Ahad, 12 Jun 2011

Perlukah ending kisah yang bahagia baru mahu bersyukur?

Bismillah.
Assalamualaikum wmt wbt


Saya yakin post kali ini agak panjang. Saya pun tak pasti ada berapa patah berkataan sebab post kali ini saya menulis dengan bertemankan bisikan hati yang mengimbau kenangan masa lalu. Saya mahu tulis juga post ini walaupun saya tahu mungkin panjang kerana kisahnya mahu saya abadikan sebagai pengajaran untuk saya dan sesiapa yang mahu ambil pengajaran.
Minta maaf sebab tak sempat nak letak gambar banyak-banyak dan buatkan post kali ini menarik untuk dibaca.

Mungkin ini juga adalah post terakhir sebelum saya menghadapi final exam pada 15 jun 2011-21 jun 2011 :) [ini bukan satu janji]

Azan pertama sudah pun berkumandang, kini saya menanti bilal untuk melafazkan azan yang kedua dimana menandakan tandanya masuk waktu subuh. Ketika musim panas di Mesir, sangat indah dan nikmat kedinginan udara pada waktu subuh dimana udaranya sangat segar dan sejuk.
Alhamdulillah ^_^

Semalam post saya yang bertajuk catatan Pre-exam meluahkan apa yang tersirat di kepala saya pada pagi itu dimana saya tak dapat nak belajar dan saya rasa agak stress. Selepas mengikuti aktiviti ijlis bina wa nu'min sa'ah [baca:usrah], alhamdulillah, jiwa saya jadi  sangat segar :') Inilah nikmat usrah.

Nak ceritanya,macam ni.

Mind Map.
Sumber: Mr.Google
Semalam sebelum saya menulis post tajuk catatan Pre-exam, saya mesej Ida. saya menyatakan bahawa saya mahu nombor handphone Sarah. Selepas beberapa minit,Ida pun balas mesej saya dengan memberikan nombor handphone Sarah. Selepas itu, saya mesej kepada Sarah dengan menyatatakan bahawa saya mahu datang ke rumahnya untuk pinjam nota anatomy dan fotostat sebentar nota tersebut.

[Anatomy= subjek sains yang belajar mengenai struktur tubuh manusia dengan lebih mendalam]

Selepas beberapa minit, Sarah pun membalas mesej saya dengan menyatakan, BOLEH! ^_^ Alhamdulillah.

Sebelum saya keluar dari rumah sekitar pukul 4.00 petang, saya tak tahu macam mana saya boleh tergerak untuk lihat gambar debat di album salah seorang junior saya di facebooknya. Mungkin sebab saya rindu junior-junior saya atau sekolah lama saya atau rindu debat itu sendiri? ^_^

Selepas lihat satu demi satu gambar debat di facebook junior debat saya, tiba-tiba terlintas detik hati saya yang berkata:

Kenapa ending aku sebagai budak sekolah tak best eh?
Result SPM tak gempak dapat semua A1..
Pertandingan debat pun dapat nombor yang tercorot masa tingkatan 5..
Apalah agaknya hikmah semua ni.
MasyaAllah.bagus budak ni. Akhlak dah lah mantap. Result SPM semua A. Ending kehidupan dengan kelab debat pun best, dapat juara debat peringkat antarabangsa.

Macam agak jahat ye bicara hati ketika itu. Saya tak tahu macam mana boleh datang bisikan hati itu. Kalau boleh masing-masing mahu menamatkan kehidupan sebagai budak sekolah dengan pengakhiran yang manis dan boleh diingat dengan riangnya dalam hati. Tentulah saya jadi sedih bila pengakhiran saya sebagai budak sekolah tidak sebegitu.

Terlalu banyak cerita di sebalik kisah-kisah tingkatan 5. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya mampu kuat untuk berhadapan satu demi satu ujian pada ketika itu :')
Alhamdulillah.

Ok.Berbalik pada cerita.

Selepas saya selesai melihat gambar-gambar di facebook junior saya, saya pun siap-siap untuk menunaikan janji saya pergi ke rumah Sarah. Rumah Sarah hanya sebelah lorong rumah saya.

Saya singgah di kedai runcit berhampiran untuk membelikan air jus botol besar untuk Sarah. Selepas itu saya naik ke tingkat 3 rumah Sarah yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.



Rumah di kawasan saya sebuanya berbentuk apartment.
Ini adalah contoh yang ada dalam folder laptop saya bentuk apartment di sini.

Selepas itu saya call Sarah,

"Assalamualaikum,Sarah. Kita dah sampai tingkat tiga. Rumah awak yang lepas pintu pagar besi tu kan?"

Sarah pun menjawab.

"Huh? Awak kat mana ni? Rumah kita bersebelahan dengan kedai Negro. Depan dengan kedai gambar 3D"

"Hah? Rumah awak sebelah kedai Negro ke. Laa, kita ingatkan sebelah runcit"

Dalam hati saya terdetik, kenapa Sarah tak bagi tahu dia dah pindah rumah. Tak tahu pula dia dah pindah rumah sebelah kedai Negro.

Alhamdulillah, rumah yang Sarah maksudnya di sebelah kedai Negro tidaklah jauh. Kira-kira dalam 3-4 minit berjalan kaki. Apartment yang Sarah duduk sekarang, pintu utama di bawahnya tidak boleh dibuka. Lantas saya call Sarah.

"Sarah, kita dah sampai. Ada kat bawah ni"

Sarah pun menjawab, "Ok. kejap ya. Sarah turun [untuk buka pintu pagar utama]"

Selepas seminit menunggu, Sarah pun buka pintu pagar utama.
Saya tergamam. Saya terkesima. Tiba-tiba saya jadi speechless. Selepas 15-20 saat, saya pun menyoal

"Sarah. Sarah kat mana eh?"

Sarah pun naik pelik.

"Sarah? Saya kan Sarah."

"Eh, tak tak. Sarah kat mana?"

"Uh. Ke awak maksudkan Fatin Sarah. Fatin Sarah ada kat bilik dia"

Otak saya sudah ligat memikirkan sesuatu.
Mungkinkah Ida kasi salah nombor telefon?
Saya mahu nombor Sarah orang kelantan, tapi yang saya jumpa ni Sarah orang KL.
Alamak. Macam mana ni. Saya tengah terdesak nak fotostat nota Anatomy.

Saya gagahkan diri untuk naik ke rumah Sarah KL. Harapan saya untuk jumpa dengan Sarah Kelantan berkecai. Saya nak sangat-sangat fotostat nota Sarah Kelantan sebab Sarah Kelantan serumah dengan Kak Athirah dimana nota anatomy Kak Athirah sangat best!
Tapi,macam mana saya boleh tak cam masa telefon bahawa orang yang saya call ialah Sarah KL? Bukan Sarah Kelantan.
Maka,bertambahlah down saya semalam :(  Sob,sob.
Takpe,kena kuat!

Selepas itu saya singgah bilik Sarah KL untuk meminjam nota anatomy.

MasyaAllah! Subhanallah! Allahu Akbar!
Hati saya tidak mampu berkata apa-apa. Sungguh!
Mata saya rasa nak berair sangat. Jiwa saya rasa seolah-olah terasa segar. Muka saya rasa tertampar-tampar.

Rupanya, nota Sarah KL sangat bagus dan sesuai untuk saya.
Sebab notanya siap dengan lakaran gambar yang besar.
Nota Sarah KL juga sangat kemas! SUPERB kemas! SUPERB cantik!  :')
Alhamdulillah, tak perlu bebankan diri dengan buka buku Atlas of Human Anatomy yang besar dan berat itu banyak kali, bila nak baca nota Sarah KL.
Sebab nota Sarah KL sangat best dan siap bergambar.


Saya rasa macam nak pengsan juga masa tu. Rasa malu sangat-sangat dengan Allah. Rasa malu sebab kata stress sebab belajar. Rasa malu sebab hati tertanya-tanya kenapa ending saya sebagai budak sekolah tak best. Di otak saya pagi tu cuma ada perkataan "Why? Why? Why?"

Niat mula-mula saya, hanya mahu pinjam nota anatomy minggu ke-10 dimana nota saya pad aminggu ke-10 kurang lengkap. Alhamdulillah, Sarah KL beri saya pinjam nota anatomy dari minggu pertama sampai minggu ke-10 sepanjang pengajian kami di Semester ke-4,

DAN!

ditambah dengan nota gambar neuroanatomy dan area of brain [kawasan otak] :')
Ya Allah. Memang saya termenung panjang pada ketika itu sebab saya rasa sangat-sangat terpukul dan malu dengan kelakuan saya.

Ahli usrah saya pun kata,nota Sarah superb best! Sampai siap ada kakak tahun 6 minta fotostat kan sebab nota Sarah sangat menarik dan mudah dibaca.

Baiklah,saya akhirkan kisah saya disini. Kita masuk kepada sesi pengajaran yang saya dapat.

*************************************

Pada awalnya,saya mahu jumpa dengan Sarah Kelantan. Semasa saya SMS,saya call Sarah untuk menuju ke rumahnya..saya tidak tahu bahawa saya SMS dan call Sarah KL, bukan Sarah Kelantan!

Pada awalnya saya terdiam bila saya berjumpa dengan orang yang bukan saya nak jumpa. Rasa macam..entahlah. Tengah-tengah musim nak exam ni,boleh jumpa dengan orang yang salah. Huuu~ =_=

Ya. Bagi saya pada awalnya, pandangan pertama saya,saya jumpa dengan orang yang salah. Saya nak jumpa Sarah Kelantan yang ada nota Kak Athirah yang best tu. Bukan Sarah KL!
Tapi kita kena ingat, mungkin perkara yang kita sangkakan buruk dan salah itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita!

Akhirnya, nota Sarah KL yang selama ni saya tak pernah dengar ada orang kata nota dia best, rupa-rupanya nota dia..masyaAllah,sangat best. Siap dengan lukisan lagi :')
Saya jenis orang kalau nak ingat,kena fahamkan baru boleh ingat dengan cepat.
Dah dapat nota yang bergambar, insyaAllah senang ingat dan senang nak hafal. InsyaAllah.

Lantas saya teringat detik hati saya pagi tadi dimana saya menyatakan kenapa ending saya sebagai budak sekolah tidak best?

Bagi saya mungkin ending hidup saya sebagai budak sekolah tidak best. Tapi Allah telah mentakdirkan itulah yang terbaik untuk saya :')
Daripada pengalaman-pengalaman pahit yang saya terima, dari situ saya bina diri saya yang baru. Disebabkan result yang tak berapa gempak itulah Allah takdirkan saya dapat sambung belajar di Mesir dimana terlalu banyak perkara yang saya belajar di sini.
Saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang superduper best di sini.

Hakikatnya saya tahu je setiap perkara pasti ada hikmahnya. Tapi entahlah kenapa pagi itu hati saya terimbau kenangan-kenangan lama.

Mungkin juga Allah nak saya jadi seorang yang merendah diri apabila ending saya sebagai budak sekolah tidak seperti yang saya mahukan.

Saya rasa terpukul dengan kata-kata akak tahun 6 ketika saya menceritakan kisah ini padanya. Dia berkata,

"oooo. bila ending kisah awak tak seperti yang awak harapkan, mula lah nak mengeluh"

Ok. Agak rasa terpukul di situ.

Lantas,wujud satu perkara yang saya belajar semalam.
Perlukah ending kisah yang bahagia baru mahu bersyukur?
Bukankah kesedihan itu juga perlu disyukuri kerana bila sedih kita tidaklah cepat lupa diri dan sombong?


Baiklah,sampai di sini sahaja kisah saya.
Minta maaf bagi sesiapa yang terasa ya. Saya berkongsi apa yang saya rasa dimana di dalamnya sayakira ada pengajaran yang sangat berharga untuk saya.

Doakan final exam saya.

15 Jun 2011- MCQ [200 soalan,200 markah]
18 Jun 2011- Essay [15 soalan,150 markah]
21 Jun 2011- OSCE [10 sections, 100 markah]

Doakan moga kawan-kawan saya dan saya dimudahkan urusan. Tidak stress yang teruk Doakan supaya dapat markah penuh! Ameen~




nota kaki:
Nama watak ada yang diubah.

nota kaki 2:
apa ending kisah kisah di dunia ni? erk. =_=''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan