Jumaat, 15 April 2011

Kupinta Keberkatan Masa.

Bismillah.
Post ringkas untuk menutupi kesunyian seminggu tanpa post.


Sedikit tetapi mencukupi.

Itulah BERKAT.

Saya senantiasa berdoa dan mengharapkan kalian mendoakan untuk saya agar masa saya diberkati Allah. Kita doakan bersama semoga masa kita diberkati.

Andai kawan-kawan di sekeliling boleh study 6 jam sehari dan ada masa untuk menonton cerita korea,hindustan,cina dan lain-lain. Ada masa untuk bershooping lama-lama.

Tetapi saya selalunya mempunyai 3 jam (waktu malam tak termasuk pagi). Selama 3 jam,saya mengharap setinggi-tinggi pengharapan pada Allah agar keberkatan masa itu menyebabkan saya boleh faham cepat apa yang saya belajar dan terasa masa itu sangat panjang~ Inilah keberkatan masa yang senantiasa saya harapkan.Sentiasa saya doa. 

Tak mengapa pun seandainya saya langsung tak pernah menonton movie, Tak mengapa pun sekiranya saya langsung tiada masa untuk lama-lama memanjakan diri. Tapi saya mahu setiap hati-hati di tempat saya belajar merasai nikmat keindahan Islam yang sebenar.
Saya mahu mereka rasakan betapa al-Qur'an dan hadis itu adalah sumber rujukan kita yang utama!

Allah.

Saya yakin dengan janji Allah:-
"Sekiranya kamu membantu agama Allah,maka Allah akan membantumu...." (Muhammad:7)
p.s: Apabila hujung minggu seorang medical student yang menyedari bahawa dirinya daie' jauh berlainan dengan cuti hujung minggu kawan yang lain...............................
(Saya tak mampu cari perkataan yang sesuai untuk menzahirkan perasaan saya sekarang)

Allah itu ada! Yakin! :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan