Isnin, 12 Oktober 2009

TRIP KE CAIRO..

Assalamualaikum.
Berikut merupakan perjalanan saya di Cairo bersama housemates kesayangan :)
dari 10/10 (malam) - 12/10 (tengahhari)
insyaAllah,kami akan balik ke Mansoura dalam pukul 1.oo
(di Egypt..subuh dalam 4.30 pg, zohor 11 pagi, asar 3.00 petang, maghrib 5.45 petang,isyak 7.15 malam)

oh yeah. dari kawasan perumahan saya, SAMENOUDI (btul ke?) kami pergi ke Dauliah (btul ke?) untuk beli tiket bas.
bas habis ;( ..then kami pun naiklah tremco.
best3! 1st time naik tremco. tremco tue dia macam van dan bawa penumpang ke destinasi yang nak dituju.
kalau naik bas, biasanya 2 jam 3o mint baru sampai Cairo..disebabkan kami naik tremco yang lajunya macam nak racing di litar sepang..maka,kami sampai dalam 1 jam 30 minit ^_^
alhamdulillah.
di belakang: gambar tremco yang kami naik.
dari kiri: kak husna,kak ilya,kak nusaibah,hani,huda,saya!,kak huda,ain
tukang ambil gambar:farah

saya baru sahaja berkenalan dengan mereka, namun ukhwah yang dirasakan begitu manis ;)
saya pasti akan sayang dan rindu akak2 nie ^__^
mereka baik+penyayang+memahami+pandai masak sehingga takdelah saya dan housemates kempunan nak makan masakan malaysia

seterusnya kami menuju ke METRO..
kalau di Mansoura, METRO tue tempat nak beli barang2 keperluan dapur..
tak sangka pula di Cairo..METRO tue nama pengangkutan
METRO tue macam KTM di Malaysia.
atas tu,gambar tiket METRO..


10 minit kemudian..kami turunlah di Sayyeda Zainab.
Kami berjalan selama 5 minit lebih kurang..sampailah di rumah BADAR 313 yang terletak di ^_^..hee~




ya Allah..sampai sahaja saya dan housemates di rumah BADAR 313..
kami dilayan macam VVIP.
akak2 dalam rumah BADAR 313..bagi kami makan nasi Yaman.
terharu~
sebab nasi di egypt tak sama seperti malaysia..dia banyak kanji..dan bagi sesetengah orang,macam pulutlaa
inilah kali pertama selama jejak di bumi Egypt kami dapat makan nasi yang macam beras Faiza di Malaysia..beras Basmati kan namanya?



hee~ nasi Yaman.
nasi dia warna kuning ditambah dengan firokh masywi (ayam golek)
dan sup serta kuah sambal tomata yang ummph!



akak2 nie amalkan apa yang ajaran Islam ajarkan.
iaitu perlu melayan tetamu dengan sebaiknya.terharu sangat3
bilik kiri tue..tempat saya tidur.
mereka memang sangat3x baik ;)



antara pemandangan luar tingkap yang saya suka ^_^
akak dalam rumah BADAR 313 cakap..kalau tiba musim yang sepatutnya (lupalaa musim apa) akan keluar bunga2 warna purple..
macam Sakura kat Jepun laa pula :)


nie gambar pokok tadi juga..



di Cairo..
1. Saya jumpa dengan junior yang saya kenal di alam maya. DiaBERUSIA 13 tahun..Khadijah husni namanya.
Dia belajar di Bu'uth,Cairo, EGypt semenjak berusia 11 tahun..family dia di Malaysia.
Sekiranya anda jumpa, takkan percaya dia usia 13 tahun..sebab dah nampaki matang.
Dah fasih bercakap arab 'ammi mesir..
memalukan bagi orNg yang dah usia 18 tahun macam saya kalau tak pandai hidup berdikari di perantauan
2. Jumpa dengan kak Wan Nisa', senior yang setahun lebih tua dari saya. Senior di Sekolah Hidayah.
3. Hadiri open house rumah kak Feti.open house untuk 3rd year medical student Cairo University --girls only!--
4. Saya fahamkan sistem pembelajaran sekolah di Egypt..Khadijah yang ceritakan
5. Saya rasai kembali nikmat ukhwah islamiyah dan indahnya hidup bawah tarbiyah.
6. Housemates saya (Farah,AIn dan Huda) pergi ke Hussein..tempat jual cenderamata. tempat nie famous di Cairo. Saya dan Hani tak pergi. Saje je taknak pergi ;)
insyaAllah, next time kami pergi
7. Saya fahamkan budaya hidup orang di Mesir..Khadijah laa nie yang ceritakan
8. Oh yeah..11/10 pada malamnya. saya berjalan di City Star.best3! harganya pun best.
boleh kopak handbag nak cari duit ;p
kesimpulannya,
saya dan housemates saya datang ke Cairo tanpa perancangan pun.
Buat keputusan saat2 akhir bila akak2 medic dari Cairo lawat rumah kami. Saya kenal akak2 ni sebab ada guru sekolah saya yang kenalkan :)
mula2 memang teruja..di pertengahan rasa macam malas nak pergi sebab fikirkan kuliah yang nak starty 14/10..last2 ikut juga
Alhamdulillah, rupanya banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat.
Melalui akak2 tersebut, saya akui bahawasanya untuk menunjukkan bahawa Islam itu benar, Islam itu cantik..maka perlulah dizahirkan dengan perbuatan.
Antara sikap akak2 di rumah BADAR 313 yang saya suka ialah :-
1. mereka tak mudah merungut. bekerjasama.memahami
2. sebelum pergi kuliah pada waktu pagi...MESTI solat dhuha dahulu. saya rindu saat di sek Hidayah T_T
3.melayan tetamu dengan sebaiknya.akak2 tue sanggup study sampai malam2 atau bangun pagi2 untuk cover benda yang tak diulangkaji sebab melayan kami..
4.tunjukkan qudwah yang baik
bestkan?
alhamdulillah, kini saya tahu saya masih punyai senior yang baik di Egypt
Alhadulillah
BUKTIKAN ISLAM MELALUI PERLAKUANMU!
12 October 2009 --birthday junior debatku,raihana dan fahna zain--
BADAR 313,
cairo,Egypt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan