Jumaat, 7 Ogos 2009

DEBAT (4)

pesanan:
lalala~
orang sedih bila handphone hilang.
saya biasa.saya malas nak fikir.
nak menangis pun tidak guna.harta dunia.sebab kejap lagi nak fly dah..ada no hp baru di mesir nanti ^_^
(mungkin ada dosa yang saya lakukan sehingga handphoneku hilang..astaghfirullah)
lalala~
pendrive merah kesayanganku juga merajuk.entah kemana..tapi, insyaAllah tidak hilang
lalala~
mari baca post debat (4) dengan hati yang girang! lalala~

Hari ke-4 (27 April 2o09)

seperti biasa.pagi-pagi bersarapan.
oh, ya..tentang makanan ^_^
makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka!serius!
saya komen makanan bagi pihak guru laa eh..sebab saya makan di bahagian guru.
bahagian pendebat a.k.a pelajar, saya tidak tahu ;)
saya pun bergegaslah masuk ke ______ court (tak ingat full name!)
dewan tempat pendebat2 Bahasa Melayu berkumpul.
hari ke-4 bakal menyaksikan bermulanya pusingan KALAH MATI atau MARA MENANG
saya pun duduklah bersama dengan junior2 kesayangan saya untuk melihat kedudukan ranking selepas 6 pusingan.

sebelum itu.kita mengimbau kenangan lama sebentar.
tahun 2006 = no.38 (tak dapat masuk pusingan kalah mati..3 menang,3 kalah)
tahun 2007
SMIH A..no.36 (tak dapat masuk pusingan kalah mati jugak..4 menang,3 kalah)
SMIH B..no 56 (kan?) x dapat masuk pusingan kalah mati juga..3 menang, 4 kalah
tahun 2008
SMIH A dan SMIH B
top 60!!!
tak dapat masuk pusingan kalah mati,
saya join debat tahun 2007&2008
apa lagi..kami terus jalan2 pergi KLCC dan Mid Valley bila kalah.kononnya nak hilang rasa sedih
tapi hakikatnya,mengecewakan sekolah.ngee~

ok.tahun 2009
SMIH A..no.10 (5 menang,1 kalah)
SMIH B..no.11(5 menang,1 kalah)

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
sewaktu melihat kedudukan ranking ini dipaparkan
saya menahan sebak.akhirnya! debat Bahasa Melayu SM Islam Hidayah dapat juga menjejakkan kaki ke peringkat pusingan kalah mati.

kalau debat English dah biasakan ^_^

saya gembira.lantas saya SMS kan kepada ustazah hawanis yang tunggu di luar dewan tentang kejayaan adik2 ini.

tidak dilupakan saya informkan kepada senior debat saya,daeng saifullah,talhah,muhammad hazih,salman mat hussin
juga senior english debate,saiful islam dan kawan saya, nur jannah

hmm..saya gembira sebab mereka turut bergembira ^_^

Double octo final

Inilah KALI PERTAMA debat Bahasa Melayu mara ke pusingan menang-mara.
Saya ambil keputusan untuk melihat SMIH B berdebat kali ini.
Jantung berdegup kencang, lutut dah memang menggeletar, tidak mampu berbicara dengan sesiapa lagi
Memang berdebar sangat-sangat. Hanya mampu melihat adik2 debat yang dikuarantin daripada luar bilik sidang.
Hanya mampu membaca surah Yassin dan mengulang ayat 82. Moga-mogahan Allah memberikan kekuatan kepada adik-adik.

Akhirnya perdebatan bermula..berlangsung selama hampir 1 jam lebih.
Usul debat double octo final SMIH B ialah

“Earth Hour menunjukkan kita sepakat dalam menangani isu alam sekitar”

Panas.Panas.Hangat.Hangat!
Boleh tahan penonton yang menyaksikan perlawanan SMIH B vs KISAS B
akhirnya..pengumuman perdebatan diumumkan di dalma dewan.

inilah keputusannya.

LAWAN SMIH A

KEPUTUSAN

LAWAN SMIH B

KEPUTUSAN

SMS Selangor

Kalah

(tidak dapat mara)

KISAS B

Menang

*tambahan:

kepada junior2ku team SMIH A (nadiyah.hanif.anas KB.raihana).
it's ok..walaupun kalian tidak dapat mara ke pusingan seterusnya..tapi,peningkatan kalian cukup menggembirakan.
top 10 selepas 6 pusingan tue!! mana pernah batch sebelum nie dapatkan

mungkin ada hikmahnya Allah menghentikan perjuangan satu team. ^_^
mungkin ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
mungkin adakalanya keperitan itu akan mengajar kita untuk lebih kuat,kan? ;)

chill!!!

Octo final

Persoalan team A atau team B tertutup..sekarang mereka membawa nama SM Islam Hidayah! Tiada beza huruf A ataupun B.

Alhamdulillah pasukan SM Islam Hidayah mara ke octo final.

Berdebar..dengan pasukan mana akan adik2ku akan berdebat.akhirnya..ini dia sekolah yang akan adik2ku berlawan

SM Islam Hidayah vs Sek Sri Putri B

^_^

.........................................

entahlah.tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika ini.

konklusinya,
Keputusan : SM ISLAM HIDAYAH MENANG


tahu tak saat yang saya rindu?
sudah tentu saat bilamana diumumkan SMIH menang.
kami yang perempuan2 tidak berdebat pasti akan berpelukan
maksudnya,gembira tidak terkata!

Malam tersebut, kami berkumpul di surau Mahallah Maryam seperti biasa.
a.Auzan melihat semula kertas-kertas yang adik2 pendebat telah debatkan sepanjang 6 pusingan wajib termasuk 2 pusingan kalah-mati yang telah mereka berjaya tempuhi dengan izin Allah.
Selepas itu, a.auzan bertanya kepada para pendebat dan saya apa sebenarnya niat kami untuk ke pertandingan debat UIA 2009. Alhamdulillah, kesemua niat mereka jelas.

Sudah tentu yang mereka ingin tonjolkan, menjulang nama Sekolah Menengah ISLAM Hidayah..nama ISLAM itu, yang unik. Juga akhlak yang mereka tunjukkan.

Selepas itu, kami masuk kepada sesi perbincangan usul-usul debat yang masih belum diperbincangkan.

Tidak lupa juga, sewaktu ini sifu debat BM, Daeng Saifullah datang ke UIA dari kolej beliau..excited mungkin kerana melihat adik2 didik beliau akhirnya mara ke pusingan quarter final.
bila masa dia balik pun saya tidak tahu.tapi,dia datang semula.thanks yeah!
kepada a.Auzan..terima kasih kerana membimbing kami sepanjang berada di UIA
Hampir lewat malam, perjumpaan ditutup.

Hari ke-5 (28 April 2o09)

Quarter Final

O_o

SMAP Kajang?? Champion BM tahun lepas..

Ada pendebat yang tekanan emosi tidak stabil kerana dalam fikirannya hanya teringatkan “SMAP Kajang..SMAP Kajang..”
Namun ada insan-insan yang menenangkan pendebat.

“BARACK OBAMA HARAPAN BARU DUNIA ISLAM”

Penyokong SMAP Kajang sememangnya ramai. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mengganggu kosentrasi adik2. Apatah lagi, pendebat2 SM Islam Al-Amin Gombak turut memberikan sokongan moral. Ya, kali ini ustazah Hawanis masuk juga ke sidang perdebatan J kerana Ustazah Juhanita pula yang perlu menjaga anak Talhah.

Sebenarnya, saya rasa tidak mahu masuk dalam mana-mana sidang perdebatan SMIH..sebab apa?? Ntah..rasa seram. Seram apa?? Ntah.. ala, seram macam nak ambil SPM

Tapi, adik2 pasti mengharapkan sokongan moral, nak tak nak..kenalah masuk juga.Muka memang kena buat senyum sahaja walaupun berdebar,cuak melihat perdebatan.

Perdebatan berlangsung sangatlah sengit. Lebih2 lagi adanya 2nd speaker, Afiq, yang merupakan pendebat SMAP KAjang yang berjaya merangkul JOHAN dalam debat UIA 2008 dan debat Piala Perdana Menteri 2008. Juga menduduki ranking ke-2 bagi keseluruhan debat UIA 2008.

Ya Allah, quarter final rupanya silent round
Maksudnya, keputusan akan diumumkan dalam Mout Court
Harapan?? InsyaAllah, ada tetapi sipi-sipi

Sewaktu di Mout Court, inilkah kali pertama pendebat BM banat dan banin duduk jauh-jauh.
Pendebat banat duduk bersama saya di bahagian depan sekali..berbual-bual dengan pendebat SM Islam Al-Amin,Gombak.
Manakala pendebat lelaki duduk di bahagian tengah bersama a.Auzan dan Daeng Saifullah.

Adakah mereka telah menjangkakan kekalahan??Tapi saya relax je..dalam hati yakin yang mereka mampu mara.

Akhirnya keputusan diumumkan…

Pendebat Terbaik : Nur Liyana Zakaria.. (Alhamdulillah..tapi masih tidak boleh bergembira kerana dapat best speaker tidak bererti menang)

Juri : 4-1

Pemenangnya…..

SM Islam Hidayah

Subhanallah! Alhamdulillah!
Saya dan nadiyah sudah berpelukan (gembira dan terkejut)
Memang terkejut..

Terus pendebat-pendebat lelaki bergegas ke depan..kami berbincang apa yang pelru dibuat selepas ini agar kesalahan-kesalahan perdebatan selepas ini tidak diulang.

Fokus..lihat pasukan yang bakal SMIH lawan selepas ini.. Ya, itu dia..

Semi-Final

Tahukah anda bahawasanya penyertaan debat UIA 2009, banyak pesertanya terdiri daripada MRSM??

MRSM yang layak ke pusingan semi-final hanya satu iatu MRSM Tun Ghafar Baba

Dapat bayangkan tidka betapa ramainya penyokong2 MRSM dalam satu sidang yang besarnya umpama dua buah kelas ?

Penyokong SMIH sampai tiada tempat untuk duduk sedangkan penyokong SMIH hanya ketika itu kurang 8 orang, tetapi ada yang terpaksa duduk atas lantai.

Ana pula duduk di sebelah guru MRSM Tun Ghafar Baba..dan, sebelah tingkap yang menjadi tempat singgahan orang yang tidak dapat masuk ke dalam sidang kerana padat umpama tin sardine

Hanya doa dan sokongan moral mampu dipanjatkan ketika ini.

Usul?? Latest issue

“MeCD TIDAK WAJAR DIMANSUHKAN”

Selepas perdebatan berakhir, semua juri keluar sebentar..
Ketika ini mendapat panggilan daripada Saiful Islam bahawa team BI mara ke pusingan FINAL!
sungguh gembira beliau ketika ini.
Jannah pun SMS saya ^_^ tentang berita ini.
Allahu akbar!
Moga2han pasukan BM juga J

Akhirnya Datin Norjuma yang juga ketua juri bagi perdebatan kali ini..
Mengumumkan…
MRSM Tun Ghafar Baba vs SM Islam Hidayah

Keputusan : SM ISLAM HIDAYAH MENANG

Alhamdulillah.

Terkesima. Walaupun memang mengharap pasukan BM mara sehingga ke final, tetapi macam tidak percaya yang impian bertukar menjadi realiti.

Umpama kena kejutan elektrik..menaik sungguh prestasi BM tahun ini.

Syukur Ya Allah.Saya sangat2 bersyukur atas nikmat-Mu ini.

saya cepat2 SMS Ustazah Hawanis..Ustazah mahu jumpa adik2 debat BM..ustazah minta saya kirim salam peluk sayang kepada adik2 pendebat perempuan

Ya.Saya tahu ustazah juga pasti terharu dengan peningkatan BM kan?

Saya menjawab,adik2 mahu sujud syukur dahulu.

sebelum itu,a.Auzan seperti biasa..berilah post mortem.

saya rindu saat ini.

Petang itu kami balik ke mahallah untuk bersiap sedia melihat final English.

nantikan post debat seterusnya..

>>apa yang kami lakukan setelah tamat semi-final english dan bahasa melayu??

>>apa yang berlaku ketika final debat English?

>>apa yang berlaku ketika final Bahasa Melayu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan