ini (akhir bulan og0s) akan fly ke Canada.
siapa ntah..ketika Salman sampaikan ucapan.. "tahun nie pun ana last di Malaysia..." ada yang menyampuk "jangan nangis..jangan nangis2"..ngee~ mahu sindir saya ye! tidak mengapa.SABAR ^_^
seterusnya..hmm,disebabkan daeng saifullah (coach BM) tiada..nak dengar dia kasi speech juga!
maka halaqah ditamatkan.

selepas itu..kami bersiap-siap untuk ke final English malam ini.
kurang 3 jam lagi (kot)
waktu tue dah nak pukul 6 petang..final dalam 9 malam.

moga adik2 ditabahkan hati.detik hati saya.

oh.Ya..malam itu,ada task yang abang Auzan minta saya laksanakan untuk adik2 debat BM yang dapat ke final.tetapi..apa yang terjadi??

nantikan post debat (6)

pesanan 1:
Ya Allah, ketika aku rasa mustahilnya SM Islam Hidayah untuk jejakkan kaki ke final..akhirnya ENgkau buktikan bahawa tiada yang mustahil bila Engkau rezekikan sesuatu rezeki kepada hamba-Mu

pesanan 2:
Ya Allah, ketika aku rasa mahu give up daripada bimbing junior2ku lantaran banyaknya ujian dan cerita bukan2 datang.Engkau SABARkanku,Engkau kuatkan hatiku.betapa penyayangnya Engkau ya Rahman. ENgkau kurniakan sesuatu yang menggembirakan jati hamba-Mu

pesanan 3:
Aku.saya.kamu.kalian.mereka teruslah yakin dengan janji Allah dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:
"sekirany kamu membantu agama Allah,maka Allah akan membantumu"
Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya!

DEBAT (4)

pesanan:
lalala~
orang sedih bila handphone hilang.
saya biasa.saya malas nak fikir.
nak menangis pun tidak guna.harta dunia.sebab kejap lagi nak fly dah..ada no hp baru di mesir nanti ^_^
(mungkin ada dosa yang saya lakukan sehingga handphoneku hilang..astaghfirullah)
lalala~
pendrive merah kesayanganku juga merajuk.entah kemana..tapi, insyaAllah tidak hilang
lalala~
mari baca post debat (4) dengan hati yang girang! lalala~

Hari ke-4 (27 April 2o09)

seperti biasa.pagi-pagi bersarapan.
oh, ya..tentang makanan ^_^
makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka!serius!
saya komen makanan bagi pihak guru laa eh..sebab saya makan di bahagian guru.
bahagian pendebat a.k.a pelajar, saya tidak tahu ;)
saya pun bergegaslah masuk ke ______ court (tak ingat full name!)
dewan tempat pendebat2 Bahasa Melayu berkumpul.
hari ke-4 bakal menyaksikan bermulanya pusingan KALAH MATI atau MARA MENANG
saya pun duduklah bersama dengan junior2 kesayangan saya untuk melihat kedudukan ranking selepas 6 pusingan.

sebelum itu.kita mengimbau kenangan lama sebentar.
tahun 2006 = no.38 (tak dapat masuk pusingan kalah mati..3 menang,3 kalah)
tahun 2007
SMIH A..no.36 (tak dapat masuk pusingan kalah mati jugak..4 menang,3 kalah)
SMIH B..no 56 (kan?) x dapat masuk pusingan kalah mati juga..3 menang, 4 kalah
tahun 2008
SMIH A dan SMIH B
top 60!!!
tak dapat masuk pusingan kalah mati,
saya join debat tahun 2007&2008
apa lagi..kami terus jalan2 pergi KLCC dan Mid Valley bila kalah.kononnya nak hilang rasa sedih
tapi hakikatnya,mengecewakan sekolah.ngee~

ok.tahun 2009
SMIH A..no.10 (5 menang,1 kalah)
SMIH B..no.11(5 menang,1 kalah)

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
sewaktu melihat kedudukan ranking ini dipaparkan
saya menahan sebak.akhirnya! debat Bahasa Melayu SM Islam Hidayah dapat juga menjejakkan kaki ke peringkat pusingan kalah mati.

kalau debat English dah biasakan ^_^

saya gembira.lantas saya SMS kan kepada ustazah hawanis yang tunggu di luar dewan tentang kejayaan adik2 ini.

tidak dilupakan saya informkan kepada senior debat saya,daeng saifullah,talhah,muhammad hazih,salman mat hussin
juga senior english debate,saiful islam dan kawan saya, nur jannah

hmm..saya gembira sebab mereka turut bergembira ^_^

Double octo final

Inilah KALI PERTAMA debat Bahasa Melayu mara ke pusingan menang-mara.
Saya ambil keputusan untuk melihat SMIH B berdebat kali ini.
Jantung berdegup kencang, lutut dah memang menggeletar, tidak mampu berbicara dengan sesiapa lagi
Memang berdebar sangat-sangat. Hanya mampu melihat adik2 debat yang dikuarantin daripada luar bilik sidang.
Hanya mampu membaca surah Yassin dan mengulang ayat 82. Moga-mogahan Allah memberikan kekuatan kepada adik-adik.

Akhirnya perdebatan bermula..berlangsung selama hampir 1 jam lebih.
Usul debat double octo final SMIH B ialah

“Earth Hour menunjukkan kita sepakat dalam menangani isu alam sekitar”

Panas.Panas.Hangat.Hangat!
Boleh tahan penonton yang menyaksikan perlawanan SMIH B vs KISAS B
akhirnya..pengumuman perdebatan diumumkan di dalma dewan.

inilah keputusannya.

LAWAN SMIH A

KEPUTUSAN

LAWAN SMIH B

KEPUTUSAN

SMS Selangor

Kalah

(tidak dapat mara)

KISAS B

Menang

*tambahan:

kepada junior2ku team SMIH A (nadiyah.hanif.anas KB.raihana).
it's ok..walaupun kalian tidak dapat mara ke pusingan seterusnya..tapi,peningkatan kalian cukup menggembirakan.
top 10 selepas 6 pusingan tue!! mana pernah batch sebelum nie dapatkan

mungkin ada hikmahnya Allah menghentikan perjuangan satu team. ^_^
mungkin ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
mungkin adakalanya keperitan itu akan mengajar kita untuk lebih kuat,kan? ;)

chill!!!

Octo final

Persoalan team A atau team B tertutup..sekarang mereka membawa nama SM Islam Hidayah! Tiada beza huruf A ataupun B.

Alhamdulillah pasukan SM Islam Hidayah mara ke octo final.

Berdebar..dengan pasukan mana akan adik2ku akan berdebat.akhirnya..ini dia sekolah yang akan adik2ku berlawan

SM Islam Hidayah vs Sek Sri Putri B

^_^

.........................................

entahlah.tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika ini.

konklusinya,
Keputusan : SM ISLAM HIDAYAH MENANG


tahu tak saat yang saya rindu?
sudah tentu saat bilamana diumumkan SMIH menang.
kami yang perempuan2 tidak berdebat pasti akan berpelukan
maksudnya,gembira tidak terkata!

Malam tersebut, kami berkumpul di surau Mahallah Maryam seperti biasa.
a.Auzan melihat semula kertas-kertas yang adik2 pendebat telah debatkan sepanjang 6 pusingan wajib termasuk 2 pusingan kalah-mati yang telah mereka berjaya tempuhi dengan izin Allah.
Selepas itu, a.auzan bertanya kepada para pendebat dan saya apa sebenarnya niat kami untuk ke pertandingan debat UIA 2009. Alhamdulillah, kesemua niat mereka jelas.

Sudah tentu yang mereka ingin tonjolkan, menjulang nama Sekolah Menengah ISLAM Hidayah..nama ISLAM itu, yang unik. Juga akhlak yang mereka tunjukkan.

Selepas itu, kami masuk kepada sesi perbincangan usul-usul debat yang masih belum diperbincangkan.

Tidak lupa juga, sewaktu ini sifu debat BM, Daeng Saifullah datang ke UIA dari kolej beliau..excited mungkin kerana melihat adik2 didik beliau akhirnya mara ke pusingan quarter final.
bila masa dia balik pun saya tidak tahu.tapi,dia datang semula.thanks yeah!
kepada a.Auzan..terima kasih kerana membimbing kami sepanjang berada di UIA
Hampir lewat malam, perjumpaan ditutup.

Hari ke-5 (28 April 2o09)

Quarter Final

O_o

SMAP Kajang?? Champion BM tahun lepas..

Ada pendebat yang tekanan emosi tidak stabil kerana dalam fikirannya hanya teringatkan “SMAP Kajang..SMAP Kajang..”
Namun ada insan-insan yang menenangkan pendebat.

“BARACK OBAMA HARAPAN BARU DUNIA ISLAM”

Penyokong SMAP Kajang sememangnya ramai. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mengganggu kosentrasi adik2. Apatah lagi, pendebat2 SM Islam Al-Amin Gombak turut memberikan sokongan moral. Ya, kali ini ustazah Hawanis masuk juga ke sidang perdebatan J kerana Ustazah Juhanita pula yang perlu menjaga anak Talhah.

Sebenarnya, saya rasa tidak mahu masuk dalam mana-mana sidang perdebatan SMIH..sebab apa?? Ntah..rasa seram. Seram apa?? Ntah.. ala, seram macam nak ambil SPM

Tapi, adik2 pasti mengharapkan sokongan moral, nak tak nak..kenalah masuk juga.Muka memang kena buat senyum sahaja walaupun berdebar,cuak melihat perdebatan.

Perdebatan berlangsung sangatlah sengit. Lebih2 lagi adanya 2nd speaker, Afiq, yang merupakan pendebat SMAP KAjang yang berjaya merangkul JOHAN dalam debat UIA 2008 dan debat Piala Perdana Menteri 2008. Juga menduduki ranking ke-2 bagi keseluruhan debat UIA 2008.

Ya Allah, quarter final rupanya silent round
Maksudnya, keputusan akan diumumkan dalam Mout Court
Harapan?? InsyaAllah, ada tetapi sipi-sipi

Sewaktu di Mout Court, inilkah kali pertama pendebat BM banat dan banin duduk jauh-jauh.
Pendebat banat duduk bersama saya di bahagian depan sekali..berbual-bual dengan pendebat SM Islam Al-Amin,Gombak.
Manakala pendebat lelaki duduk di bahagian tengah bersama a.Auzan dan Daeng Saifullah.

Adakah mereka telah menjangkakan kekalahan??Tapi saya relax je..dalam hati yakin yang mereka mampu mara.

Akhirnya keputusan diumumkan…

Pendebat Terbaik : Nur Liyana Zakaria.. (Alhamdulillah..tapi masih tidak boleh bergembira kerana dapat best speaker tidak bererti menang)

Juri : 4-1

Pemenangnya…..

SM Islam Hidayah

Subhanallah! Alhamdulillah!
Saya dan nadiyah sudah berpelukan (gembira dan terkejut)
Memang terkejut..

Terus pendebat-pendebat lelaki bergegas ke depan..kami berbincang apa yang pelru dibuat selepas ini agar kesalahan-kesalahan perdebatan selepas ini tidak diulang.

Fokus..lihat pasukan yang bakal SMIH lawan selepas ini.. Ya, itu dia..

Semi-Final

Tahukah anda bahawasanya penyertaan debat UIA 2009, banyak pesertanya terdiri daripada MRSM??

MRSM yang layak ke pusingan semi-final hanya satu iatu MRSM Tun Ghafar Baba

Dapat bayangkan tidka betapa ramainya penyokong2 MRSM dalam satu sidang yang besarnya umpama dua buah kelas ?

Penyokong SMIH sampai tiada tempat untuk duduk sedangkan penyokong SMIH hanya ketika itu kurang 8 orang, tetapi ada yang terpaksa duduk atas lantai.

Ana pula duduk di sebelah guru MRSM Tun Ghafar Baba..dan, sebelah tingkap yang menjadi tempat singgahan orang yang tidak dapat masuk ke dalam sidang kerana padat umpama tin sardine

Hanya doa dan sokongan moral mampu dipanjatkan ketika ini.

Usul?? Latest issue

“MeCD TIDAK WAJAR DIMANSUHKAN”

Selepas perdebatan berakhir, semua juri keluar sebentar..
Ketika ini mendapat panggilan daripada Saiful Islam bahawa team BI mara ke pusingan FINAL!
sungguh gembira beliau ketika ini.
Jannah pun SMS saya ^_^ tentang berita ini.
Allahu akbar!
Moga2han pasukan BM juga J

Akhirnya Datin Norjuma yang juga ketua juri bagi perdebatan kali ini..
Mengumumkan…
MRSM Tun Ghafar Baba vs SM Islam Hidayah

Keputusan : SM ISLAM HIDAYAH MENANG

Alhamdulillah.

Terkesima. Walaupun memang mengharap pasukan BM mara sehingga ke final, tetapi macam tidak percaya yang impian bertukar menjadi realiti.

Umpama kena kejutan elektrik..menaik sungguh prestasi BM tahun ini.

Syukur Ya Allah.Saya sangat2 bersyukur atas nikmat-Mu ini.

saya cepat2 SMS Ustazah Hawanis..Ustazah mahu jumpa adik2 debat BM..ustazah minta saya kirim salam peluk sayang kepada adik2 pendebat perempuan

Ya.Saya tahu ustazah juga pasti terharu dengan peningkatan BM kan?

Saya menjawab,adik2 mahu sujud syukur dahulu.

sebelum itu,a.Auzan seperti biasa..berilah post mortem.

saya rindu saat ini.

Petang itu kami balik ke mahallah untuk bersiap sedia melihat final English.

nantikan post debat seterusnya..

>>apa yang kami lakukan setelah tamat semi-final english dan bahasa melayu??

>>apa yang berlaku ketika final debat English?

>>apa yang berlaku ketika final Bahasa Melayu?