Khamis, 31 Disember 2009

DEBAT (7)--final & 2010

2010.hadirnya dikau dengan 1001 persoalan masa depanku


2009.terima kasih kerana telah menyerlahkah hikmah disebalik semua ujian Allah.Terima Kasih ALlah :)
dengan debatnya dapat masuk final,dapat jadi guru sek ren dan sekolah menengah, dan dapat fly ke mesir

2008.pergilah dikau.pergilah jauh,sejauh mungkin dari memori.kututup 100% kotak memori 2008 (ceh,puitis konon)
oret,terima kasih Allah kerana menjadikan 2008 sebagai tahun mentarbiyah diri yang cukup..cukup..mendidik jiwa ini.

untuk lebih memahami,click post2 yang lepas :)
POST DEBAT SUDAH BERMULA (1) click
DEBAT (2) click
DEBAT (3) click
DEBAT (4) click
DEBAT (5) click
DEBAT (6)--final english click

hee~ post debat yang terakhir.yang ke-7 belum settle kan?
kerana pengalaman yang memang speechless..tidak terungkap dengan kata-kata.
ada junior yang bertanya.
"kak wani,apa perasaan kak wani eh bila kelab debat menang? akak biasa je ana tengok. takdepun nangis ke..apa ke.."
adikku sayang yang mungkin tertanya.
hati orang mana kalian nak tahu.saya nangis kerana terharu dan bersyukur dengan anugerah ALlah.biar itu menjadi rahsia antara saya-Allah.tidak perlu diberitahukan.

oh ye.saya yakin.mana-mana sahaja pendebat terutamanya kelab depikir SM ISlam Hidayah,Johor..
kalau dah start cerita tentang debat. sampai esok pagi pun tak habis nak cerita.


umpama kata seorang junior debat dan memang saya rasakan benda yang sama;
"sampai mati sayang kelab depikir :)"
haih~ memang sayang sangat2.Dalam hati yang Allah berikan memang dah ada satu ruang khas untuk kelab depikir sahaja.
hee~ maaflah bagi anda yang tak berkenan dengan kelab debat eh.
saya sayang sangat3 kelab debat kerana saya belajar tentang ISLAM yang sebenar melalui kelab debat.
YA.SAYA AKUI, ADA ANTARA KAMI YANG MUNGKIN TERSILAP LANGKAH.NAMUN KAMI BETULKAN.
manusia..mana ada yang tidak pernah buat salah kan?

saya belajar erti sabar.ikhlas.redha.pergaulan lelaki-perempuan yang
betul.hormat.pengorbanan.masa dan macam-macam
ha..kan saya dah cakap. kalau tulis pasal debat,sampai esok pun tak habis :)
RINDU.SAYANG sama kelab depikir (debate club my beloved school)
kerana SAYANGnya kakak kamu ini pada kelab debatlaa,
selalu sangat kakakmu ini marah,tegur,nasihat bilamana ada benda yang tak berkenan di hati.
sebab apa?
sebab saya pernah rasa duduk pada saat jatuh dan bangkitnya kelab depikir.
jadi,kepada junior-juniorku yang disayangi..kalau kena marah tue.minta maaflaa eh.
marah tu tanda sayang kan.
dan kerana tanda sayang itulah..
SAYA TAK GEMAR MELIHATANDA BERBUAL BAIK SECARA TERTUTUP MAHUPUN TERBUKA MENGENAI HA-HAL YANG TIDAK PENTING
terutamanya bagi sesiapa yang ada FACEBOOK




ok,bagi anda yang selalu komen tentang kelab depikir
anda sudah lihat dengan jelas,terang dan nyata bukan?
bukan kami tidak ambil peduli akan hal pergaulan lelaki-perempuan.namun biasalah,ada yang tak ambil berat..namun ada yang akan mengingatkan :)

letakkan setinggi melangit pergantungan yang tinggi pada Allah.
bila menang ucapkan syukur dan sujud syukur pada Allah.
tatkala tewas,muhasabah segala aspek dari segi teknikal dan akhlak ^_^

adik2,masing ingat akan benda di sebalik tirai ini?
lupa?
clu: TARGET!

saya rindu setiap detik bersama kalian.
walaupun macam2 perangai, akak terima seadanya adik2 yang memang macam2 perangai

terima kasih kerana menerima kakak senior yang garang seadanya :)



masih ingat bagaimana sambutan pihak sekolah ketika setibanay kita di sekolah menengah islam hidayah?
saya sendiri tidak sangka..diiringi dengan paluan kompang dan hadiah.
adik2 sangka tak?
kita tidak pernah aim untuk jadi JUARA, tapi kita buat yang terbaik.



oh..benda yang paling saya suka :)

benda yang membuatkan saya tenang ketika fly ke mesir :)

untuk debat UIA.2009 merupakan tahun terakhirku (baru sedar) sebab mesir mana cuti bulan 4
ada rezeki..insyaAllah,after dapat degree turun lagi debat UIA (tahun 2015/2016)

debat musleh antarabangsa kali pertama 2009?
minta maaf,setakat ini saya tidak mampu untuk update =(
namun..itulah kali TERAKHIR saya bersama debate club.
itulah kali TERAKHIR juga semua ex-debaters berkumpul.
1.azlan shah -jordan
2.salman mat hussin-canada
3.muzakkir-perancis
4.saya-mesir
dan
tahniah kepada abang auzan dan kak nazihah atas perkahwinan yang dah lebih sebulan berlangsung.
oh ye..dan akan datang.akan ada lebih ramai yang fly.
dan yang tinggal adalah
KESAN TARBIYAH DARIPADA DIDIKAN DI KELAB DEBAT dan KENANGAN
saya masih cukup yakin dan optimis bahawa kemenangan kali ini adalah kerana TARBIYAH YANG MANTAP.
kalau latihan..semua orang berlatih rite?
DALAM MENGGAPAI KEJAYAAN YANG SUCI,PERJALANANNYA JUGA PERLU SUCI.
baiklah,pergilah 2009.selamat datang 2o10 masihi.
pesanan:
maaf tidak dapat cerita tentang apa yang terjadi pada final debat bahasa melayu.seriously,speechless..memang tak boleh tulis :) hanya kita-kita yang ada sahaja yang faham.

1 ulasan:

  1. kak wani,
    thanks sebab tegur hari tuh.

    lain kali,
    kalau terlebih had lagi,
    tegur lagi ehh.

    thanks banyak2 sebab sudi tegur bila orang lain cuma diam dan tengok (:

    BalasPadam