Rabu, 26 Ogos 2009

DEBAT (6) -- FINAL ENGLISH --

lalala~

kalau boleh saya tidak mahu habiskan post tentang debat
(asik debat aje.tapi,post ini yang akan jadi rujukan junior2ku juga dan juga buat mereka yang dalam usaha nak naikkan ranking debat apatah lagi sekolah anda pada mulanya tidak dikenali)

namun,inilah satu2nya pengalaman yang saya dapat kongsikan dengan mereka yang meminati dan bakal meminati debat ^_^

dan..sangat SUSAH untuk buat post 6&7.kalau ada rasa merepek tue.minta maaf ^_^


Hari ini 28 Julai 2o09

Malam ini ada final English. Saya tidak sabar.
Saya+Talhah (anak ustazah ye)+ saya + liyana + raihana + nadiyah + ili
kami menaiki kereta yang dipandu oleh ustazah hawanis ;)
-- knapa ayatku skema?--
ketika itu suasana gelap gelita sebab malam.kami kontijen yang paling lambat dan kesannya kami terlepas makan malam ;)

ok.task abang Auzan untuk saya train finalist BM tak dapat laksanakan..minta maaf
sebab abang Auzan dah panggil mereka.Apakah tasknye? biar jadi RAHSIA ;)
(suruh orang train, sekali dia yang tolong..)

saya masuk ke dewan final ENglish..
MC dia berceloteh (nak tulis membebel tak sampai hati..0ps,tertulis jugak ^_^).
Lantaran rasa bosan dengar MC berceloteh..
saya naik ke tingkat 3 dimana Abang Auzan sedang melatih finalist BM (ili,yana,ilham,zubayr) manakala yang lain2 kena jadi peny0kong pendebat2 English di dewan final. Oh ya..terima kasih kepada kak Nazihah dan Hanif (adik-beradik) kerana ambilkan makanan dan minumam buat kami.. -->akibat datang lambat+tak makan lagi.

Best teng0k adik2ku berlatih dengan abang Auzan.
time2 nie amik masa..buat refleksi diri.
Memikirkan saat manis, pahit,masam sepanjang bersama dengan depikir club.
Susah untuk dapat pengalaman seperti ini dan sukar untuk melupakannya..
Oh ya..malam tue, saya diserang sakit batut akut yang amat teruk sangat (nak gambarkan teruknya batukku..)
memang kerongkong rasa gatal semacam..disebabkan dewan tempat latihan BM bising disebabkan bunyi batukku, maka saya keluarlaa lalu lihat debat ENglish.

Baru nak mula rupanya..
Saya masuk dewan English tingkat 2..padat tue..tin sardin pun kalah.kene berhimpit..
1st speaker from SMK Green R0ad mulakan persidangan, laju dia cakap..macam kapal terbang.
barulah saya faham perasaan pendebat2 English..kadang2 masalah dalam debat English nie salah satunya bila pihak lawan cakap laju. Saya pun dengar jelaa~

Then, Tasnim dari SM Islam Hidayah pun samung persidangan..ok.time nie.
1stly saya nak ingatkan saya tulis bukan atas dasar tak puas hati tetapi atas dasar apa yang saya nampak dan saya lihat sepanjang perdebatan final English berlangsung,k.Apa yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan (btul ke ayat nie?)

Bila Tasnim bercakap..baru introduce je..ada debaters mana ntah (ramai taw..bukan sorang dua) buat bunyi "BOOOOOO". Ni tingkat atas laa, tingkat bawah saya tak tahu. Aish~ memang darah saya macam menggelegak. Yelaa, siapa sanggup teng0k junior sendiri kena kutukkan? Junior yang bawa nama sekolah pulak tue.. What the _______?? (ngee..)
Yang bestnya, malam tue saya pakai baju batch saya,batch 1o SMIH a.k.a Xgen.
Warna biru dan ada logo sekolah.

Saya akui, saya agak terkilan dan sakit hati malam tersebut. Dengan selambanya..saya berdiri je. Orang2 sekeliling tak sedar yang saya ni ex-student/ex-debater SMIH,adalah sekumpulan yang mengumpat+buat budaya "BOOO" yang mana ntah dia blaja..
Sekali ada seorang kawan dia nampak logo SMIH di baju saya..Nah,amik! baru tahu malu eh. Mengumpat SMIH tak tentu pasal..depan2 ex-student SMIH lagi tue.
Kalaulah yang mengata tue judges or ex-debaters yang hebat..takpelaa jugak. Ini kalau setakat baru bergelar debater peringkat sekolah menengah. alahai~ macamlaa anda hebat untuk menghakimi orang.Sekiranya anda hendak memberi pandangan,saya masih boleh terima.Agak2nya kalau kena "BOOO"+mengumpat(bukan pandangan)..SABAR jelaa.
Kalaulah SMIH tak layak ke peringkat akhir..takkanlah juri kasi menang waktu pusingan kalah mati (ops~ kan dah membebel)

Saya sabar.Saya diam.
Saya lihat Tasnim berdebat.
Saya gembira kerana Tasnim tetap semangat. Ignore apa yang penont0n buat.
Serius, sekiranya saya berada di tempat beliau..saya rasa macam nak turun dari pentas final sahaja.Saya sedih melihatkan sikap2 pendebat2 yang tidak pr0fesional.
kalaulah begini sikap2 pendebat muda,tak dapat bayangkan masa depan pendebat2 muda yang mewarisi kepimpinan negara..saya tidak hairan sekiranya ahli politik saling bertelagah dan saling menjatuhkan antara 1 sama lain pada masa depan.
Hmm..

Selepas giliran Tasnim tamat,
2nd speaker SMK Green R0ad pula yang berdebat. ok..sewaktu ini saya keluar dari dewan. Memang hati berasap tapi sabar.
Saya pergi ke tempat latihan finalist BM.
Saya cakap dengan mereka, kalau b0leh saya NAK mereka lihat debat English. Saya pun ceritakanlaa apa yang berlaku sebentar tadi.
Saya nak junior2 BM saya mengambil semangat pendebat2 English. Setelah itu, latihan diteruskan semula dimana terhenti sebab nak makan+dengar cerita saya.
Tersenyum juga lihat tingkah mereka yang ada kalanya menggelikan hati ketika berlatih.
Haih, tak sangka banyak juga peningkatan BM tahun nie untuk 2-2 team.

Setelah latihan BM tamat,
kami bergegas ke dewan final English. uit,padat lagi ;(
Kena berdiri lagi..kami datang ketika Dalilah (2nd speaker SMIH) nak habis debat. Oklaa~ sempat lagi nak teng0k lagi dua speakers berdebat. Saya pun lihatlaa dengan penuh khusyu' dan adalaa jugak geram2 bila ada yang buat "BOOO" bila giliran SMIH berucap.
Saya suka dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tasnim,Dalilah dan Amnah di pentas final.
Satu team yang mulanya ditarget takkan sampai ke final. (kan? asalnya lagi 1 grupkan yang ditarget oleh Abang Faiz..ke Danial..?)
Namun, fikir2kanlaa..ketika ini hati saya benar2 Y.A.K.I.N
siapakah yang sebenarnya yang memberikan rezeki kepada hamba-Nya?
siapakah yang membolak-balikkan hati juri untuk memilih pemenang?
siapakah yang memberi kekuatan dan idea kepada hamba-Nya?
Allah atau manusia? pastinya ALLAH

jika hati kita utuh dan percaya akan ALLAH..grup yang dapat ranking 1o0 diz year..tiba2 next year dapat jadi champion..saya tak hairan. (tapi mestilah kena usaha dan doa juga)


Tamatnya final English..ada sesi penyampaian hadiah buat team BM dan BI yang dapat masuk sehingga semi-final.
top speaker BM dan BI (n0.2 - n0.10)
saya call jannah sebab beliau kata nak datang malam tersebut.
Laa~ rupa2nya jannah pun ada di tingkat 2 dewan. kami pun turunlaa ke tingkat 1..jumpa dengan ALUMNI yang datang menyokong pada malam tersebut ;) thanx yeah pada sesiapa yang datang ^_^
muka guru2 semuanya seolah-olah cuak..mestilah,gementar menanti keputusan es0k pagi.
Keputusan debat akan diketahui pada esoknya.

pendebat BM kena panggil balik naik tingkat 3..abang Auzan nak jumpa..
kami yang lain2 apa lagi, keluar dari dewan.makan kek yang jannah bawa. Kek coklat tue..sedap!
Lepas ambil sepotong, saya lari naik ke tingkat 3 untuk lihat latihan debat BM.
Saya lupa sama ada ambilkan ke tidak untuk finalist BM tue..rasanya macam tak.eh,macam ya.ntah laa
(title guru pengiring debat BM bukannya untuk anda bersenang lenang ye..)

Saya temankan juni0r2 saya sampailaa Abang Auzan melepaskan mereka. Abang Auzan adalah kasi nasihat..tips2
Pendebat2 English balik dahulu bersama ustazah kamaliah+ustazah hawanis
pendebat2 BM macam biasa..lambat balik sebab ada laa benda2 mendatang.
Yang paling best? aha! luar dewan tue macam buat reunion sebab ada ex-debaters yang lama saya tak jumpa..akhirnya jumpa juga.

Ok..lalu kami keluarlaa dari dewan tersebut untuk balik ke d0rm untuk tidur..zzz

pesanan 1:
tabik sama dengan ALUMNI2 yang datang walaupun sedang berlangsung exam week

pesanan 2:
adakalanya kita lupa bahawa kejayaan itu,kemenangan itu datangnya daripada Allah.
Lupakah kita dengan peperangan awal yang dilalui oleh umat Islam? Peperangan badar,uhud,khandak dan sebagainya..Jumlah umat Islam adalah sikit,teramat sedikit
Mengikut l0gik akal, memang akan kalah.
Namun, umat Islam menang..kerana apa? Kerana Allah yang memberikan kemenangan.
Walau apapun..usaha dan pengorbanan itu penting bagi meraih meraih redha Allah agar Allah memenangkan kita ^_^

pesanan 3:
perjalanan menuju kejayaan penuh dengan kepayahan..saat inilah hati kita diuji sama ada untuk bertawakal dan mengharapkan pada Allah ataupun tidak.
Saat kita sudah mendapat kejayaan, hati kita diuji sama ada bersyukur atau pun tidak. Sama ada kita meninggi diri atau pun tidak.

pesanan 4:
apa2hal, dalam debat macam2 boleh berlaku. Hidup ini mengajar kita untuk belajar berdepan dengan sebarang kemungkinan ^_^

pesanan 5:
akhirnya saya rasa dan faham serta mengalami rasanya bila finalist tahun2 sebelum ini dipertikaikan kemenangannya.
FAHAM TIDAK SAMA SEHINGGA ANDA MENGALAMINYA!

tinggal post debat 7..
dah nak dekat tamat cerita 8th interschool debating championship daripada sudut pandangan ex-debater+guru pengiring

"mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan